"Eh kau nak buat apa nih Hafiz, jangan sentuh aku!". Laila terkejut. Tergamak Hafiz cuba buat tak senonoh kepadanya. "Come on Laila, kita dah bercinta dah lama kot takkan sikit pun i tak boleh nak pegang you, lagi pun after this kan kita akan kahwin". rayu Hafiz. Hafiz Mikail anak seorang usahawan berjaya dan kaya raya. Dengan bermodalkan wajah yang kacuk Belanda dan duit yang tak akan pernah habis, dia rasa dia boleh beli semua yang dia mahu termasuk tubuh orang. "Jangan mimpi! Lelaki biadap macam kau tak layak kahwin! Kita tak ada apa apa hubungan lagi and stop find me after this. Bye" Laila berlalu setelah menampar muka Hafiz. Dia tidak menyangka hubungan yang selama ini dia suci bertukar menjadi teruk. Hafiz berubah dalam sekelip mata. Dia mula cintakan Hafiz tapi ini balasan Hafiz. Pengalaman pertaman mematangkan Laila. Dia tak pernah pandang lelaki lain sejak kejadian itu. Laila benci lelaki mengambil kesempatan terhadap perempuan.
"Baik ke anak kawan ibu tuh? Kalau dia macam Hafiz macam mana?" Laila tak tenang memikirkan dia bakal bernikah bulan depan. Ibu lansung tak bincang apepun. Kalau Laila tidak bersetuju, dia tahu ibunya pasti kecewa yang amat sangat. Persiapan mula dilakukan sedikit demi sedikit. Baju nikah, baju sanding, pelamin, hantaran semua dah siap! Ahh cepatnya masa berlalu. Laila semakin gelisah.
Esok majlisnya akan berlansung. Dia akan bergelar isteri orang! Laila jelas tidak bersedia lagi tapi demi menjaga hati ibunya dan menjaga hubungan baik ibu dengan kawan baik ibu dia turutkan.
"Wah cantiknya Cik Laila berseri-seri" usikan Nabila dan Balqis semakin membuat dirinya gugup. "Laila, pengantin lelaki dah sampai tuh dah siap belum?" tanya puan mariam."Dah ibu..." sahut Laila dengan suara perlahan. "Cantiknya anak ibu... Laila harini hari paling penting untuk Laila dan hari paling bahagia untuk ibu, puteri ibu akan jadi isteri orang" usik puan mariam sambil mencuit hidung Laila.
Laila keluar daripada biliknya diiringi ibunya, Nabila dan Balqis. Mukanya tunduk berjalan menuruni satu persatu anak tangga dengan perasaan yang takut.
Siapa bakal suami aku ni! Tak nampak muka pun. Mata Laila meliar mencari bakal suaminya yang duduk berdepan ayahnya. Datin Sharifah pun ada? Ape dia buat dekat sini dengan Datuk Azhar. "Ameer Hadi Bin Azhar Azmi aku nikahkan dikau dengan anakku Laila Khaleesa Binti Mohd Khalid dengan mas kahwinnya RM777.77 dibayar tunai" suara ayah Laila lantang kedengaran diseluruh rumahnya. "Aku terima nikahnya Laila Khaleesa dengan mas kahwinnya RM777.77 dibayar tunai".
Semua saksi mengangguk Sah Sah Sah. Semua tetamu mengucap Alhamdulillah. Laila kau dah jadi isteri oranglah! you're not 'Cik' anymore and your husband anak Datuk Azhar dan Datin Sharifah. Ibu tak pernah bagitahu pun dia bersahabat dengan Datin Sharifah sejak sekolah lagi. Laila menjadi semakin gugup apabila ayahnya memberi cincin untuk disarungkan sebagai upacara membatalkan air sembahyang.
Ameer berpaling dan menuju ke arah Laila dengan membawa sebentuk cincin. "Assalamualaikum wife" bisik Ameer perlahan. Laila masih menundukkan mukanya sambil menghulurkan jarinya untuk disarungkan cincin. "Your turn Puan Laila, come on sarungkan cincin tu" Nabila mengusik Laila yang masih tunduk. This is the time Laila! Dongak dan tengok muka suami kau sekarang. Laila mendongak sedikit.
Dia ... dia lah hero yang tolong aku masa tangan aku berdarah ditoreh pisau peragut! Keciknya dunia ni, haritu dia tolong aku and now dia dah jadi suami aku. Perasaan gugup kini hilang yang ada perasaan teruja tapi bukan gembira. Laila menyarungkan cincin pada jari Ameer dan bersalaman. Ameer mencium dahi Laila. Majlis resepsi pada sebelah petang berjalan dengan lancar. Laila penat dan mula melangkah ke biliknya untuk merehatkan diri. "Assalamualaikum awak, penat yee? Takpelah awak rehat. Saya takkan ganggu. Saya cuma nak tukar baju dan turun ke bawah tolong yang lain mengemas". Laila hanya diam dan terkejut. Seumur hidup tiada lelaki pernah masuk ke bilik kecuali ayahnya. Laila masih belum terbiasa dengan perubahan baru dalam hidupnya.
"Eh pengantin buat ape kat bawah nih? Pergi naik atas tengok isteri sana. Ade ke tinggal isteri sorang sorang kat atas haihhh". Sindir Datuk Azhar sambil ketawa dengan ayah Laila. Budak budak zaman sekarang. Pemalu sangat. Dah sah pun takut lagi. Ameer naik kembali ke bilik Laila. Laila dah tidur nyenyak. Penat sangat petang tadi melayan ramai tetamu. Ameer takut menganggu Laila, dia mengambil bantal dan tidur di sofa panjang tepi katil Laila.
"Laila.. bangun dah subuh ni. Solat subuh awak". Ameer mengejut Laila dengan perlahan. Laila segera bangun berwuduk dan solat. Awal Laila bangun pagi itu. Dia sedar dia bukan lagi hidup sendiri, dia dah ada suami. Laila masuk ke dapur menolong ibunya masak nasi lemak.
Alhamdulillah part 2 dalam beberapa jam jom lah vote yee kalau sukaa
YOU ARE READING
Suami Idaman
RomancePerkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di...