BAB 7

5.1K 104 0
                                    

AARIZ meletakkan briefcase dan sebuah beg kertas di atas meja. Matanya melilau melihat keadaan biliknya yang agak tidak tersusun. Kotak-kotak dengan tanda FedEx teratur di sudut kanan bilik. Kotak itu mengandungi barang-barang peribadi dan beberapa dokumen penting yang dipos dari pejabatnya di Melbourne.

Dia mengeluh perlahan. Nampaknya hari pertama dia bekerja di Malaysia harus dihabiskan dengan mengemas dan menyusun barang-barangnya.

"Finally!!! The best engineer in town is back!!" Tiba-tiba suara yang agak kuat memecahkan kesunyian dan ketenangan bilik itu.

Aariz tersenyum sebelum menoleh. Kelihatan seorang lelaki dengan senyuman yang lebar di depan pintu biliknya.

"Yo!" Pendek jawapan Aariz sambil mengangkat tangan kanan.

"Itu aje? Susah payah aku datang bilik kau ni bertegur sapa dengan kau, kau jawab yo aje???" tempelak lelaki itu seraya melangkah masuk dan duduk di atas kerusi tanpa dijemput.

Meledak ketawa Aariz.

"Habis tu, nak aku peluk cium kau?" balas Aariz, bergurau.

Lelaki itu membeliakkan mata dan kemudian menunjukkan muka geli atas kata-kata Aariz tadi.

"Ewww, kau ingat aku ni apa? G.A.Y??" jawabnya sambil menekankan huruf G, A dan Y lambat-lambat.

Aariz tertawa lagi. Sahabatnya, Joshua memang seperti itu. Seorang yang kelakar, selamba dan sentiasa riang.

"So, how's your life? Seronok cuti? Sebulan lebih vacation. Jealous betul aku. Bos kita tu pun... bagi kau rehat sampai sebulan lebih," ujar Joshua setelah ketawa Aariz reda. Dia memandang sahabat di depannya yang sedang menyusun beberapa fail ke dalam laci.

Aariz terdiam. Bercuti? Bercutikah dia? Ya, pada mulanya, itulah rancangan asalnya. Dia mahu bercuti selama enam minggu sebelum dia memulakan kerja di Malaysia setelah dipindahkan dari Melbourne. Dia mahu menggunakan cuti itu untuk menghabiskan masa bersama keluarganya selepas lama tidak berjumpa, menjaga umi yang sakit, juga untuk membantu umi dan abah menguruskan perkahwinan Syafiq.

Teringat pula dia pada sikap endah tidak endah Syafiq terhadap perkahwinan sendiri. Bila difikirkan, mungkinkah Syafiq telah merancang lebih awal untuk meninggalkan Dahlia?

'Tak mungkin Syafiq sekejam itu. Tak mungkin....' Suara hati Aariz menolak kemungkinan yang satu itu. Dia percaya pasti ada sebab yang munasabah atas tindakan gila Syafiq itu.

"Hoi, aku cakap dengan kau ni!" Tiba-tiba Aariz disergah Joshua. Seketika kemudian sebuah fail nipis hinggap di kepalanya.

Aariz menggosok kepalanya lantas kembali memandang Joshua yang tersengih.

"Kau ni panggil aku elok-elok tak boleh ke? Suka hati aje nak baling fail kat aku," bebel Aariz pada Joshua sambil tangannya masih lagi menggosok kepala beberapa kali.

"Sorry, man. Dah kau tu buat... apa orang Melayu cakap? De...," ujar Joshua. Wajahnya dikerutkan seakan mahu mengingati sesuatu.

"Buat dek." Aariz menyambung kata-kata Joshua.

"Yes! That's right. Buat dek!" Joshua menempelak Aariz.

"Okey, okey. My fault," jawab Aariz seraya mengangkat kedua tangan ke udara seakan mengaku kalah.

Joshua yang melihat tersenyum tanda berpuas hati.

"So, how's life? Lama tak dengar berita. Dah balik sini, bukannya nak contact aku. Apa punya kawanlah macam ni." Laju sahaja mulut Joshua menuturkan kata. Wajah tidak berpuas hati dipamerkan.

JODOH ITU MILIK KITA (Published)Where stories live. Discover now