Bab 17

1K 41 0
                                    

Pagi itu gempar satu pejabat. Tiga orang SE yang diketuai oleh Juli menyerbu ke meja Durrah, menangis macam budak kecil. Durrah yang baru tiba, masih belum sempat menyimpan beg di dalam laci, terpana dengan keributan itu.

"Kenapa ni, Juli?" soal Durrah, memandang ke arah gadis dari Sabah yang berbadan besar dan sasa macam Hercules itu. Dulu dia ni wakil pemain ragbi wanita kat universiti.

"Durrah, kami satu kumpulan nak kena buang," tangis Juli. Matanya dah bengkak.

"Gilalah si Lanun ni!" sumpah Durrah geram. Setelah menyimpan beg di dalam laci, dia terus menyerbu masuk ke bilik Zharif.

Zharif yang sedang mengemaskan tali lehernya terkejut apabila pintu biliknya dibuka dengan kasar.

Sengaja Durrah menghempas pintu bagi menyatakan ketakpuasan hatinya terhadap keputusan lelaki itu.

"Apa yang you cuba buat ni? Disebabkan ketua mereka yang dulu gagal, you hukum semua ahli kumpulan yang masih ada? Marahkan nyamuk, kelambu dibakar?" Durrah terus menghamburkan kemarahannya.

"You maksudkan kumpulan Juli?" Wajah Zharif masih selamba. Selepas membetulkan tali leher, dia duduk di atas kerusi, menghidupkan laptop. "Mesti mereka salah faham maksud Datuk semalam."

"Datuk cakap apa pada mereka masa presentation semalam?" Durrah dah berpeluk tubuh di hadapan meja Zharif.

"Datuk beri mereka satu peluang lagi. Sekurang-kurangnya hasilkan satu modul yang sempurna dan mudah difahami. Tiga SE bergabung hasilkan satu modul. Itu yang Datuk minta. Tapi kalau mereka gagal, mereka akan disingkirkan."

"Satu modul?" Durrah meminta kepastian.

"Ya, satu saja. Kalau mereka berjaya, modul tu akan dijadikan contoh. Mereka hanya perlu tiru cara yang sama." Zharif merenung Durrah. "Apa yang sedang you fikirkan?"

"Mereka tak akan berjaya tanpa bimbingan."

"Jadi?" Zharif kelihatan curiga. "You nak jadi mentor mereka?"

"Ya! Apa salahnya?" jawab Durrah dengan yakin. Kedua-dua belah tangannya diturunkan ke sisi tubuh sebagai tanda dia bersedia memikul tanggungjawab itu.

Senyuman sinis terukir di bibir nipis Zharif. "Menarik. I nak lihat sentuhan magis you pada kumpulan ni. I bagi you masa sampai hari Khamis. Empat hari rasanya cukup untuk hasilkan satu modul." Lelaki itu melontarkan cabaran.

"Baiklah, Encik Zharif. Kami akan buktikan yang kami punya kelayakan yang diperlukan oleh projek ni. Dan kami akan buktikan, you salah anggap pada kemampuan kami!" Durrah terus keluar dari bilik Zharif dengan penuh azam.

Senyuman Zharif melebar. "Yes!" Dia seperti mahu menjerit sekuat-kuatnya. Durrahnya dah kembali. Betapa rindunya dia akan semarak api yang sentiasa dibiaskan oleh gadis itu. Gerhana di hati perlahan-lahan menghilang.

Empat hari bertungkus-lumus membimbing dan mengetuai kumpulan Juli, akhirnya mereka berjaya menghasilkan satu modul yang dikira cukup sempurna pada penilaian mereka. Durrah lakukannya demi menyelamatkan rakan-rakan sekerja yang tak bersalah. Hanya kerana Kokila gagal membimbing ahli pasukannya, tak bermakna kegagalan itu harus ditanggung anak-anak buahnya.

Sepanjang persembahan modul, Durrah langsung tak memandang Zharif. Ternyata lelaki itu menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk merenungnya. Kebetulan pula mereka duduk bertentangan.

Tak dapat nak mengusik dan menyakat Durrah cara itu, Zharif gunakan cara yang lebih licik.

Nada dering WhatsApp Durrah tiba-tiba berbunyi. Semua tumpuan terhala kepadanya. Alamak! Dia lupa nak matikan bunyi.

Cinta Dorayaki [PUBLISHED]Where stories live. Discover now