Suami Idaman

17.5K 793 14
                                        

Ya Allah, please save my wife. Aku sayang dia ya Allah. Jangan kau ambil dia dari aku. Berulangkali Ameer berdoa didalam hati. Airmatanya bercucuran sebaik menerima berita kemalangan Laila. Patutlah jantungnya tiba-tiba sakit seperti ada perkara buruk yang akan berlaku.

"Dokter Ameer please sabar! Team kami sedang usaha selamatkan your wife. Please jangan bertindak agresif macam nih!" tengking Dokter Mahesh sebaik saja melihat Ameer menceroboh masuk ke bilik operation. "Trust me, she will be fine... just keep pray for her" pujuk Dokter Mahesh menenangkan Ameer yang semakin hilang kawalan.

Ameer menunggu di luar bilik operation. Airmatanya tak henti-henti keluar tatkala isterinya sedang berjuang hidup di dalam. "Dokter Ameer ini barang-barang Puan Laila Khaleesa yang kami ada bersamanya ketika kemalangan. Handbag Laila. Ameer memeluk handbag kesayangan isterinya. Semua memori indah terbayang saat ini. Satu mesej masuk. Ameer segera membuka.

Maaf lah ye salah number, saya ingat ini number suami saya. Sorry yaa. - unknown

Ameer scroll mesej atasnya. Ya Allah! Patutlah Laila marah dan memecut laju kereta tinggalkan aku. Dia menyangka aku ada perempuan lain. Tak Laila, abang tak buat semua tu. Abang sayang Laila sorang je! Setelah hampir 4 jam, pintu ruang operation terbuka. Kelihatan Dokter Mahesh dan teamnya keluar sambil mengiringi Laila yang terbujur kaku keluar untuk dipindahkan di ruangan ICU.

"Laila! Laila bangun. Abang ada dengan Laila selalu ye, Laila tolong kuat ye" sempat Ameer memegang tangan isterinya yang tidak berdaya lagi. "Dokter Ameer banyakkan bersabar ye? Pendarahan di kepala dia sangat teruk. Kepalanya cedera teruk. Kita perlu pantau dia lagi" terang Dokter Mahesh. Ameer tahu nyawa isterinya kini 50/50. Dia sendiri pernah merawat pesakit yang kemalangan teruk dan dia tahu peluang untuk hidup sangat tipis!

Ameer memerhatikan isterinya berselirat dengan wire di seluruh tubuhnya. Sungguh dia tidak sampai hati melihat keadaan isterinya. Dari jauh kelihatan Ibu, Ayah, Abah dan mummy meluru ke arah Ameer. "Ameer macam mana dengan anak ibu?! How is she?!" tanya Puan Mariam. Risaunya seorang ibu terhadap anak. Ameer cuma menunjuk Laila yang terbaring lemah di ruangan ICU. Ya Allah anak aku! Puan Mariam tidak dapat menerima kenyataan. Dugaan ini terlalu berat baginya.

"Ameer... mummy tahu kamu risaukan Laila tapi mata kamu dah bengkak nak... Take a rest Ameer. Takpe kami ada boleh tengokkan Laila" tegur Datin Sharifah yang risau melihat keadaan anaknya yang bagaikan separuh gila. "No! mummy suruh Ameer rehat? Isteri Ameer tengah berjuang hidup kat dalam tu!" tangisan Ameer semakin kuat sehingga ditenangkan oleh abahnya. Ujian ini terlalu berat bagi mereka. Ameer melangkah ke masjid sebelah hospital. Mungkin dia lebih tenang.

Jam tangannya menunjukkan pukul 3 pagi. Ameer segera berwuduk dan mendirikan solat Isya' serta solat hajat. Masjid lengang. Tiada sesiapa yang memenuhi ruang masjid sekarang.

"Ya Allah... aku tahu aku hambamu yang masih banyak kekurangan, hamba sering lalai... tapi UjianMu begitu berat untuk kami. Kami belum bersedia untuk kehilangan Laila ya Allah. Dia penyeri hidup kami. Andai aku boleh menukar tempat dengannya, aku mahu gantikan sakitnya. Seksa melihat dia berjuang seorang diri. Kuatkanlah Laila Ya Allah! Aku mohon..."

Ameer kini lebih tenang dan lapang. Airmatanya masih membasahi pipi. Ameer menuju ke ruang ICU semula. Sekali lagi hatinya sakit melihat tangan halus Laila dicucuk jarum untuk dimasukkan air. Luka didahi Laila dibersihkan oleh Ameer. Tugasnya sekarang menjaga isterinya. Tiada apa yang lebih penting saat ini. Setiap waktu solat pasti didirikan solat hajat dan bacaan yassin juga. Allah lebih berkuasa, dia penentu segalaNya.

"Dokter Mahesh rasa bila Laila akan sedar? Its been a week Dokter" tanya Ameer. "Itu kami tak dapat nak pastikan Dokter, well you know kan dia dalam koma tapi she still can hear our voice. Keep talking to her and you be strong" jelas Dokter Mahesh. Hari- hari bagaikan tidak bermakna tanpa suara Laila. Jasad Laila masih didepannya namun hakikatnya Laila hilang. Hatinya sakit melihat Laila melawan sakit sendiri. Laila bangun. Abang boleh jelaskan segalanya. Semua tu salah faham Laila. Abang ada bukti Laila. Bangun Laila. I miss your voice.

"Assalamualaikum sayang... abang ni. Abang ada selalu dengan Laila. Harini Laila macam mana? Rasa okay sikit tak?" Ameer membisikkan di telingan Laila. Walaupun tiada jawapan dari isterinya dia tetap berbual seolah-olah Laila faham. "Enough Ameer, mummy tak sanggup tengok Ameer macam ni. Anak mummy dah hilang" kata Datin Sharifah sambil memegang bahu Ameer. Ameer memeluk Datin Sharifah. Dia rasa tenang dipelukkan ibunya sendiri.

"Laila look at this. Rantai ni abang tempah special untuk Laila. Tengok ada gambar kita kat tengah loket ni. Cantikkan? Oh yaa tengok ni abang tempah tudung koleksi kesukaan Laila ada tag nama 'Laila' tau. Abang ingat harijadi Laila abang takkan lupa. Abang bisik dengan ibu tu abang rancang nak buat suprise. Abang nak Laila ingat kenangan harijadi Laila kita sambut untuk pertama kali. Kalau Laila tahu rosaklah rancangan abang kan". bisik Ameer sambil menunjukkan rantai hadiah harijadi Laila.

"Harini abang bawakkan cd kegemaran Laila. Suamiku Encik Perfect 10. Abang nak tengok dengan Laila. Abang pasang ye?" Ameer memasang cd kegemaran Laila. Dalam seminggu Laila pasti ulang tengok filem ni dalam 2 kali. Puan Mariam dan Datin Sharifah yang melihat dari luar menangis. Tak sanggup melihat Ameer yang persis orang gila bercakap sendiri sedangkan Laila hanya terbujur kaku. Ameer tak pernah jemu menunggu dan bercakap dengan Laila setiap hari. Besar sungguh cintanya kepada Laila.

"Haa Nabila, Balqis kenapa tutup butik harini? Boss comel korang tahu habislah. Kan sayang?" kata Ameer kepada Nabila dan Balqis yang datang melawat. Mereka juga tak dapat menahan daripada menangis. Boss mereka selama ini rajin dan suka ketawa kini senyap. "Cik Laila... bangunlah. Kami rindukan senyuman Cik Laila yang manis tu. Butik Laleesa perlukan seorang boss yang cekap macam Cik Laila. Suami Cik Laila perlukan Cik Laila. Kesiankan lah kami Cik Laila" bisik Nabila kepada Laila. Airmatanya menitis melihat penderitaan yang dilalui boss kesayangannya. "Cik Laila ingat tak masa saya tak ada kerja, saya kena halau dari rumah ibu saya selepas dorang dapat tahu saya nekad larikan diri ke Kuala Lumpur berkerja... saya terhutang budi dengan Cik Laila. Cik Laila banyak bantu saya. Bangunlah Cik Laila... saya belum sempat balas semua kebaikkan Cik Laila" bisik Balqis pula yang menangis teresak-esak.

Semua ahli keluarga dan sahabat datang memberi sokongan kepada Laila namun Laila masih senyap tiada sebarang tindak balas. "Laila... abang tahu abang salah. Laila jadi macam ni sebab abang. Abang berdosa tak jaga Laila. Abang minta maaf Laila... andai abang boleh undur masa, biarlah abang yang terbaring di sini bukannya Laila. Abang benci diri abang. Laila bangunlah dah sebulan Laila baring macam ni... bangunlah please..." tangis Ameer sambil menundukkan kepalanya. Dia merasakan dia lah punca Laila sakit begini.

Airmata Laila mengalir. Nafasnya tersekat-sekat. Dia dengar semua kata-kata Ameer. Jarinya bergerak sedikit. Ameer terkejut. "Laila? Laila? Laila dah sedar ke?" Ameer tersenyum kecil sambil mencium tangan Laila. Dilihatnya nafas Laila tersekat-sekat.

"Dokter Mahesh?! My wife dah sedar! Please come here!" jerit Ameer melihat Dokter Mahesh dalam perjalanan ke ruang ICU. Puan Mariam dan Datin Sharifah tersentak lalu bergegas ke arah Ameer. "Please keluar ye dulu semua, kita kena periksa keadaan Puan Laila. Kami akan panggil masuk sebentar lagi" arah Dokter Mahesh sambil menutup pintu.

Laila membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur. Berpusing-pusing dinding . Laila memejam matanya kembali dan membuka mata sekali lagi. Pandangannya menjadi jelas sekarang. 3 orang misi dan seorang dokter merawatnya sekarang. Dia tak faham apa yang berlaku sebenarnya sekarang. Dia dimana sekarang? "Puan Laila? Puan ingat apa yang berlaku?" tanya Dokter Mahesh. "Saya... puan? Siapa Puan Laila? Saya tak ingat..." jelas Laila yang masih lemas.

Ameer diluar cemas. Kenapa lama sangat ni! Ish aku tak boleh tunggu lah. Aku kene terangkan perkara sebenar kepada Laila sekarang. "Dokter Ameer you boleh masuk sekarang, but please come to my room after this. I need to tell you something about your wife" jelas Dokter Mahesh. "Laila... Ya Allah Alhamdulillah sembuhkan isteriku. Abang bersyukur sangat Laila dah sedar". Ameer mengucap syukur dan tersenyum. Airmata bahagianya menitis.

"Isteri... siapa abang? Siapa Laila...". Laila hairan semua didepannya menyebut Laila Laila. Kenapa dengan isteri aku ni? Dia tak ingat siapa diri dia? Ya Allah dugaan apa lagi! "Laila jangan main-main lah, tak lucu lah. Laila tu Laila lah. Abang suami Laila. Laila lupa ke?" terang Ameer. Laila menggeleng kepalanya. Sedikit pun dia tidak ingat. Bahkan dirinya juga dia tidak tahu dia siapa.

Hehehehe update lagi. Jangan lupa vote ye. Hanya tekan bintang kikiki. Sebarang pandangan atau cadangan just comment ye. Terima kasih. Akan diupdate lagi.
Truly,
DaisyDee

Suami IdamanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang