Suami Idaman

20.9K 890 6
                                    

Arh! Rindunya aku pada Laila. Baru sehari dia hilang dari pandangan mata aku. Rindu tak tertahan! Ameer melelapkan matanya dan hanyut dibuai mimpi. Esoknya pagi-pagi lagi Ameer bergegas ke rumah ibu mertuanya untuk menjemput Laila sekaligus menghantar Laila ke butik. "Ameer ayah tahu Laila masih belum boleh cintakan kamu, tapi percayalah hati perempuan semakin lama dia akan cair lagi-lagi dengan Ameer yang baik dan handsome nih, usaha dan sabar yee abah yakin Laila boleh bukakan hatinya untuk kamu" bisik Abah kepada Ameer. Kereta Honda Civic yang dipandu Ameer meninggalkan perkarangan rumah mertuanya. Laila hanya berdiam diri. "Abang terima kasih izinkan Laila bermalam rumah ibu, Laila seronok sangat boleh luangkan masa dengan ibu, rindu sangat hehe" luah Laila yang tertawa bahagia. Ameer turut bahagia melihat isterinya tersenyum mesra. Andainya Laila tahu jiwa abang terseksa menahan rindu semalam! Abang tak sanggup kehilangan Laila walaupun sesaat.

"Hai Dokter Ameer sengih sorang-sorang ye, angau lah tuh dengan isteri sendiri" usik Kak Zahra. Ameer pura-pura tak dengar. Memang dia dilanda penyakit teruk. Penyakit angau! Rasa cintanya pada Laila semakin besar. Haruskah aku berterus terang pada Laila? "Awalnya abang balik harini? Patient tak ramai eh?" Tanya Laila sambil menuang air. "Patient memang ramai tapi abang habiskan kerja cepat-cepat sebab nak tengok isteri abang kat rumah nih, rindu..." usik Ameer selamba. Pipi Laila bertukar merah jambu menahan malu dengan usikan suaminya. Rindu? Suami aku rindukan aku? Laila menjadi malu untuk menatap mata suaminya. Dia diam sahaja. Dia malu sebenarnya. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa jantung aku ni, laju semacam! Takkanlah ... hish! Jangan jatuh cinta Laila! Hatinya berbelah bahagi. Sekejap-sekejap dia menafikan perasaan cinta yang hadir walaupun dia lemah melihat wajah tenang Ameer.

Selesai semua urusan di butik. Laila sempat singgah di pasaraya membeli bahan masakkan untuk masak makan malam sebelum balik ke rumah. Kipas terbukak? Eh kasut abang ada? Awalnya abang balik, sakit ke? Mata Laila meliar mencari kelibat suaminya. Lah... tidur rupanya. Laila mendekatinya Ameer yang sedang tidur di sofa putih. Comelnya abang tidur. Jambunya muka suami aku! Laila tersengih sendiri. "Abang... bangun mandi lepastu solat ye? Dah masuk waktu" kejut Laila tak mahu suaminya terlepas solat Maghrib. "Meh abang hidangkan makanan, Laila pergilah duduk tunggu kat meja ye?" Pelawa Ameer. Sambil mencedokkan nasi, Ameer melihat raut wajah isterinya yang sentiasa manis sambil tersenyum. Laila membalas senyuman suaminya mesra. "Laila, abang nak cakap sikit boleh? Abang dah book ticket untuk kita berdua, mummy and abah pergi Australia lusa. Aunty Sarah sakit. Next week, dia akan dibedah untuk buang ketumbuhan dalam perut demi nyawanya. So, dia nak kita semua ada kat sana in case kalau jadi apa-apa, dia sempat jumpa kita" terang Ameer. Naik kapalterbang? No! Aku takut! Kalau aku muntah buat malu je. Laila memang takut ketinggian sejak kecik lagi. Dia tak pernah bercuti ke luar negara disebabkan ketakutannya terhadap ketinggian. Laila serba salah ingin mengatakan dia tak boleh ikut memandangkan Ameer dah book ticket untuknya.

"Abang... Laila betul-betul nak mintak maaf, Laila tak boleh ikut... Laila takut naik kapalterbang, nanti Laila mabuk buat malu je" terang Laila dengan suaranya tersekat-sekat. "Abang tak paksa Laila... kalau Laila taknak ikut, Laila kene duduk rumah Ibu dan Ayah ye? Abang taknak Laila duduk sorang-sorang, bahaya". Ameer sebenarnya berat hati untuk meninggalkan isterinya. Sehari pun aku dah angau rindukan Laila, inikan pula 2 minggu! Matilah abang Laila menanggung rindu! Demi Aunty Sarah Ameer merelakan. Laila menghantar Ameer dan mertuanya ke KLIA. Berat hati Laila untuk melepaskan penyeri rumahnya pergi untuk 2 minggu. Ameer juga tak sanggup meninggalkan buah hatinya. Laila abang gonna miss you so much! Jerit Ameer dalam hati. Laila melambai suami dan mertuanya yang semakin hilang dari pandangannya.

"Haa Laila sementara Ameer tak ada nih kamu duduklah dengan ibu dan ayah ye? Bukan apa bahaya duduk sorang diri dengan kes-kes jenayh semakin banyak" bebel ibu Laila. Laila merasa seperti ada kekurangan dalam dirinya. Pemilik hatinya tak ada disisi seperti selalu. Seminggu berlalu, Laila asyik teringatkan Ameer. Cukup menyeksakan menahan rindu. Wajah Ameer, suara Ameer dan senyuman Ameer. Semuanya tentang Ameer. Hari berganti hari, Laila semakin teringatkan Ameer. Laila tidak dapat melupakan wajah suaminya dari kotak fikiran. Kerja, berehat, tidur dan apa saja, Laila hanya nampak Ameer. Rindunya pada Ameer sudah melebihi segala-galanya. Dia tidak mampu membuang dari ingatannya. "Assalamualaikum Laila, abang ada kat luar rumah ibu ni" panggilan dari Ameer cukup menggembirakan hati Laila. Aku tak bermimpi! Suamiku benar benar di depan mataku. Patutkah aku berlari mendapatkannya? Perlukah mendepakan tanganku dan memeluknya kerana aku benar benar merinduinya.

"Laila ingatkan abang balik esok" tegur Laila setelah hampir 2 minggu berpisah dengan suaminya. "Alhamdulillah, everything there goes well, aunty Sarah dah selamat dibedah, mummy and abah ada kat sana jaga dia" terang Ameer sambil melihat wajah kesayangannya. "Ibu terima kasih jagakan Laila sepanjang Ameer tak ada" ucap Ameer sambil bersalaman dengan ibu mertuanya. "Alah Laila bukan sesiapa pun, anak kami juga, ayah faham sangat kamu dah rindu kat Laila lah tuh, tak menyempat-nyempat nak balik jemput isteri" perli ayah sambil bersalam dengan Ameer. "Abang nanti singgah pasaraya depan tu ye? Laila nak beli barang nak masak sedap sikit malam ni, abang kan dah lama tak merasa makanan melayu, duduk sana seminggu lebih makan makanan orang putih je" sempat Laila usik suaminya. Malam ini aku tak kira apa nak jadi, jadilah! Aku mesti luahkan perasaan cinta ni pada Laila. Laila juga rasa begitu. Inilah masanya untuk mengaku bahawa dia sudah mula jatuh cinta pada suaminya. Laila menyediakan makanan di dapur sambil tersenyum sendiri.

"Laila masak ayam kurma? Sedapnya... favourite abang nih, kat sana asyik makan spagetti, burger lah apelah makanan orang putih" bebel Ameer yang mencedok nasi dan mula makan dengan berselera sekali. Selesai makan, Ameer menolong Laila membasuh pinggan di dapur. Masing-masing mencuri pandang satu sama lain. "Laila... lepas ni abang nak jumpa Laila di ruang tamu? lepas solat Isya' yee" Ameer sudah tidak sabar untuk meluahkan isi hatinya. Alamak abang tahu ke apa yang Laila rasa? Malulah! Setelah selesai solat Laila menuju ke dapur membuatkan air Nescafe untuk suaminya dan menunggu di ruang tamu.

Exited bercerita kau haaa! Hahahahaha nak tahu apa akan jadi? Kenalah baca part 6 nanti yee. Vote anda amatlah dialu-alukan yee.
Truly,
Miss DaisyDee

Suami IdamanWhere stories live. Discover now