Suami Idaman

21K 914 6
                                    

"Laila..." perkataan pertama yang disebut Ameer setelah sedar. Laila yang tidur disisi suaminya terbangun mendengar namanya dipanggil. "Abang dah sedar? Abang nak air? Sakit kat mana? Nak Laila panggilkan dokter?" Tanya Laila. Jelas Ameer pelik isterinya berubah menjadi begitu perhatian terhadapnya.

"Puan Laila, Dokter Ameer okay je nothing serious but make sure your husband makan teratur yee, tak boleh skip lagi. Dokter Ameer selamat berehat ye, jaga kesihatan you, kesian isteri you tunggu sampai tertidur" usik Dokter Mahesh. Gastrik rupanya! Itulah Laila sebelum ni sikit pun kau taknak ambil kisah pasal suami kau. Sayu hatinya melihat suami yang sentiasa tersenyum terbaring lemah, bibir yang sentiasa merah jambu menjadi pucat.

Sungguh Laila menyesal tak pedulikan suaminya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke rumah baru mereka. Laila hanya tahu bangun pagi sediakan sarapan untuk suaminya, pergi butik, balik petang hari, masak makan malam dan tidur seperti orang yang tak ada suami.

"Harini abang dah boleh discharged takpe Laila jaga abang kat rumah ye" Ameer sebenarnya suka perubahan isterinya. Laila menjadi seorang yang begitu prihatin terhadap keadaannya. Makan tak pernah miss lagi. Sentiasa teratur. Laila sering tertidur di atas sofa dalam bilik Ameer sepanjang menjaga Ameer. "Tak apa awak uruskan je Nabila, saya percayakan awak, saya tak boleh masuk butik untuk beberapa hari, suami saya sakit". Terang Laila kepada Nabila.

Ameer mencuri dengar perbualan Laila melalui telefon dengan pekerjanya di butik. Dia lebih utamakan suaminya daripada semua kerja di butik. "Laila kalau ada hal penting kat butik, Laila pergilah uruskan. Takpe abang dah okay sikit. Abang dah boleh bangun" Ameer tahu pekerja Laila amat memerlukan pertolongan boss mereka yang lebih pandai mengendalikan butik. Ameer tak mahu susahkan Laila lagi. Sudah seminggu Laila menjaganya di rumah.

"Eh takpe abang nothing important pun. Biasalah pekerja Laila manja sikit. Semuanya Laila hee, Laila takkan tinggalkan abang... abang rasa dah sihat tapi pada Laila abang masih lemah. Laila nak selalu ada untuk abang". Laila nak selalu ada untuk abang? Laila dah mula suka kan aku ke? Tak mungkin perasanlah kau Ameer! Ameer begitu berharap isterinya akan jatuh cinta padanya suatu saat nanti sebagaimana dia cintakan Laila sejak pertama kali jumpa. Alamak mummy call Laila! Ape aku nak jawab ni! Abang Ameer dah pesan jangan bagitahu mummy. "Abang taknak bagitahu mummy abang sakit? Kesian mummy abang tipu dia... mesti mummy risaukan abang..." tanya Laila serba salah. "Kenapa mummy nak risau? Abang dah ada isteri yang sanggup jaga abang... dah seminggu pun Laila jaga abang, abang bukan budak kecik lagi Laila" tegas Ameer yang tak mahu Datin Sharifah tahu kerana dia tahu betul sikap mummynya yang suka melayani dia seperti kanak-kanak kecil. Ameer masih ingat lagi semasa di Australia, mummynya sanggup datang hanya kerana Ameer demam biasa. Risau melampau.

"Laila, abang pergi hospital dulu ye? Dah lambat ni" kata Ameer sambil menyuapkan roti jem strawberry ke dalam mulutnya. "Hati-hati abang, jangan lupa lunch ye.. malam nanti balik awal Laila masakkan makanan kegemaran abang". Laila mula ambil tahu semua tentang suaminya. Suami aku tak boleh makan lambat nanti gastrik. Suami aku tak boleh makan pedas nanti muka dia merah. Suami aku tak boleh makan udang nanti elergic satu badan. Ameer memang pelik. Banyak yang tak boleh. Itu tak boleh ini tak boleh. No wonder lah mummy selalu risau!

Hubungan Ameer dan Laila menjadi semakin rapat. Ameer selalu balik kerja awal untuk menolong Laila masak makan malam. Ameer sedar walaupun bermula dari kawan dia yakin dia mampu membuatkan Laila jatuh cinta padanya suatu hari nanti. Setiap malam mereka akan berbual semasa makan malam, bertanyakan tentang kerja masing-masing, bertukar cerita lucu yang membuatkan mereka ketawa dan menonton drama tv bersama sebelum tidur. Malam itu selesai solat maghrib, Laila terus ke dapur hidangkan makan malam untuk suaminya. Suasana di meja makan sunyi. Masing-masing membatukan diri. "Harini kan makcik fatimah yang abang cerita haritu datang lagi ada appoinment, macam biasa Laila ade je lawak dia hehehe comel je" cerita Ameer sambil tertawa kecil. Ameer perasan Laila senyap sejak tadi. Diajak berbual seperti biasa tak dilayannya. Diam tak terkata. "Laila ada masalah ke? Masalah kerja? Dari tadi Laila senyap aje..." soal Ameer. Laila masih diam tidak menjawab pertanyaan Ameer.

Laila menghabiskan makan malamnya dan meminta izin Ameer ke bilik. Air muka Laila berubah secara tiba-tiba. Entah kenapa mood Laila berubah malam ini. Selalunya mereka akan menonton drama komedi romantik bersama. Riuh rumah dibuatnya. Ameer menolak pintu bilik Laila perlahan. Ameer terdengar Laila menangis teresak-esak dihujung katil. Ameer risau jika dia ada terguriskan hati isterinya. "Laila... awak kenapa? Abang ada buat salah ke? Abang ada tersalah cakap? Abang mintak maaf... abang taknak Laila menangis macam ni". Ameer merasakan dia punca Laila menangis. "Laila... Laila rindukan ibu..." Laila mengadu sambil memeluk Ameer. Laila peluk aku! Jantung Ameer berdengup laju semakin lama semakin laju! "Laila sabar ye? Esok petang abang balik kerja... kita pergi rumah ibu, abang janji yee" pujuk Ameer yang masih dipeluk Laila.

Laila, Laila, Laila. Comel isteri aku. Manja betul! Ameer tersengih teringatkan isterinya yang manja rindukan ibu mertuanya. "Ibu! Laila rindukan ibu!" Laila berlari berpelukan dengan Puan Mariam setibanya di rumah ibunya. Rindunya seperti sudah 10 tahun tak berjumpa padahal baru sebulan saja. "Ibu pun rindukan anak ibu sorang nih, lama tak datang jenguk ibu yee, maklumlah pengantin baru" perli Puan Mariam. Ameer memberi peluang isterinya meluangkan masa bersama ibu kesayangannya. "Abang... boleh tak Laila nak bermalam kat sini? Satu malam je, please?" Ameer mengangguk tanda setuju. "Ibu saya balik dulu ye? Esok saya datang ambik Laila lepas balik kerja" pesan Ameer kepada Puan Mariam.

Hai there! Lambat update busy sikit huhuhu kalau suka jomlah voted yee. Nantikan sambungan Part 5 inshaaAllah esok

Suami IdamanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang