BAB 5

5.2K 118 2
                                    

"WELCOME!!!"

"Welcome to our house. Inilah rumah kita, Lia." Riang suara Aariz sambil membuka pintu kondominium miliknya. Tangannya menarik Dahlia masuk.

Dahlia hanya mendiamkan diri sambil matanya tidak lepas memandang Aariz yang membelakanginya. Rumah kita! Aariz mengatakan bahawa rumah itu adalah rumahnya dan rumah Dahlia.

'Rumah kita. Kita....' Suara hati Dahlia mula berkata-kata.

Perasaan hangat sedikit demi sedikit manjalar masuk ke dalam hati Dahlia. Entah kenapa dia senang bila Aariz mengatakan bahawa rumah itu adalah rumah mereka berdua. Seolah-olah rumah itu adalah suatu tempat rahsia yang istimewa hanya untuk mereka. Suatu tempat, suatu dunia milik mereka.

Dahlia menguntum senyuman sambil kakinya hanya mengikut gerak langkah suaminya. Matanya pula tetap seperti tadi, hanya memandang belakang Aariz yang lebar dan kelihatan gagah.

"So, how? What do you think?" tanya Aariz setelah mereka melabuhkan punggung di atas sofa.

Dahlia tidak menjawab. Hanya matanya yang meliar memandang sekeliling. Ruang tamu itu kelihatan kemas dan teratur. Tiada langsung anasir-anasir luar berupa sampah yang terdampar di mana-mana bahagian di ruang tamu itu. Perabot-perabot pula tersusun kemas tanpa sebarang debu, dan kelihatan... baru?

"Saya bau perabot baru," komen Dahlia dengan wajah yang serius.

Aariz tergelak kecil. Dipandangnya wajah Dahlia yang sedari tadi langsung tidak memandangnya. Mata Dahlia masih lagi meneliti rumahnya dengan penuh minat.

"Mestilah. Saya baru beli," balas Aariz lantas bangun dan berdiri di tengah-tengah ruang tamu itu.

Dahlia mula mengalihkan mata ke arah suaminya. Keningnya diangkat tanda menyoal maksud lelaki itu.

"New house, new sofa, new table, new fridge, new TV... new everything!!!" jerit Aariz seraya mengangkat kedua tangannya seolah-olah bersorak.

"Seriously???" soal Dahlia kembali, agak sukar untuk mempercayai kata-kata yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut Aariz.

Aariz memeluk tubuh, merenung Dahlia yang masih mempamerkan wajah yang dibaluti ketidakpercayaannya terhadap kenyataan yang baru sahaja diuar-uarkan oleh Aariz.

"I just came back from Melbourne, remember?" Aariz mengingatkan isterinya sambil tertanya-tanya sendiri adakah Dahlia sudah terlupa bahawa dia baru sahaja kembali dari Melbourne sebulan yang lepas setelah bekerja di sana selama hampir enam tahun? Atau sememangnya dia sendiri tidak pernah bercerita kepada Dahlia?

Dahlia mengerutkan dahi dan menggaru kepalanya.

"I thought you just came back from US, not... Melbourne?"

Aariz menghela nafas panjang. Soalan yang bermain di fikirannya tadi terjawab sendiri. Rupa-rupanya dia sendiri tidak pernah bercerita kepada Dahlia tentang kerja dan kepulangannya ke Malaysia dari Melbourne. Segala pengetahuan Dahlia tentangnya masih kabur dan masih samar-samar. Sama seperti dia yang belum benar-benar mengenali isteri sendiri.

"Saya belajar kat US. Tapi bila habis belajar, saya pindah ke Melbourne. Kerja kat sana lebih kurang dalam enam tahun before balik ke sini bulan lepas," terang Aariz, mahu membetulkan kenyataan Dahlia.

"Oh." Hanya sepatah kata itu yang mampu lahir dari mulut mungil Dahlia.

Dalam hati, Dahlia berasa sedikit terkilan. Baru dia sedar betapa dia tidak mengenali suaminya itu hinggakan perkara asas seperti itu pun tidak diketahuinya. Namun Dahlia sedar hubungan dia dan Aariz bukan seperti suami isteri lain yang sudah mengenali satu sama lain sebelum berkahwin.

JODOH ITU MILIK KITA (Published)Where stories live. Discover now