BAB 11

21K 1K 76
                                    

2015, kini.

Panas terik sungguh hari ini. Dah 2 hari kampung aku ni tak hujan. Tapi bagus juga. Perniagaan air kelapa aku laku. Pisang goreng dan keropok lekor aku jual ni pun sold out dua hari ini. Alhamdulillah. Rezeki Allah s.w.t bagi. Esok lusa, belum tahu lagi.

Sambil aku mengemas gerai, aku bernyanyi kecik. Lagu tengah top sekarang ni lagu nyanyian Taufik Batisah, Awak Kat Mana. Mula-mula dengar macam anoyying pun ada. Tapi lama-lama macam layan pulak. Tapi masih tak boleh lawan penyanyi lama. Lagi-lagi band feveret aku, Spider. Phew! Leleh dengar lagu-lagu diorang.

Elok aku sudah berkemas, Sofia anak Makcik Maryam datang. Dengan berbaju kurung, kain diganti dengan seluar, tudung segera lepas tu berbasikal, dah macam makcik jual nasi lemak kat simpang jalan tu pun ada.

"Abang Adam, mak kirim lauk. Nah!"

Sofia menghulurkan mangkuk tingkat kepadaku.

"Susahkan Mak Cik Maryam je lah. Apa benda ni Sofia?"

Lambat-lambat mangkuk tingkat bertukar tangan.

"Manalah Fia tau. Dahlah abang. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

Sofia memusingkan basikalnya ke arah bertentangan dan mula mengayuh. Cepat-cepat aku melaungkan nama. Basikal dibrek mengejut.

"Apa benda bang? Fia nak cepat ni. Ada ulangan Maharaja Lawak Mega ni!"

"Kirim salam mak. Cakap thank you tau! Pastu undi Shiro banyak sikit. Abang suka group tu!"

Sofia sekadar mengangkat tanganya dan meneruskan kayuhan basikal sementara aku pula menutup gerai. Proton Saga keluaran tahun 1991 yang menjadi peneman aku sejak 5 tahun ini sarat dengan peralatan jualan. Aku hanya perlu merantai meja dan kerusi pada tiang. Perkakas lain sahaja dibawa balik.

Setelah memastikan semuanya berkunci, aku memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Sebelum balik, aku perlu singgah ke gerai Pak Halim nak beli pisang, tepung dan minyak masak.

Rutin yang tak pernah berubah.

Dah bertahun aku hidup sendiri di sini. Sejak hari pertama aku menjejakkan kaki, aku tahu yang aku perlu kuat untuk berhadapan dengan apa sahaja. Lebih lagi bila orang tahu aku ini anak Ani.

Tapi tipulah kalau hati ini aku ini tak pernah terasa. Cuma aku malas ambil port. Katalah kalau mereka mahu mengata. Selagi mampu. Aku tetap macam ini.

Macam masa mula-mula aku buka gerai ini. Bukan tak ada yang mengutuk dan menghina.

"Jangan beli dekat gerai Adam tu. Anak luar nikah! Tak halal kalau makan!"

"Mak nampak kau beli kat gerai anak betina tu, mak sebat kau!"

"Eh, kau meniaga ni mana dapat modal? Duit haram mak kau?"

Manusia hanya nampak salah manusia lainnya tanpa mahu cuba faham situasi dan keadaan.

Satu-satunya manusia yang menyokong aku, Mak Cik Maryam. Dia jugalah yang aku jumpa mula-mula aku sampai sini dulu. Dia yang tunjukkan aku rumah mak. Dia yang kenalkan aku pada ketua kampung, walaupun daripada pandangan matanya aku tahu jijiknya dia dengan aku ni.

Dan Sofia. Dia sahaja kawan yang aku ada waktu itu. Dia yang selalu bagi aku semangat. Kata-kata dan nasihat dialah yang buat aku tekad nak mulakan hidup baru.

Gadis berusia 20 tahun itu yang dalam diam dah mencuri perasaan aku. Hahaha! Adam yang loser ada hati nak bercinta. Kadang bila berdiri depan cermin, terbit juga rasa malu. Dan dek kerana rasa malu itulah aku hanya mampu pendam perasaan aku ini. Lagipun aku hormatkan Mak Cik Yam. Tak mahu aku buat sesuatu yang akan memalukan dia.

* * * * * * * *

Sampai sahaja di rumah, aku mengangkut segala perkakas lalu dibawa ke dapur. Bekal yang dibawa oleh Sofia tadi aku letakkan di atas meja dapur.

Azan Maghrib yang berkumandang membuatkan aku cepat-cepat berlari ke bilik air. Nak berjemaah di surau. Usai mandi, aku menyarung kain pelikat dan baju melayu berwarna merag hati. Songkok aku letak elok di atas kepala. Perjalanan dari rumah ke surau, kalau naik kereta cuma sepuluh 5 minit.

Elok aku sampai, imam baru nak angkat takbir. Lekas-lekas aku berlari masuk ke dalam. Alhamdulillah. Dapat juga berjemaah maghrib aku hari ini.

"Eh, Adamlah! Oi Adam! Kau sembahyang tu amalan ibadat kau Tuhan terima ke?"tegur seorang pemuda kampung yang sedang melepak di kaki lima surau. Bersama dia, ada 3 orang pemuda lain. Tergelak-gelak mendengar soalan pemuda itu.

"Saya tak tahu nak jawab. Itu kerja Tuhan,"balasku tenang.

"Ceh! Sopan betul jawab. Eh, kau sedar tak kau tu siapa? Kotor surau ni kau pijak tau tak? Susahkan orang lain pula nak cuci,"jawab pemuda tadi disambut gelak ketawa rakan-rakannya.

Aku beristighfar dalam hati. Kalau kenangkan panas dalam hati, memang makan penumbuk sulung dia ni!

"Eh, korang pergi balik! Langsung tak tahu hormatkan orang. Balik!"

Baru aku nak menjawab, Pak Halim yang entah muncul dari mana berdiri di sebelah aku. Matanya mencerlung memandang kumpulan pemuda tadi.

"Ala, Pak Halim belalah sangat budak ni. Buat malu kampunglah Pak Halim simpan dia kat sini. Dasar anak luar nikah!"

"Kau balik! Aku report kat mak bapak korang nanti. Balik!"

"Dahlah. Jom blah!"

Mereka berempat cepat-cepat beredar dari situ. Aku hanya mampu memandang mereka pergi. Ingatkan berani sangat. Kena ugut dengan Pak Halim, mencecet lari.

"Sabarlah Adam. Bahagian kamu dah memang macam ni. Pergilah balik. Dah lewat ni. Esok kamu berniagakan?"

Bahu aku ditepuk perlahan. Aku hanya tersenyum. Malu pun ada. Tapi aku tak mahu menambahkan lagi kebenciaan orang.

"Terima kasih Pak Halim. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Hati-hati memandu,"pesan Pak Halim. Aku hanya membalasnya dengan senyum kecil.

Teringat kejadian tadi, buat aku rasa sangat down. Salah aku ke? Kenapa semua orang tak habis-habis pandang serong kat aku? Kenapa aku je yang dipersalahkan? Macam mana dorang tahu status aku pun aku tahu. Entah siapa yang bawa mulut dan akhirnya tersebar luas. Terus aku menjadi kebencian masyarakat sekampung.

Tahun ini, aku dah umur 28 tahun. Sudah terlalu banyak yang aku lalui. Dan semuanya itu hanyalah benda yang menyakitkan. Kadang aku terfikir, bahagia memang tak wujudkah untuk seorang Adam? Tuhan memang mahu aku begini sampai aku mati?

Dicaci. Dihina. Berkali-kali. Hati aku parah dan aku tak tahu kat mana nak cari ubatnya. Aku lari dari KL, sebab aku tak sanggup lagi hidup kat sana. Orang-orang Tiger confirm cari aku. Dengan harapan, aku tenang kat sini. Kalau aku lari juga dari sini, mana aku nak tuju? Atau Tuhan memang mahu aku jadi pelarian?

Lari daripada sesuatu tanpa tahu apa yang aku kejarkan.

Teringat aku kat Zam, Bob dan Bidin. Aku harap dorang baik-baik saja. Entah-entah dah kerja hebat dan yang pasti kehidupan mereka lebih baik daripada aku.

Tuhan dengarkan doa aku?

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now