Suami Idaman

15.3K 591 7
                                    

Laila memalingkan kepalanya melihat suara yang menegurnya. Haa? Hafiz? Ape dia nak? Macam mana dia tahu aku ada butik? Argh! "So you nak ape datang sini? Baliklah. I takde urusan dengan you" jelas Laila ringkas. "Laila Khaleesa. You never change. Still my wild cat Laila. Well i saja datang cari you. I dengar you dah kahwin? So siapa suami you? Kerja ape dia?" Tanya Hafiz dengan nada memerli. "Siapa dia, kerja dia, tak penting pun untuk you tahu, you dah lupa? Kita dah takde ape-ape! So just go away!" Gertak Laila meninggikan suaranya.

Hahahaha. Laila. Laila. Kau masih sama. Garang. Citarasa aku! Aku suka perempuan garang macam kau. Laila menuju ke rumah mummy. Sepanjang perjalanan, dia tak berhenti merungut. Dia tak pernah lupa apa yang Hafiz cuba lakukan pada dia dulu. Manusia binatang. Ingat aku perempuan ape! Moodnya berubah serta-merta. Hatinya kembali tenang melihat kelucuan Khayla Ameera yang berdiri dan cuba melangkah mara kepada mamanya. "Cepat, cepat, cepat sayang come to mama" Laila beri semangat kepada Khayla yang melangkah satu persatu malangnya terjatuh terduduk.

Laila menjadi tidak tenang mengenangkan kejadian semalam. Dia tak sangka akan jumpa Hafiz lagi. Ameer perasan Laila termenung jauh. "Sayang? Kenapa termenung ni. Ingatkan ape ni? Ade masalah kat tempat kerja ke?" Tanya Ameer. Andai dia boleh menceritakan hal sebenar kepada Ameer. Dia takut Ameer akan cemburu dan marahkannya. "Sayang, kesian Kak Zahra suami dia kata dia ade hubungan dengan kawan lama. Suami dia still tak boleh berbaik dengan dia. Cemburu teruk katanya" cerita Ameer sambil menepuk bantal sebelum tidur. Laila menelan air liur. Dia risau Ameer tahu, Hafiz datang berjumpa dengan dia.

Laila masuk butik lewat sikit tengahari itu. Dia membawa Khayla Ameera bersamanya memandangkan pekerjanya mahu bermain dengan Khayla. "Hi dear? How are you? Oh how cute! So ini anak you? Comel. Boleh i dukung dia?" Sapa Hafiz tiba-tiba. Ish dia lagi! Laila memeluk erat baby Khayla. Dia tak akan sesekali memberi binatang tu sentuh Khayla Ameera. "Eh you nak ape lagi haa? Please lah. Stop cari i lagi. We're done okay! I dah ada suami and anak. So jangan kacau i lagi" jerkah Laila. Darahnya naik sebaik mengenangkan apa yang Hafiz cuba buat padanya dulu.

"Okay i takkan kacau you, tapi i nak ajak you keluar minum buat kali terakhir? Boleh? Last. Lepas ni i takkan kacau you lagi. I janji" rayu Hafiz sambil memandang tepat ke arah Laila. Laila berfikir sejenak. Mungkin kalau aku keluar dengan dia kali ini, dia takkan kacau aku lagi. Hmm. Laila masih berfikir. "Okay fine, tapi ni last kita berjumpa. I taknak tengok muka you lagi lepas ni" Laila bersetuju memandangkan demi kebaikkan hubungannya dengan Ameer. "Nabila Balqis jagakan Khayla sekejap, saya ada urusan sikit" pinta Laila sambil menghulurkan Khayla Ameera kepada Balqis. Nabila memerhatikan boss mereka pergi dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Nabila mencapai handphone dan segera mesej Ameer.

Salam Encik Ameer, saya nampak Cik Laila keluar berdua dengan lelaki. Saya tak kenal siapa lelaki tu. Yang penting nampak macam ahli perniagaan. Saya risaukan keselamatan Cik Laila. - Nabila

Terbeliak biji mata Ameer membaca mesej yang diterimanya. Laila keluar dengan lelaki? Siapa? Jangan-jangan... Hafiz?! Ameer mula tak senang duduk. Hatinya risau memandang Laila pernah menceritakan Hafiz cuba merabanya dulu. Ameer meninggalkan biliknya dan segera memecut laju kereta mencari Laila. Dia risau Hafiz berbuat sesuatu yang tak elok kepada isterinya. Dalam masa yang sama hatinya marah Laila boleh terima pelawaan lelaki ajak keluar dengan begitu senang. Dia lupa ke dia isteri aku? Kenapa dia nak jugak keluar dengan lelaki binatang tu! Ameer mencapai handphone dengan kasar.

Laila, awak dekat mana? - Ameer

Laila terkejut Ameer tiba-tiba bertanyakan soalan begitu. Sangkaannya pasti Ameer sudah tahu dia keluar berdua dengan Hafiz. Maafkan Laila abang. Ameer mencari di setiap restoren berdekatan dengan butik Laila. Dia singgah di butik, dilihatnya Khayla Ameera sedang bermain dengan pekerjanya. Sampai hati Laila tinggalkan anak demi keluar dengan lelaki tu. Argh! "Nabila tutup butik, ikut saya! Kita cari Laila" arah Ameer. Balqis yang sedang mendukung Khayla Ameera juga turut keluar menunggu di luar butik. Khayla Ameera menangis tiba-tiba. Ameer tahu Khayla dapat merasakan sesuatu akan berlaku kepada ibunya. Naluri anak dan ibu selalunya berkait. Ameer semakin risau.

"Encik Ameer tadi saya nampak dorang naik Mercedes hitam nombor plat WHF 8485" Nabila mencelah memberi maklumat. Puas mereka meronda di sekitar restoren mencari kereta Hafiz namun hampa. Ameer teringat Laila pernah memberitahu semasa dia bercinta dengan Hafiz dulu mereka selalu makan di Hotel Grand Amour. Dia segera memecut ke sana. Sangkaanya benar, memang Laila dan Hafiz ke sini! "Nabila Balqis awak berdua jaga Khayla tunggu dalam kereta. Dalam masa 10 minit saya tak balik terus call polis okay!" Arah Ameer yang keluar mencari Laila.

"Laila, are you still remember this place? Our favourite place?" Tanya Hafiz dengan nada berlagak. Laila hanya mengangguk berpura-pura mendengar. Ikutkan hati nak saja dia balik sekarang. "Minumlah air ni sebelum you balik. I janji selepas you minum, i hantar you baluk butik" bohong Hafiz. Ketika Laila leka, Hafiz sempat memasukkan ubat khayal ke dalam air Laila. Laila minum tanpa teragak-agak. Dalam masa beberapa saat saja, ubat khayal tadi sudah mula menunjukkan kesan. Pandangan mata Laila menjadi kabur secara tiba-tiba semuanya menjadi gelap.

Hafiz memulakan rancangan jahatnya. Dia yakin hari ini lah hari dia membalas dendam. Menuntut bela kerana Laila menjatuhkan maruahnya dengan menampar dia dulu. Hafiz memapah Laila masuk ke bilik hotel. Oh cantiknya kau Laila. Dulu kau menolak aku ye, sekarang kau terimalah padah atas penghinaan yang kau buat dulu! Ameer masih ketinggalan mencari Laila di restoren hotel. Dia bertanya bahagian reception jika ada terlihat Laila. Alhamdulillah ada seorang pakcik disitu yang baik hati memberitahu ada seorang lelaki mendukung Laila naik ke bilik hotel tingkat 5 bilik bernombor 3. Ameer segera menekat butang lif.

Yaa ini dia bilik nombor 3. "Laila! Laila!" Ameer memecahkan pintu bilik nombor 3. Belum sempat Hafiz meneruskan rancangannya, Ameer datang dan menendang Hafiz. "Jantan jenis ape kau ni haa, dah tahu dia isteri orang, kau masih nak buat benda tak senonoh?!" Jerit habis memukul Hafiz bertubi-tubi. "Oh jadi kau lah suami Laila?! Kau perampas! Kau rampas dia daripada aku. Laila tetap hak aku sampai bila-bila!" Balas Hafiz sambil membalas serangan daripada Ameer. Hafiz mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan kepada Ameer. "Oh kau nak tunjuk hero eh? Haa datanglaj dekat. Aku tembak kepala kau bersepai! Datanglah kalau kau berani!" Hafiz mencabar Ameer. Ameer melangkah maju mendekati Hafiz.

Pang!!

Satu das tembakan dilepaskan. Pihak polis sampai tepat pada masanya. Hafiz mati ditempat kejadian ditembak anggota polis. Ameer menarik nafas lega. Dia kembali mendapatkan Laila dan cuba menyedarkan Laila yang masih pengsan. Laila membuka matanya perlahan. "Abang! Maafkan Laila abang! Hafiz jahat abang! Maafkan Laila sorokkan dari abang!" Laila memeluk erat tubuh suaminya. Ameer masih marah. Perasaannya terluka mengenangkan isterinya sanggup keluar dengan ajakan lelaki lain. Ameer melepaskan pelukan Laila dan segera menuju ke kereta. Khayla menangis semakin kuat. Ameer menghulurkan Khayla untuk disusukan kepada Laila.

"Abang... Laila minta maaf. Salah Laila. Laila berdosa". Rayu Laila. Airmatanya bergelinangan. Dia tidak pernah melihat suaminya sebegitu marah padanya. Yang ada di fikirannya kini bagaimana caranya untuk memujuk Ameer. Hati Ameer benar-benar terguris dengan perbuatan Laila. Dia malu dengan Nabila dan Balqis. Dia malu dengan perangai isterinya. Dia merasa terhina. Hari-hari berlalu seperti biasa. Laila perasan suaminya kurang bercakap sekarang. Ameer masih marah. Pergi kerja, balik kerja dan tidur dia kurang melayani Laila sekarang tapi dia seperti biasa bila bermain dengan Khayla Ameera.



Hai semua hehehehe. Maaf ye saya ketandusan idea. Sibuk memikirkan idea karya kedua. Jadi nak tanya setuju tak kalau saya akhiri cerita Suami Idaman dalam next update? Beri pandangan yee dalam ruangan komen. Jangan lupa vote. Thanks a lot hehehehe
Truly,
DaisyDee








Suami IdamanWhere stories live. Discover now