Suami Idaman

48.3K 1.2K 5
                                    

"Laila bangun nak, dah pukul 10 ni, kamu tak bukak butik ke harini?". Seperti biasa Puan Mariam akan mengejut anak perempuannya bangun. Laila memang senang bangun bila terdengar suara ibu kesayangannya. Laila mencapai tuala dan terus bersiap.

Pagi itu Laila nampak anggun dengan maxi skirt merah dan blouse muslimah rekaannya sendiri. Laila Khaleesa anak tunggal Haji Khalid dan Puan Mariam, pemilik butik pakaian muslimah 'Laleesa' dan amat menitik beratkan pakaian yang menutup aurat bagi setiap pelanggannya.

Semakin hari butiknya menjadi pilihan ramai wanita muslimah yang inginkan gaya clsssy dan mengikut syariah. Laila mengambil dua orang pembantu di butiknya dek kerana tak cukup tangan mengendalikan pesanan yang semakin banyak. Dari jauh kelihatan pelanggan setianya Datin Sharifah menuju masuk ke butik untuk mengambil jubah yang dipesannya. "Saya suka betul lah jubah rekaan awak haritu Laila sebab tulah saya repeat order lagi nih. Bukan apa harini anak lelaki saya balik dari Australia nak mulakan khidmat sebagai dokter di sini, tuh yang nak buat makan makan sikit". Datin Sharifah memang pelanggan yang paling mesra sebab itu lah Laila sangat selesa dengan Datin Sharifah.

"Anak lelaki? Dokter? Mesti handsome macam Datuk Azhar ayah dia. Ishh! Ape ni Laila fokus kerja. Laila mula melukis jubah rekaan terbarunya. Idea Laila sentiasa mencurah-curah. "Cik Laila dah petang nih, kami mintak diri balik dulu yee" Nabila dan Balqis terus beredar sambil melambai tangan mereka kepada Laila. Laila hanya tersenyum melihat gelagat pekerjanya yang lucu. Laila mula mengemas meja kerjanya dan mencapai handbag Chanel keluar dari butik. Sedang Laila mengunci pintu butiknya dia terdengar suara makcik menjerit meminta tolong. "Ya Allah kenapa nih makcik?!" soal Laila melihat makcik itu berlari termengah-mengah. "Beg tangan makcik kena ragut nak, makcik baru keluar dari bank" makcik itu menangis-nangis sambil tercungap. Laila sempat mengejar peragut dan bertindak berani dengan menghayun handbagnya tepat mengenai kepala si peragut itu. Walaupun sudah jatuh daripada motor, peragut itu tetap berdegil dan merebut beg makcik tadi. Peragut tadi bertindak semakin ganas dengan mengeluarkan pisau menoreh tangan Laila yang menghalang rancangan jahatnya. Darah yang keluar semakin banyak "Kenapa nih makcik?! Gadis tu cedera! cepat makcik kita bawak dia pergi hospital!". Seorang lelaki yang lalu terus mendukung Laila ke hospital.

Siapa sangka lelaki yang menolong Laila itu jodohnya. Dokter Ameer Hadi anak Datin Sharifah. Dokter Ameer mempunyai gayanya tersendiri, disebalik cermin matanya dia mempunya alis kening yang begitu cantik, mata coklat cair yang menawan, bibir yang sentiasa merah jambu walaupun seorang lelaki, warna kulit yang cerah berseri dan tinggi lampai.
"Laila ibu nak cakap nih, meh duduk sini dengan ibu" panggil puan mariam untuk menyatakan hasratnya dan sahabat baiknya. "Macam serius je ibu? Ade ape ni?" tanya Laila hairan. "Macam ni... ibu rasa Laila dah semakin dewasa, Laila perlukan seorang suami untuk jaga Laila, ibu tak tahu bila ibu akan dijemput Allah, jadi ibu nak sesorang menjaga anak ibu" luah puan mariam. Laila terkedu dan terdiam. Hairan kenapa ibunya mahu dia berkahwin sedangkan selama ini ibu tak ada sebutkan pasal perkahwinan. "Ibu kenapa ibu cakap macam ni? Ibu dah tak nak jaga Laila ye?" Laila mungkin agak terasa dengan hasrat ibunya. Puan mariam mahukan seseorang yang boleh menjaga puterinya. Laila semakin dewasa. Gadis sebaya Laila yang lain sudah berumahtangga. "Ibu dan kawan baik ibu dah bersetuju untuk menjodohkan Laila dengan anaknya, Laila nak tengok gambar bakal suami Laila?" Laila menggeleng kepala berlari ke biliknya. Puan mariam tahu Laila masih terkejut dengan keputusan mengejutnya. Niatnya bukan mahu memaksa. Semua demi kebaikkan Laila. "Aku? Kahwin? Dah sedia ke? Ibu ni pandai pandai buat keputusan..." Laila mengomel sendiri.

Hai semua nantikan sambungan 'Suami Idaman' okay. Kalau suka voted lah yee. hehehehe InshaaAllah daily update. Bagi yang nak rasa feel bayangkan penyanyi Azhar Azhael suaminya. Dan selitkan lagu cinta seperti Setia- Faizal Tahir & Elizabeth Tan heehehehe


Suami IdamanWhere stories live. Discover now