"Laila pergi panggil suami kamu turun makan yee" suruh puan mariam sambil menghidangkan nasi lemak atas meja makan. Laila membuka pintu biliknya. "Aaaa!" Laila menjerit terkejut melihat suaminya yang sedang bersiap memakai baju. Dia masih janggal lagi. Seringkali terlupa dia sudah bersuami. "Sorry sorry Laila abang lupa kunci pintu tadi, sorry buat Laila terkejut" balas Ameer yang terkejut juga mendengar isterinya menjerit.
Budak sekarang ni bukannya tahu nak beromantis macam kita kita dulu. Suami tukar baju pun terkejut dah! Gelak Datuk Azhar memerli Laila. "Abah, ayah ... Ameer nak mintak izin nak bawak Laila keluar dari rumah nih, nak hidup berdua berdikari kat rumah Ameer sendiri, boleh ke?" Ameer teragak-agak meminta izin. "Hahaha apelah kamu nih Ameer, mestilah boleh. Laila isteri kamu. Kamu ada hak sebagai suami" gelak Datuk Azhar. Ayah pun mengangguk tanda setuju. Laila yang sedang makan terbatuk batuk mendengar hasrat Ameer.
Keluar dari rumah? Berjauhan dengan ibu? Tidak! Laila minta diri ke bilik setelai selesai makan. Puan Mariam tahu Laila pasti berat hati untuk meninggalkan rumahnya tempat dia membesar, tempat dia bermain dan tempat dia merasa kasih sayang ibu ayahnya. Puan Mariam ke bilik Laila memujuk anaknya. "Laila... ibu tahu Laila sedih kan nak tinggalkan ibu? Laila sedihkan takde tempat mengadu? Laila... bila dah berumahtangga suami Laila akan jadi tempat Laila mengadu, suami akan bimbing Laila, suami akan mencurahkan kasih sayang sepertimana ibu beri, Laila jangan sedih ye? Laila ikut suami ye... jangan risau every weeks ibu akan datang jenguk Laila ye" pujuk puan mariam.
"Mari Laila masuk, takpe abang angkatkan beg Laila ye" pelawa Ameer sambil mengangkat beg Laila. Besar juga aparment milik suamiku. Laila duduk di sofa putih di ruang tamu. "Em... abang? Laila nak tidur bilik lain boleh tak .. i mean ... i'm not ready, please" rayu Laila. Laila tak pernah terfikir dia akan tidur bersama suaminya. Dia belum bersedia sepenuhnya. "Its okay Laila, abang faham dan abang takkan paksa Laila ye, take your time". Ameer sangat memahami isterinya. Dia sikit pun tak kecik hati.
Selepas makan malam Laila terus masuk ke bilik. Ameer anggap isterinya penat. Ameer seorang yang sentiasa positif dan tersenyum. Sebelum Ameer berjalan ke biliknya dia masuk ke bilik Laila untuk memastikan isterinya sudah tidur. Cantiknya ciptaanMu Allah. Laila Khaleesa mempunyai muka bujur sireh, kulitnya putih melepak dan rambut panjang ikal. Ameer selimutkan Laila dan mencium dahi isterinya sebelum keluar dari bilik Laila. Setiap malam Ameer tak pernah lupa selimutkan dan mencium dahi isterinya sebelum tidur.
"Abang makan dulu ye?". Tanya Laila yang melihat suaminya merapikan rambut. Penampilan Ameer sentiasa kemas. "Sorry Laila, abang rasa tak sempat kot, today ramai patient and i'll be late, kalau Laila mengantuk Laila tidur ye jangan tunggu abang" Ameer terburu-buru memakai kasut dan mencium dahi isterinya sebelum keluar. Pukul 10 pagi Laila sampai di butik Laleesa. Ramai pelanggan hari ini. Nabila dan Balqis menarik nafas lega melihat boss mereka melangkah masuk ke butik. "Huh nasib baiklah boss datang. Datin tuh kecoh nak jubah dia. Puan tu tak boleh sabar tunggu. Kelam kabut kitaorang" rungut Nabila mengalahkan mak orang. Laila melayan pelanggannya dengan sopan santun dan senyum tak pernah lekang dibibirnya.
"Dokter Ameer harini kita ada 10 appoinment tau. Hope dokter dah makan or else dokter yang tumbang nanti" bebel nurse senior yang berpengalaman. "Iyalah kak Zahra". Ameer menganggap kak Zahra seperti ibunya sendiri. Hospital menjadi sibuk penuh dengan ramai orang yang datang sehinggakan Ameer tak sempat keluar makan. Sejak pagi Ameer hanya minum air kosong. Kesibukan bekerja membuat Ameer terlupa dia ada gastrik teruk. Satu persatu pesakit datang mendapatkan rawatan Dokter Ameer. "Dokter Ameer nih dah kahwin ke? Nasib baiklah makcik tak ada anak dara, kalau tak boleh bermenantukan dokter" usik makcik fatimah salah seorang pesakit Ameer. 'Itulah Dokter Ameer jambu sangat, pesakit sampai nak buat menantu" kak Zahra mencelah. Ameer tersenyum mendengar kak Zahra memperli. Jam tangan Ameer menunjukkan sudah pukul 8 malam. Laila mesti sunyi sendiri. Baik aku balik cepat temankan Laila. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Ameer menekan perutnya. Dia tahu gastrik sudah menyerang. Seharian dia tak makan sejak pagi lagi.
"Hello Dokter Ameer you need to come here now! Emergency kes! Kita tak cukup staff, Dokter Syamil dah balik kampung tadi. Please Dokter... patient getting weak!". Panggilan daripada hospital membuatkan Ameer berpatah balik ke hospital walaupun keadaannya dalam kesakitan. Tugasnya lebih penting sekarang. Dua jam di dalam bilik pembedahan hampir membuatkan Ameer hilang fokus menahan sakit. Alhamdulillah patient semakin stabil dan dipindahkan ke wad biasa. Pembedahan berjaya! "Dokter Ameer are you okay? You look pale" tanya Dokter Mahesh yang perasan Ameer menahan sakit. "I'm okay Dokter Mahesh, i need to go now my wife must be worry. Bye" Ameer memang pandai menyembunyikan masalah dan apa yang dia rasa sekarang.
Ameer mengagahkan dirinya memandu pulang ke rumah dalam kesakitan yang amat sangat sehingga berpeluh. "Assalamualaikum Laila... abang..." Dush! Ameer rebah sebaik sahaja menutup pintu. Laila terkejut mendengar bunyi seperti sesuatu jatuh berlari keluar dari bilik dan mendapati suaminya jatuh pengsan! Ape aku nak buat ni! "Abang... abang bangun abang... abang kenapa nih?!" Laila panik memegang pipi suaminya yang tidak sedarkan diri. Laila segera mendail number kecemasan ambulans. Ya allah berilah kekuatan kepada suamiku! Laila tak henti berdoa sepanjang perjalanan dalam ambulans. Dia sungguh risau dan takut. Mencurah-curah airmatanya membasahi pipi. Suami yang sentiasa tersenyum mesra kepadanya kini diam terkujur kaku.
Well setiap cerita ada sedihnya kan? Saya yang menaip pun sedih ... kalau suka voted tauu. Part 4 menyusul hehehehe
![](https://img.wattpad.com/cover/49584845-288-k837905.jpg)
YOU ARE READING
Suami Idaman
RomancePerkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di...