BAB 22

7.9K 120 21
                                    

JOSHUA menatap wajah Aariz yang keruh. Sejak kemunculan lelaki itu di pejabat pagi tadi, wajah keruh itulah yang setia menemaninya.

"Kau kenapa? Aku tengok dari tadi monyok aje? Dah macam ayam berak kapur," soal Joshua penuh rasa ingin tahu.

Aariz mengerling sedikit ke arah Joshua yang duduk elok di hadapannya. Dia tidak terus memberikan jawapan, hanya tangannya yang bermain-main dengan nasi yang masih berbaki di atas pinggan.

"Syafiq is back." Perlahan Aariz menjawab.

Joshua terkebil-kebil, cuba mencerna apa yang baru sahaja diucapkan oleh sahabat baiknya, Aariz.

"Syafiq is back? Seriously?" soalnya kembali, masih cuba memastikan informasi yang baru sahaja diketahuinya.

Aariz memandang wajah Joshua yang masih mempamerkan riak tidak percaya dan mengangguk perlahan.

"So, kau dah berjaya cari dialah?"

"Tak jugak, it's more like a coincidence. Aku cari dia punyalah susah, last... last aku terserempak dengan dia."

Aariz lantas menceritakan saat-saat pertemuannya dengan Syafiq sewaktu menghantar Dahlia di KLIA. Kisah kepulangan Syafiq ke rumah juga diceritakan kepada Joshua. Sahabat baiknya hanya mendengar tanpa kata. Sesekali lelaki itu mengangguk seakan memahami apa yang telah terjadi.

"So... erm... your wife, Dahlia dah jumpa dia?" Lambat-lambat Joshua menyoal.

Mendengarkan soalan Joshua, spontan sahaja Aariz melepaskan keluahan berat. Soal itulah yang kini menghantui pemikirannya. Dia buntu, bingung, juga keliru. Sehingga pada saat ini dia masih lagi tidak mampu menceritakan tentang kepulangan Syafiq kepada Dahlia. Bukan dia tidak pernah mencuba. Sudah acap kali dia cuba membuka mulut, namun setiap kali dia melihat wajah tulus Dahlia, dia seakan-akan tidak tegar. Mulutnya automatik sahaja akan terkatup sendiri!

Nampaknya rancangan Aariz untuk menjelaskan segalanya kepada Dahlia sudah hilang entah ke mana. Ya, rancangannya yang nampak sempurna sebelum ini tiba-tiba sahaja penuh dengan kepincangan. Jangankan mahu memberitahu Dahlia tentang kepulangan Syafiq, nama Syafiq pun tidak mampu dia sebut.

"Nope, not yet. In fact, dia tak tahu pun Syafiq dah balik. Aku tak bagitahu dia lagi," jawab Aariz akhirnya.

Membuntang mata Joshua. Terkejut dengan kenyataan selamba Aariz.

"Wei, kau ni biar betul! Kalau dibuatnya Syafiq tu tiba-tiba muncul depan dia, mahunya terkejut beruk wife kau tu!" tempelak Joshua.

Aariz menjeling tajam pada Joshua. Tidak berkenan dengan kata-kata yang baru sahaja dituturkan oleh lelaki itu.

"Well, apa yang aku cakap ni betul, kan? Kalau aku jadi Dahlia pun, mesti mahu tercabut jantung aku ni kalau tunang yang tinggalkan aku on my own wedding day tiba-tiba muncul depan mata. And to make things more interesting, aku dah kahwin dengan abang dia pula tu," terang Joshua tatkala melihat jelingan tajam Aariz tadi.

Aariz terdiam. Apa yang dikatakan oleh Joshua semuanya benar belaka, kerana perkara itulah yang dia fikirkan sejak kemunculan Syafiq. Reaksi Dahlia, perasaan Dahlia, penerimaan Dahlia... semua itulah yang ada di fikirannya sehinggakan dia tidak mampu untuk berkata apa-apa tentang adiknya itu di hadapan Dahlia.

"Sebab aku fikir pasal tulah, sampai sekarang aku tak dapat bagitahu dia pasal Syafiq," tegas Aariz.

Joshua mengerutkan dahi, tanda tidak mengerti.

"You don't see her, Josh. Dahlia... she's too innocent. Setiap kali aku tengok muka dia dengan mata dia yang selalu je macam... macam bercahaya tu, aku... aku...."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JODOH ITU MILIK KITA (Published)Where stories live. Discover now