Puan Mariam menarik nafas lega selepas melihat Ameer dan Laila melangkah masuk ke rumah bersama-sama. "Syukur Ameer dah balik. Ameer pergi mana? Ibu risau tau" tanya Puan Mariam kepada menantunya. "Ameer tidur rumah kawan Ameer ibu. Jangan risau kawan Ameer tu lelaki. Ameer tak ada perempuan lain pun" jelas Ameer sambil memerli Laila. Eleh perli aku lah tu! Mentang-mentang aku salah. Takpelah mengalah demi suami.
"So abang dah maafkan Laila kan? Hehe" tanya Laila. Ameer berpura-pura lagi. Dia suka dirayu Laila. "Bila masa pulak abang kata abang dah maafkan Laila? Perasan je" perli Ameer. Laila memuncungkan bibirnya. Nak merajuk lah tu! Potong mulut itik tu kan. "Yee abang dah maafkan Laila. Dah lama maafkan Laila. Abang saja je merajuk. Suka tengok muka Laila comel pujuk abang. Manja sangat" jelas Ameer sambil mencuit hidung isterinya.
"Laila memandangkan Laila dah ingat semuanya kita celebrate birthday Laila nak tak? Haritu kan tak sempat. Kita berdua? Nak?". Laila hanya mengangguk setuju. Dia mahu menebus segala rasa bersalahnya pada Ameer. "Abang... yang tudung dalam laci banyak-banyak tu Laila punya ke? Semua ada tag nama Laila. Abang yang tempah ke?" tanya Laila sambil menunjukkan laci putih sebelah almari baju. "Yes sayang itu Laila punya. Abang tempah khas untuk Laila and one more... ni rantai kenangan abang tempah jugak, cuba tengok tengah loket tu ada gambar kita berdua tau" jelas Ameer sambil menghulurkan rantai kepada Laila.
Hari-hari kembali ceria dengan gelak tawa Laila satu rumah. Ameer dan Laila meminta izin untuk balik ke rumah mereka. "Ohmaigod i really miss this bed!" keluh Laila sambil merebahkan badannya ke katil mereka. "I miss you too my old Laila" kata Ameer sambil menatap wajah isterinya. "Okay malam ni jangan lupa pakai macam princess, kita pergi makan kat luar ye sempena sambut harijadi Laila yang tergendala haritu hahaha" perli Ameer lagi. Laila hanya tersenyum mesra.
"Kenyangnya perut Laila. Gemuk lah kalau hari-hari abang bawak makan sedap" rungut Laila sambil menggosok perutnya. Ameer hanya tergelak kecil melihat kecomelan isterinya. "Kalau Laila gemuk lagi comel, lagi seronok abang nak peluk macam bantal gemuk" gelak Ameer sambil mencuit pipi Laila. Abang ni. Nak Laila gemuk pula!
"Haih teringinnya nak ada baby. Mesti best kan?" keluh Ameer sambil tersenyum. What? Baby? Laila belum bersedia lagi lah abang. I still want to spend so much time with you."Abang bangun solat subuh. Laila dah bentang sejadah tuh, kita solat sama-sama ye?" bisik Laila ke telinga Ameer yang masih lena tidur. Ameer segera bangun dan berwuduk. Selesai solat subuh Ameer menatap wajah isteri. Berseri semacam. Cantik seperti selalu. Laila sedang menyediakan sarapan di dapur. Ameer menyapa isterinya di dapur sambil menolong menghidangkan sarapan atas meja. "Sayang banyaknya awak makan? 3 keping roti and 2 pinggan mee goreng? Uishh tak takut gemuk ke sayang?" soal Ameer terkejut melihat isterinya makan begitu banyak tak seperti selalu hanya makan 2 keping roti bakar.
Selera Laila semakin terbuka. Dia makan dan terus makan. Susah nak kenyang. Makan malam dia menambah nasi 3 kali. Ameer agak terkejut. Esoknya seperti biasa Laila bangun solat subuh berjemaah dengan suaminya dan bersiap untuk pergi kerja. Ameer sedang membetulkan tali lehernya sambil duduk. Jam menunjukkan sudah pukul 7.45 pagi. Ameer hanya sempat menghirup susu HL separuh gelas memandangkan dia sudah lambat.
"Rushingnya Dokter muda kita pagi ni. Haa tulah lambat lagi seronok ada isteri cantik kan". Perli Kak Zahra sambil senyum sinis. Selesai memeriksa pesakit Ameer duduk di biliknya. Kak Zahra keluar lunch. Ameer memicit kepalanya. Dia merasa seperti ada yang menyucuk-yucuk. Berdenyut. Perutnya mula sakit. Tekaknya loya secara tiba-tiba. Sangkaannya mungkin kerana gastrik. Dia berlari ke tandas. Ish kenapa aku muntah-muntah ni. Itulah tadi pagi tak reti nak makan!
"Dokter Ameer okay ke? Pucat je muka? Dokter nampak macam tak sihat je. Kalau tak sihat dokter balik berehatlah" tanya Kak Zahra yang perasan Ameer meletakkan kepalanya atas meja menahan sakit. Eh! Kasut abang? Awalnya abang balik. Nak suprise lagi lah tu! "Abang? Oh abang? Laila dah balik ni" panggil Laila dan mencari suaminya di sekitar rumah. Lah tidur rupanya! Laila merenung suaminya yang tidur. Menjadi kebiasaannya melihat wajah comel suaminya yang tidur. Mukanya agak pucat.
"Abang... abang bangun. Dah solat Asar ke abang?" kejut Laila menggoncang tangan Ameer. Mata Ameer dibuka perlahan, kepalanya masih berdenyut. Ubat gastrik dah makan tapi tak berkesan. Selalu okay je. Ameer kembali menekan perutnya. Tekaknya loya lagi. Segera dia berlari ke tandas. Muntah lagi. Laila risau. Ameer gastrik lagi ke? Ni mesti sebab pagi tadi tak sempat nak makan. Abang ni degil lah! Getus Laila dalam hati.
Melihat Ameer sedang tidur lemah, Laila segera ke dapur membuat teh panas dan roti dua keping untuk suaminya. Dia biarkan Ameer berehat sampai Ameer bangun. "Abang dah bangun? Abang gastrik ni. Itulah tadi degil Laila suruh makan abang taknak. Tengok sekarang dah sakit. Ni Laila buat roti dengan teh suam. Abang minumlah sikit, alas perut tu" bebel Laila sambil menghulurkan ubat gastrik dua biji. Ameer menghabiskan sekeping roti dan terus makan ubat. Dia kembali merehatkan kepalanya.
Laila ke dapur untuk memasak. Dia teringin nak makan ayam merah dan telur goreng kicap. Selesai masak Laila terus menghidangkan atas meja. Laila terdengar Ameer batuk di dalam bilik dia terus ke bilik untuk memeriksa keadaan Ameer. Eh? Mana abang ni? Hmm muntah lagi lah tu. Kesian abang. "Laila masak ape tadi? Busuklah. Loya tekak abang ni!". Kenapa dengan suami aku ni? Bau makanan pun busuk? Hish rezeki tahu tak! "Abang ni kenapa sebenarnya? Selalu gastrik takde lah teruk macam ni. Abang salah makan ke?" soal Laila. Ameer berdiam diri dan terus tidur.
"Abang nak pergi kerja jugak ke? Kan abang tak sihat tu. Nanti sakit macam mana?" soal Laila yang melihat suaminya memakai kasut. "Takpe sayang... abang dah okay sikit. Alaa kalau sakit pun abang kan kat hospital" balas Ameer sebelum keluar rumah. "Haa Dokter Ameer okay ke tak ni? Muka pucat aje akak tengok. Kan akak dah pesan kalau sakit jangan datang kerja. Berehat je dokter" nasihat Kak Zahra. Ameer meletakkan kepalanya di atas meja. Tenaganya sudah habis.
"Abang dah 2 minggu abang macam ni. Laila risaulah abang. Jomlah kita pergi check. Abang janganlah degil" rungut Laila. Ameer hanya mendiamkan diri. Sejak sakit dia kurang melayani Laila. Ish abang ni kenapa degil sangat! Gastrik apanya lama sangat ni. Suami aku ni kena santau ke? Yelah macam dalam filem tu selalunya santau. Hish kurafat Laila! Astagfirullahhalzim! Macam mana pun aku kena paksa suami aku pergi check. Tak kira. Laila terfikir untuk datang ke hospital semasa suaminya bekerja. Dah kat hospital mana boleh menolak kan? Haa bijak aku!
Hi there. Hehehehe updated. Jangan lupa klik bintang yee hehehehe. Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam hehehe. Saya sedih tak balik raya kelantan tahun ni hurhuhur takpelah syukur selalu!
Truly,
DaisyDee
YOU ARE READING
Suami Idaman
RomancePerkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di...