"Wah... siapa mamat yang hantar kau balik malam tadi?" Awal-awal subuh Jenab dah menegurnya ketika mereka bertembung di dapur. Masing-masing hendak membuat sarapan ringkas untuk diri sendiri sebelum ke tempat kerja.
"Mamat mana pula ni?" Durrah berpura-pura tak tahu. Tangannya ligat menyediakan Milo campur Horlick.
"Alah... kura-kura search Yahoo. Pura-pura tak tahu," sindir Jenab.
"Bos akulah!" akui Durrah akhirnya. Malas hendak bertekak dengan Jenab pada pagi hari yang sejuk itu.
"Handsome tak bos kau tu? Sampai berhantar depan pintu. Kereta kau mana?" Jenab duduk di hadapan Durrah sambil mencicip teh O halia kegemarannya.
"Semalam kaki aku terseliuh. Sebab tu dia hantar aku balik," jawab Durrah sambil lewa. Biskut Hup Seng empat segi dicicah ke dalam minumannya.
"Handsome tak? Kau belum jawab lagi." Jenab terus mendesak.
"Tak. 'Huduh' sangat. Macam zombi Kampung Pisang," selamba jawapan Durrah.
"Tipulah. Kalau tak handsome, kau takkan benarkan dia hantar kau balik, kan? Bukannya kau tak boleh telefon aku atau Timah untuk ambil kau di ofis. Sengaja aje kan nak suruh dia hantar? Alah... mengada! Gediks!" cemuh Jenab lalu menghabiskan minumannya dengan sekali teguk. Dia terus bangun untuk mencuci mug di dapur.
"Eh... tunggulah aku. Tolong hantar aku ke stesen LRT. Kereta aku kat ofis." Kelam kabut Durrah menghabiskan minumannya.
"Suruhlah bos 'huduh' kau tu ambil. Suruh aku buat apa?" Jenab membuat gaya mulut yang sengaja mahu menyakat Durrah.
"Alah... Jenab. Tolonglah!" rayu Durrah. Tak sanggup dia hendak berkereta dengan Zharif lagi. Dahlah awal-awal lagi Zharif menghantar pesanan ringkas kepadanya bertanyakan hal yang serupa.
"Kalau nak tumpang, cepat. Mak tak rela tunggu lama-lama!" Dah... Jenab mula berperangai macam mak nyah. Aawww... tak rela you!
"Tunggu aku ambil beg kat bilik jap!" Durrah separuh melaung ke arah Jenab yang dah pun menyarung kasut.
"Macam tu kau kata 'huduh'? Buta ke apa?" Jenab menyiku pinggang Durrah sebaik saja mengetahui identiti lelaki segak yang sedang bersandar pada kereta di hadapan mereka.
"Kalau kau tak nak, bagi kat aku," bisik Jenab sebelum menuju ke arah keretanya yang diletakkan bertentangan dengan kereta Zharif.
Durrah dah mengetap bibir. Berat langkahnya diatur menghampiri Zharif.
"I tak suruh you jemput pun." Durrah menunjukkan wajah tak puas hati.
"Tak cantik buat muka macam tu subuh-subuh macam ni, Cik Dorayaki," tegur Zharif sambil berdiri tegak. "Sebab I tahu you tak suka maka I datang."
Terangkat kening Durrah mendengar alasan Zharif yang tak masuk akal itu.
"Hah... buat muka lagi. Cantik sangatlah tu. Naik cepat. Nanti lambat pula." Zharif bergerak ke tempat pemandu.
Durrah masih memaku diri di tempatnya tadi. Sedikit pun dia tak berganjak.
Zharif menurunkan cermin di bahagian penumpang. "Cik Dorayaki, you nak tunjuk perasaan ke? Nanti I ugut you, marah pula."
Durrah menghentak kasut dengan geram lalu membuka pintu kereta. Pergelangan kaki yang masih sengal, dibiarkan saja. Kemudian, sengaja dia menutup pintu dengan kuat. Harta orang tu wei!
"Marah nampak. Chill lah!"
Tanpa dapat dikawal, Durrah terus menumbuk lengan Zharif berkali-kali. Setelah beberapa ketika, baru dia sedar diri. Astaghfirullah... dia menekup mulutnya. Kulit wajahnya dah merah padam menahan perasaan malu dan cuak. Semalam dia memarahi Zharif kerana mahu menyentuh kakinya yang dibaluti sarung kaki. Pagi ini dia dengan sengaja menumbuk lelaki itu atau dengan kata lain menyentuh tubuh lelaki itu walaupun dibalut oleh kemeja.
YOU ARE READING
Cinta Dorayaki [PUBLISHED]
Romansa"Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!" "Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu." "Wei...penting. Nyawa aku tu." Malangnya buku nota keramat kepunyaan Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruan...