Asalkan nampak kelibat Zharif saja, kelam-kabut Durrah menyorok. Tak kiralah di mana. Di bawah meja ke, di dalam almari ke, di dalam stor peralatan mencuci tandas ke. Kalau di dalam locker boleh muat, dia akan menyorok di situ. Di mana-mana asalkan ada tempat yang boleh dijadikan tempat persembunyian.
Bukan saja Zharif, kelibat Hobbit Hitam juga dia tak mahu tengok. Sejak kumpulan Durrah berjaya melepasi saringan Datuk Singah, Hobbit Hitam macam hendak berkawan baik pula dengannya. Sikit-sikit sebut nama Durrah sebagai contoh ketua yang bagus. Naik meluat Durrah melihat sikap mengipas nombor satu lelaki itu itu.
"Kawan baik you tu cari." Ginny mencuit bahu Durrah yang sedang melihat modul yang sudah siap untuk dibentangkan kepada Datuk Singah.
"Hah? Kawan mana?" Durrah masih belum mahu mengalihkan pandangan.
"Pak Abraham ma..."
Hatta terdengar saja nama Hobbit Hitam, Durrah bingkas bangun. "Err... nanti I tengok balik." Kelam kabut dia melarikan diri.
"Kenapa dengan Durrah tu? Cuak semacam aje?" soal Azri kehairanan.
"Entah." Ginny menggeleng.
Durrah berlari laju menuju ke arah meja Akid. "Kid...tumpang bawah meja." Tanpa berfikir dua kali, Durrah terus masuk ke bawah meja Akid. Tika itu Akid sedang melukis menggunakan pen stylus.
Sebentar kemudian, terdengar suara Mr. Abraham memanggil nama Durrah. Durrah mematikan dirinya di bawah meja. Tiba-tiba dia terlihat kaki Zharif datang menghampiri. Durrah segera mengecilkan tubuhnya. Moga-moga Zharif juga tak perasaan dia ada di situ. Tak dapat Durrah bayangkan rupa Akid menahan perasaan tika itu. Pasti lelaki itu sedang menahan gelak.
Setelah beberapa lama, suara Mr. Abraham dah tak kedengaran lagi. Perlahan-lahan Durrah keluar dari bawah meja Akid. Rimas dibuatnya bersembunyi di dalam kawasan sempit dan gelap, dan berbau stoking. Haiya!
"Mana si pendek tu pergi?" Melilau mata Durrah mencari kelibat Mr. Abraham.
"Dah pergi jauh," jawab Akid. Wajah lelaki itu selamba saja macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Durrah segera kembali ke tempat duduknya untuk memulakan kerja-kerja yang tergendala.
"You ni suka sangat sembunyi bawah meja, kan?" Zharif dah terpacak di sisi Durrah.
Berdegup kencang jantung Durrah dibuatnya.
"Masuk bilik I sekarang!"
Bagaimanalah lelaki ini boleh tahu tempat persembunyian aku tadi? Alahai... berat sungguh langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik pengarah projek itu.
"Kunci pintu tu," arah Zharif sebaik saja Durrah melangkah masuk.
"Kunci?" Lekas saja mulut Durrah menyoal.
"I tak suka diganggu. You tahulah si Hobbit Hitam tu kan suka main terjah." Sengaja Zharif menekan nama Hobbit Hitam. Sengaja dia menyakat Durrah.
Durrah mengunci pintu dan duduk di hadapan Zharif. "Kenapa you nak jumpa I?" Dia terus bertanya. Dia tak mahu berlama-lamaan di situ. Amat tak selesa. Iman boleh tergugat.
"Datuk tak puas hati dengan perkembangan kumpulan lain. So, I nak tanya you. Apa masalah mereka sebenarnya? Bukannya susah sangat kerja ni."
"You tanya I?" Durrah menuding jari telunjuk pada dirinya sendiri. "Kenapa pula I? Kenapa you tak tanya mereka sendiri?" Merepek betul si lanun ni, fikir Durrah.
"I dah tanya. Tapi semua berikan jawapan yang sama. GD lambat buat kerjalah. GD tak cukuplah. Kumpulan you pun cuma ada dua GD sebelum ni, sebelum I masukkan Rizz dalam kumpulan you."
YOU ARE READING
Cinta Dorayaki [PUBLISHED]
Romance"Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!" "Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu." "Wei...penting. Nyawa aku tu." Malangnya buku nota keramat kepunyaan Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruan...