BAB 21

19.5K 1K 101
                                    

Bunyi deringan telefon dari dalam bilik menbuatkan aku berlari dari dapur terus ke bilik. Telefon yang aku letakkan di atas katil aku capai. Tertera di skrin, Sofea.

"Hello. Assalamualaikum." Suara lembut yang menerpa ke gegendang telinga bikin aku tersengih sendiri.

"Waalaikumussalam. Ya Fea. Rindu abang ke?" Usikku seperti selalu.

"Haah. Rindu saaaangat!" Telefon di tangan hampir terlepas. Lagi-lagi bila Sofea buat suara manja begitu. Mujur aku tak jatuh terlentang ke lantai dek kerana terkejut.

"Hello! Abang!"

"Hah! Ya!"

Aku terdengar Sofea sudah tergelak-gelak di hujung talian.

"Baru jawab macam tu dah terdiam. Belum cakap I love you lagi. Mau pengsan seminggu." Amboi! Cik adik dah pandai mengusik kita pulak ya! Aku terus melabuhkan duduk di atas katil. Siap bersila lagi! Macam lama je nak bergayut ni.

"Dah pandai perli abang Fea ni. Kenapa telefon ni? Fea dengan mak okay ke?"Risau juga aku kalau-kalau ada antara mereka yang tidak sihat. Mak Cik Maryam, umur begitu tahu sajalah. Sofea ni pula baru beberapa hari sembuh.

"Okay je. Fea nak ucapkan terima kasih kat abang sebab tolong hantar Fea. Bawa Fea balik. Thanks sangat."

Aku menghela nafas. Lega.

"Tak apa. Abang rasa dah macam jadi tanggungjawab abang jaga Fea dan mak. Lepas ni kalau Fea tak sihat bagitahu mak. Jangan buat orang tua tu risau. Kesian abang tengok dia bila Fea pengsan tiba-tiba." Sempat aku titipkan nasihat kepada Sofea. Aku tak mahu dia buat ibunya risau. Wajah sugul Mak Cik Maryam tempohari bagai terbayang-bayang di mata.

"Fea tak buat lagi. Erm. Mak ajak abang datang rumah makan tengah hari. Mak tanya lagi, abang nak makan apa?"

"Fea masak?"

"Manalah Fea reti."

"Fea masaklah apa yang Fea reti. Abang makan je. Nanti pukul dua belas abang sampai."

"Hmm...yerlah. Assalamualaikum."

Salam Sofea aku jawab sebelum talian di putuskan. Selepas itu aku terus ke dapur menyiapkan bahan-bahan untuk berniaga hari ini. Bancuhan tepung dab air gula aku simpan di dalam kontena berwarna merah lalu kontena itu aku simpan di dalam bonet kereta. Pisang aku susun di tepi kontena itu bersama-sama bungkusan berisi plastik dan tisu. Setelah itu aku menuju masuk ke dalam rumah. Melihat jam di dinding baru menunjukkan pukul sepuluh setengah aku memilih untuk berbaring dulu di dalam bilik. Nanti pukul sebelas setengah baru aku bangun bersiap untuk pergi ke rumah Mak Cik Maryam.

* * * * *

Bumbung rumah Mak Cik Maryam dah kelihatan dari jauh. Aku berhentikan kereta di halaman rumah lalu langkah kaki aku tuju ke bahagian dapur. Bau kari menyapa lembut ke hidungku.

"Assalamualaikum!"

Sofea yang sedang sibuk memasak di dapur segera berpaling ke belakang.

"Waalaikumussalam. Hah, masuklah. Mak kat atas tengah tengok TV."

Aku tak terus naik ke atas sebaliknya mengambil tempat di meja lalu duduk di situ. Aku tersengih sendiri. Entah kenapa terasa seolah baru pulang dari bekerja dan melihat isteri kesayangan sedang memasak di dapur.

"Hah, Adam! Yang kamu tersengih tu kenapa?"sergah Mak Cik Maryam dari atas tangga. Perlahan-lahan dia melangkah turun ke bawah lalu mengambil tempat di hadapan aku.

"Tu hah. Tengok Sofea masak. Cekap. Boleh kahwin dah tu mak cik,"jawabku berseloroh. Sofea aku jeling dengan ekor mata.

"Allah Adam. Baru lapan belas tahun umur tu. Kahwin apanya." Jawab Mak Cik Maryam sambil matanya memandang ke arah Sofea. Sofea yang sedang menyenduk gulai ayam ke dalam mangkuk terpinga-pinga. Tiba-tiba namanya disebut-sebut. Penuh berhati-hati dia membawa mangkuk gulai lalu diletakkan di atas meja.

Kemudian nasi di dalam periuk di atas kabinet disenduk ke dalam mangkuk nasi lalu diletakkan bersama di atas meja. Beberapa biji pinggan dan gelas disusun di atas dulang dan dibawa ke meja makan.

"Abang nak nasi banyak mana?"tanya Sofea sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.

"Hah, banyak tu dahlah." Pinggan dihulurkan kepadaku. Kemudian diikuti oleh Mak Cik Maryam dan barulah dirinya sendiri.

Tengah hari itu, aku rasa macam hidup aku yang selama ini lompong jadi lengkap. Ada Sofea dan Mak Cik Maryam. Bila diingatkan kembali, entah bila kali terakhir aku menikmati suasana keluarga begini.

Selesai menjamu selera, kami menunaikan solot Zohor bersama-sama di ruang tamu. Usai mengaminkan doa, aku berkalih ke belakang. Kala itu, hati aku rasa tenang.

Sofea tunduk mencium tangan ibunya kemudian dibalas dengan kucupan di ubun-ubunnya. Aku membetulkan duduk. Bersila berhadapan dengan dua beranak itu.

"Mak cik, saya ada benda nak cakap,"kataku cuba mencuri perhatian mereka berdua.

"Kenapa Adam?"tanya Mak Cik Maryam sambil membetulkan silanya. Sofea dibelakang mendekatkan duduk dengan ibunya.

Aku tarik nafas perlahan lalu dilepaskan. Rasa jantung berdebar laju. Tapi, aku rasa inilah peluang yang ada. Kalau tak cuba hari ni, tak tahu. Lagipun, sampai bila aku nak simpan. Segala kata-kata gurauan dan nasihat sahabat-sahabat aku terngiang-ngiang di telinga.

Mataku mencuri pandang wajah Sofea. Aku lukis senyum buatnya.

"Saya nak nikahi Sofea,"ucapku perlahan tapi jelas.

Sofea membuntangkan matanya. Ulas bibirnya bergerak-gerak seakan ingin menyatakan sesuatu.

"Abang ikhlas nak kahwin dengan Fea. Tapi abang tak minta Fea bagi jawapan sekarang. Abang tahu kedudukan abang ni macam mana. Kalau kata Fea tak mahu terima abang pun tak apa. Abang faham. Cuma abang minta Fea janganlah jauhkan diri dari abang." Berhati-hati aku menyusun kata.

Mak Cik Maryam hanya tersenyum. Entahkan dia marah atau dia setuju. Aku pandang sekali lagi wajah Sofea. Langsung tidak beriak.

"Tak apalah mak cik. Saya balik dulu. Petang ni nak meniaga." Aku bingkas berdiri. Pintu dapur aku tuju memandangkan dari situ aku datang tadi. Sewaktu aku ingin menuruni tangga fapur, suara Mak Cik Maryam menghentikan langkahku.

"Isytikarah Adam. Lepas 7 hari mak cik bagitahu keputusannya."

"Baiklah, mak cik. Assalamualaikum."

Aku harap, takdir Tuhan berpihak kepada aku kali ini. Sudah sampai masanya aku memikirkan diri aku. Hidup aku. Masa depan aku. Sudah tiba waktu aku padam dendam dalam hati aku ini.

Moga takdir Tuhan berpihak kepada aku ; sekali ini.

Nama Aku AdamWhere stories live. Discover now