Sijil kematian mak dah ada di tangan aku. Tapi apa aku nak buat dengan sijil ni? Nak keluarkan wang KWSP mak? Aku rasa mak tak mencarum. ASB? Takkanlah. Mak tak ada pun buku tu. Lalu sijil kematian tu aku masukkan dalam sampul dan simpan dalam laci.
Aku duduk balik di atas katil sambil bersandar kat kepala katil. Sebiji bantal aku jadikan alas di belakang badan.
Semalam orang-orang Tiger tunggu aku depan sekolah. Dengan kereta sport diorang, sememangnya itu menarik perhatian budak-budak lain. Sebaik sahaja terpandang muka aku, nama aku dijerit dengan agak kuat. Semua budak yang ada kat situ terus menoleh ke arah aku.
Bob terus menahan langkah aku dengan menghalang menggunakan tangannya.
"Siapa tu Adam?"tanya Bob sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah kumpulan orang-orang Tiger.
"Orang Tiger,"balasku perlahan lebih kepada berbisik.
"Siapa?!"tanya Bidin dan Zam serentak.
"Jangan jerit la oi! Tu orang-orang Ah Long yang mak aku hutang." Suara aku tekankan apabila menyebut perkataan Ah Long.
"Diorang nak apa?"tanya Bidin.
"Macam mana dorang tau kau sekolah sini?"tanya Zam pula
"Kau nak jumpa dorang ke?"Bob pula bertanya.
"Weh,weh! Apa benda tanya banyak-banyak ni? Korang tunggu aku kat bus stop tu, biar aku jumpa dorang. Korang jangan datang dekat aku. Sekalipun aku kena belasah,"kataku sebelum beredar dari situ. Tapi Zam cepat-cepat tarik beg aku membuatkan aku hampir terjatuh.
"Apahal kau ni?"
Nasib baik aku sempat paut pada palang besi. Kalau tak terlentang dah tadi.
"Kau gila ke nak biar kitorang tengok je? Tak kira. Aku ikut. Korang taknak ikut korang stay sini!"Zam dah galas beg. Kulit mukanya yang lebih cerah berbanding kami bertiga terlihat merah. Dia berdiri di sebelah aku sambil berpeluk tubuh. Anak matanya tajam menikam wajah Bidin dan Bob yang terpinga-pinga memperhatikan Zam.
"Woih mangkuk! Korang nak duduk sini je tunggu? Fine! Jom, Dam!"
Tanganku terus ditarik menuju ke kumpulan tersebut. Aku palingkan mukaku ke belakang. Jujurnya, aku mengharapkan Bidin dan Zam mengikut kami berdua. Bagaikan faham dengan hasrat hati aku, mereka berdua membontoti kami. Aku menarik tangan aku lalu menolak Bob kebelakang. Menyuruh dia beriringan dengan Bidin dan Zam dan aku mengetuai mereka.
Takut? Gila tak takut? Tapi apa pilihan aku ada? Kalau aku lari, kena tembak, gelap masa depan aku. Tapi aku lebih risaukan mereka bertiga.
Sampai sahaja di depan lelaki yang pada firasat aku ketua kepada lima orang lagi lelaki lain itu, sebiji penumbuk singgah ke muk aku lalu membuatkan aku terjatuh ke tanah. Nakharom! Ada cecair merah mengalir menuruni hidung. Bidin, Zam dan Bob pantas menerpa ke arah aku.
Mereka bertiga cuba membantu aku sebelum Bidin tiba-tiba bertindak dengan berlari menuju ke arah lelaki yang menumbuk aku tadi.
"Babi! Apahal kau tumbuk dia hah setan!"jerit Bidin sebelum cuba menendang lelaki itu dari arah belakang.
Lelaki itu yang mungkin perasaan serangan Bidin pantas berpaling lali kaki kirinya diangkat tinggi dan satu tendangan dilepaskan ke dada Bidin membuatkan dia jatuh terlentang. Aku segera berlari ke arah Bidin diikuti oleh Bob dan Zam. Mereka cuba membantu Bidin untuk bangun berdiri sebelum memapahnya.
"Apa kau buat ni? Inikan masalah aku! Aku dah cakap jangan masuk campur. Aku taknak korang tolong aku! Kenapa kau degil?!"tengkingku. Bidin yang mengerang kesakitan itu tak menimbulkan simpati di hati aku.
"Yang kau nak marah dia kenapa Adam? Dia nak tolong kau kot!"bentak Zam.
"Ah, korang tak faham!"
Aku melangkah menghampiri lelaki tadi. Berhati-hati. Takut dapat habuan lagi sekali.
"Kenapa? Kenapa kau cari aku kat sini?"tanyaku sebaik sahaja aku berdiri dengan jarak 5 meter daripada lelaki itu. Jantung yang berdegup laju, cuba aku kawal. Kedua belah tangan aku letakkan kebelakang. Saling memaut satu sama lain.
Lelaki itu, tiba-tiba menghampiri aku. Dia mendekatkan bibirnya dengan telinga aku.
"Kau ada 8 hari lagi."Dia berbisik.
"8 hari lama lagi. Apahal kau kena cari aku? Bos kau yang bagi 14 hari."
"Amaran."
"Amaran pukimak apa! Kau buat kawan aku macam tu! Babi kau ni!"
Aku cuba untuk menumbuk mukanya namun dia lebih tangkas menahan tangan aku sebelum lututny menujah perut aku. Aku jatuh terduduk. Senak la setan!
"Ini baru sikit. Kalau kau tak bayar dalam masa yang kau janjikan, lagi teruk daripada ni kau dapat! Faham?!"
Aku mengangguk perlahan.
Selepas itu, kumpulan lelaki itu beredar ke kereta mereka masing-masing. Bunyi enjin kereta membingit sebelum hilang sebaik sahaja mereka lenyap dari pandangan.
Aku cuba untuk berdiri. Tangan kanan menekan perut aku. Gila kuat dia hentam tadi!
"Kau okay ke?"Tanya Bob yang memaut lengan aku sebaik sahaja melihat aku ingin terjatuh.
"Okay. Aku nak balik. Aku...aku minta maaf pasal tadi. Din, aku minta maaf."
Aku mula mengatur langkah ingin pulang ke rumah. Tadi niat aku nak beli makan tengah hari kat kedai mamak. Tapi lepas apa yang terjadi, terasa kenyang pula dapat habuan daripad lelaki tu.
"Aku teman. Kau nak jalan pun payah tu. Hidung kau tu, berdarah." Bob menawarkan diri.
Aku menggeleng. Tangan Bob yang masih memaut lengan, aku tolak.
"Macam yang aku kata, ini masalah aku. Jangan babitkan diri korang. Baliklah. Pandai-pandai akulah nak hidup."
Aku tak tahu, ini pilihan yang paling tepat atau tidak. Cuma dalam kepala aku, RM15000 masih berlegar-legar.
Mak, kenapa mak buat Adam macam ni mak? Tolong Adam mak. Adam...rindu mak!
YOU ARE READING
Nama Aku Adam
RandomMak? Mak aku tak macam mak korang. Mak aku paling cantik paling baik dan paling celaka pernah aku kenal. Tapi aku sayang mak aku. Bapak? Entah. Mak kata masa aku lima bulan dalam perut dia, bapak aku mati. Aku Adam dan aku ada kisah nak diceritakan.