Bab 5

1.1K 36 0
                                    

 "Kena buat semula?" Bulat mata Durrah memandang Lela. Sepanjang ketiadaannya, gadis itu dipertanggungjawabkan memikul tugas sebagai ketua kumpulan. Wajah gadis tinggi lampai itu nampak kecewa dan sedih.

"Yalah...Datuk cakap boring," balas Lela sambil lewa.

"Kau tunjuk sampai habis ke?"

"Baru pengenalan. Ada terminologi yang dia tak faham. Lepas tu terus cakap buat semula. Entah apa-apalah Datuk kau tu."

"Datuk aku pula. Datuk aku dah mati. Dua-dua sekali." Durrah meninggalkan Lela. Dia menghampiri meja Akid, salah seorang pereka grafik atau GD kumpulan BM.

"Apa cerita hari Jumaat lepas?" Durrah melipat tangan ke dada.

"Kena buat semula. Ni aku tengah buat. Esok dia nak tengok." Wajah Akid memang nampak mafia. Macam tak puas hati. Macam dah bersedia nak membenamkan penumbuk ke muka sesiapa yang menghalang laluannya. Sesuailah dia Durrah gelar Akid Al Capone.

"Gila! Semua sekali ke?"

"Semualah. Hari tu dia baru tengok satu. Belum habis, dia dah tak nak tengok."

"Subjek kumpulan lain?"

"Sama. Kena buat semula juga. Entah apa yang dia nak. Sekejap cakap warna tak kontemporarilah. Sekejap cakap grafik macam budak-budaklah."

"Adoi! Kali ni aku betul-betul migrain. Kita bincang jap kat bilik mesyuarat. Ajak semua sekali. Aku rasa aku tau apa yang perlu kita buat," kata Durrah.

"You dah dengar ke cerita semalam?" Pagi-pagi lagi Ginny dah mengetuk dinding kubikel Durrah. Tika itu Durrah baru saja tiba dan sedang menyimpan beg di dalam lacinya.

"Eh... presentation semalam apa cerita?" Apabila bercakap dengan Ginny, susunan ayat Durrah pun boleh jadi tunggang terbalik.

"Ni nak ceritalah ni." Wajah Ginny dah masam.

Durrah tersengih ala kerang busuk. "Hah... ceritalah."

"Mr. Akshay dan Sivaranan dah kena tendang. Datuk tak puas hati. Semalam dia marah betul."

"Apa?" Melopong luas mulut Durrah memandang Ginny. "Semalam giliran kumpulan Sivaranan present, kan? Apa kena-mengena pula dengan Mr. Akshay?"

"Itulah... Mr. Akshay nak jadi hero. Konon dia nak bela Sivaranan. Tengok-tengok dia sekali kena tendang. Rupa-rupanya, Datuk dah lama tak puas hati dengan Mr. Akshay sebab tak boleh uruskan projek ni. Eh... bukan dia sorang tau. I dengar ada lagi SE lain yang dah berhenti 24 jam."

"Adoyai!" Durrah mengurut dahi yang terasa keras. "Kenapa tiba-tiba jadi begini? Dulu elok aje kita buat kerja aman damai."

"Ni semua Dr. Marialah punya kerja. Bising sana, bising sini. Datuk pun terpengaruhlah. Si Abraham tu pun sama juga!"

Durrah memanggung kepalanya yang terasa berat. Mengapa tiba-tiba saja keadaan yang tenang berubah menjadi kelam kabut? Mengapa pihak atasan tak masuk campur tangan sejak dari awal lagi? Mengapa dah terhantuk baru nak terngadah?

"Ginny, Durrah... masuk bilik mesyuarat sekarang. Mr. Abraham panggil!" kata Azri tiba-tiba yang muncul entah dari mana.

"Mesyuarat apa pula pagi-pagi ni? Sarapan pun belum," rungut Durrah sambil mengekori Ginny dan Azri.

Di dalam bilik mesyuarat, semua staf sudah berkumpul. Masing-masing tertanya-tanya perkara penting yang hendak disampaikan pagi-pagi itu.

"Eh?" Wajah Durrah berubah tiba-tiba.

Cinta Dorayaki [PUBLISHED]Where stories live. Discover now