"Abang janganlah kacau baby, kan baby tengah tidur tu" pesan Laila melihat Ameer mencuit pipi lembut Nur Khayla Ameera yang sedang nyenyak tidur. Ameer tak sabar ingin bermain dengan buah hati barunya. Pergi kerja balik kerja hanya Khayla Ameera yang bermain di fikirannya. "Sayang... abang nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sayang dah lahirkan zuriat untuk abang, sayang pertaruhkan nyawa sayang, sayang berjuang demi anak kita, Laila perempuan paling kuat bagi abang. Terima kasih sayang" ucap Ameer memegang tangan Laila. Laila tersenyum. Dia kini bertiga. Keluarganya kini lengkap dengan kehadiran si kecil comel.
"Eee geramnya saya tengok anak Cik Laila ni. Comel sangatlah. Haih nak kahwinlah macam ni hehehe" usik Nabila. "Baby ikut muka suami Cik Laila lah. Bibir merah jambu macam papa dia" ujar Balqis. "Memang lah ikut muka suami Cik Laila takkan nak ikut muka kau pula! Hahaha" usik Nabila lagi. Laila ketawa melihat kerenah lucu pekerjanya. "Ibu memandangkan Laila dah habis pantang boleh tak Laila dan Abang nak balik rumah kami? Rasa macam dah lama sangat tinggalkan rumah. Rindulah pulak hee" kata Laila sambil teringat kediaman suaminya yang indah.
"Nur Khayla Ameera inilah rumah mama dan papa haa ini rumah Khayla Ameera jugak tau". Mereka melangkah masuk ke rumah dan mengemaskan katil Khayla Ameera. Ameer lah orang paling sibuk mengemas bilik anak kesayangannya. Khayla Ameera bayi yang kurang merengek tahu tidur saja. Sesekali dia menggeliat minta didukung. Kadang Khayla Ameera menangis lapar. Laila sentiasa bersedia. Mereka suami isteri rajin bangun malam bergilir-gilir menjaga Khayla Ameera. Rasa bahagia mengatasi segala rasa mengantuk dan penat.
"Assalamualaikum Laila, Ameer. Cucu mummy mana? Geramnya rindulah tak tengok sehari" Datin Sharifah gembira datang ke rumah mereka untuk melihat cucunya. Puan Mariam, Datin Sharifah dan yang lain sering ke rumah untuk menjenguk baby Khayla Ameera. Hadirnya si kecil mengukir bahagia bagi semua orang. "Amboi Dokter Ameer awalnya nak balik, orang dah ada anak, comel pulak tu" usik Kak Zahra melihat Ameer tergesa-gesa nak balik rumah. Terbayang-bayang Khayla Ameera merangkak di seluruh rumahnya. Apa ada atas lantai rumah semuanya dimasukkan ke dalam mulutnya. Laila tak boleh leka sedetik pun.
"Tidur dah Khayla. Penat agaknya main merangak sana sini" Laila tersenyum kecil melihat Khayla yang tidur keletihan. Kebahagiaan mereka lengkap dengan kehadiran Khayla Ameera. Sakit demam Khayla diharungi bersama. Berjaga malam demi memantau keadaan anak kesayangan mereka. "Abang Laila ingatkan esok nak masuk butik sekejap, nak tengok apa dua budak tu dah kerjakan kat butik Laila hehe" gelak Laila mengingatkan Nabila dan Balqis yang selalu mengusiknya.
"Mummy boleh tolong jagakan Khayla sekejap? Laila nak masuk butik pantau budak bekerja sekejap. Boleh ke?" Tanya Laila sambil mendukung Khayla yang semakin aktif. "Eh mestilah boleh! Khayla kan cucu mummy jugak. Alooloo sayang meh kat tok mummy meh" Datin Sharifah mengambil Khayla yang sedang leka bermain tudung Laila. Dipintalnya tudung Laila. Laila memandu laju menuju ke butik Laleesa. "Haa haa buat ape tuh! Curi tulang eh?" sergah Laila menakutkan pekerjanya yang leka bermain handphone. "Eh Cik Laila! Hehehe sorry tak perasan tadi. Mana ada curi tulang. Customer takde lah sekarang. Bolehlah kitaorang duduk rehat sekejap, terkejut kitaorang tau Cik Laila ni!" Bebel Nabila panjang yang terkejut dengan kehadiran boss mereka.
"So far Alhamdulillah jualan meningkat. Bagus korang buat kerja. Boleh lah naik gaji sikit kan? Saya bangga ada pekerja yang baik dan jujur macam korang, susah nak jumpa. Thanks ye?" Ucap Laila sambil menyelak buku laporan kewangan butik Laleesa. "Cik Laila kenapa tak bawak Khayla Ameera datang butik, rindulah nak picit pipi gebu dia tuh" tanya Balqis yang begitu sukakan kanak-kanak. Dia sendiri mempunyai adik-adik kecik di kampung. Melihat Khayla Ameera terubat sedikit rindunya.
"Terima kasih mummy jagakan Khayla, maaf Laila menyusahkan mummy ye?" Kata Laila yang serba salah menyusahkan ibu mertuanya. "Ya Allah takde ape yang susahlah Laila, Khayla ni senang je jaga. Nakal sikit je. Baik je dia. Buat susu dia minum lepastu tidur. Senang jelah jaga. Jangan risau. Lepas ni Laila pergi je kerja, letak Khayla kat rumah mummy ye?" Jelas Datin Sharifah yang menghulurkan Khayla Ameera kepada Laila. "Abang happy tak dengan Laila?" Tanya Laila menatap mata Ameer. "Abang happy sangat dengan Laila, terlalu happy. Abang bahagia kita dah ada anak sendiri, abang nak 10 anak hahaha" jawab Ameer ringkas sambil tertawa.
Harini Laila sibuk menyiapkan kerjanya di butik. Dia terpaksa meninggalkan Khayla Ameera dengan mummy lagi. Mummy nyata suka dapat meluangkan masa dengan cucunya. "Cik Laila bawak lah baby Khayla datang butik, please, please..." pujuk Nabila dan Balqis. Mereka sanggup menjaga baby Khayla. Laila bersetuju dan berjanji esok dia akan membawa Khayla Ameera ke butik. Ade-ade jelah korang ni. Khayla mama rindulah! Keluh Laila terkenangkan anaknya yang lincah merangkak dan mula belajar berdiri. Banyak kali Khayla jatuh tapi dia tetap belajar berdiri.
"Kenapa ni Kak Zahra? Nampak sedih je? Akak ade masalah ke?" Tanya Ameer yang perasan Kak Zahra bermuram saja sejak tadi. "Suami akak... dia syak akak ade hubungan dengan kawan lama akak padahal kami takde ape-ape pun. Dia tak percayakan saya padahal dah 12 tahun dah kami kahwin dah ada anak 3 orang pun. Haih peliklah" keluh Kak Zahra. Dokter Ameer turut memberi pandangan supaya Kak Zahra kekal positif. Ameer terfikir Laila pernah menceritakan tentang kekasih lamanya, Hafiz. Tak dinafikan kadang Ameer risau Hafiz mencari Laila dan membalas dendam kerana Laila menolak cintanya dulu.
"Okaylah korang dah petang ni, saya kena balik dulu, nak ambik Khayla kat rumah mummy lagi, jakgi Cik Ameer korang balik nak makan satu apepun belum masak hahaha, jangan lupa tutup butik elok-elok ye?" Pesan Laila kepada pekerjanya yang sedang leka mengemas jubah-jubah. "Jangan lupa ye esok bawak si Khayla montel tu yee heheheh" sempat Balqis mengingatkan Laila. Laila menolak pintu butiknya perlahan dan mencari kunci keretanya. "Hey, you must be my Laila Khaleesa right? Where have you been?. Laila kedengaran suara asing menegurnya dari belakang. Siapa tu?
Jangan lupa klik vote ye hehehehe thanks a lot kikiki
Truly,
DaisyDee
ANDA SEDANG MEMBACA
Suami Idaman
DragostePerkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di...
