Suami Idaman

28.4K 974 28
                                    

"Abang dahlah Laila rindulah abang layan Laila macam Laila tak wujud je bagi abang. Ape ni? Cukupla Laila dah mintak maaf kan" tegas Laila geram Ameer mempedulikannya lebih dari seminggu. Sepatah ditanya sepatah dijawabnya. Ameer berpura-pura main dengan Khayla Ameera. Ish orang lelaki ni merajuk macam ni rupanya. Berlagak taknak cakap lah konon! Takpe. Tunggu Laila nak buat apa. Hahaha.

"Aduh abang, abang sakit! Sakit!" Jerit Laila menarik perhatian Ameer. "Hah! Kenapa ni Laila? Kenapa?!" Tanya Ameer menggelabah takut. "Aduh sakitnya, nak mati rasa... maafkan Laila abang..." bohong Laila sambil ketawa jahat dalam hati. "Sayang janganlah cakap macam ni, please... abang sayangkan Laila. Abang dah lama maafkan Laila lah, sayang bangunlah!" Ameer terus menitiskan airmatanya. Ameer takut Laila akan meninggalkannya. "Abang, chakk! Hahahahahaha terkenaaa!" Usik Laila sambil ketawa terbahak-bahak.

Ameer melepaskan tubuh Laila yang dipeluknya tadi. Dia menuju ke bilik, geram, marah semua ada. Laila mempermainkannya. Alah! Merajuk balik. Ish! Tapi takpelah yang penting Laila dah tahu abang saja je tuh nak acah menyampah dengan Laila. Abang sayang Laila kan. Hahaha. Laila menjayakan rancangannya dengan lakonan menipu. "Eish sanggup menipu bab mati ni. Dahlah berlakon. Ingat boleh menang pelakon wanita popular ke, takdenya. Ergh!" Ameer mendengus marah. "Abang... abang... marah lagi ke? Dahlah. Tak penat ke abang merajuk lama-lama? Abang tak rindu Laila?" Pancing Laila lagi. Ameer pastinya cair tapi dikeraskan juga hatinya.

"Bulan depan umur Khayla Ameera cukup setahun dah. Laila ingat, Laila nak sambut tapi kita jemput orang dekat-dekat ajelah. Ibu, mummy, abah, ayah, Nabila, Balqis, Kak Zahra dengan keluarga dia, Dokter Mahesh and Dokter Hanim. Abang nak jemput siapa-siapa bolehlah yee Laila tak halang" bebel Laila panjang. "Oh? Boleh? Jemput perempuan boleh?" Usik Ameer memerli isterinya. Laila mengangkat keningnya tanda marah tapi ditahannya supaya tidak tambah masalah. Ameer tersengih dan berpura-pura seolah berfikir nak ajak seseorang.

Abang nak ajak siapa eh? Perempuan mana? Hmm. Sakitnya hati. "Kenapa? Sakit hati ke?" Tanya Ameer selamba. Laila menahan sebak. Dia terluka dan terasa. "Taklah... biasa je" disangkalnya perasaannya. Ameer tahu isterinya menyembunyikan apa yang dirasakan. Dia bergurau bertujuan menyedarkan Laila betapa pentingnya setia dalam setiap hubungan. Laila berpaling dari Ameer. Disapunya airmata yang mengalir. Ameer tahu Laila pasti menangis lagi. Hati Laila selembut kapas. Mudah terasa dan tersentuh.

"Okaylah abang maafkan Laila. Abang minta maaf jugak sebab gurau nak ajak perempuan, abang hanya ada Laila, mummy dan ibu je perempuan dalam hidup abang, haa perempuan paling special anak kita Nur Khayla Ameera. Itu je. Abang nak Laila tahu betapa pentingnya abang dalam hidup Laila. Abang nak Laila tahu betapa susahnya abang nak pertahankan hubungan yang sering diuji" jelas Ameer sambil menyapu airmata yang jatuh ke pipi Laila. Laila kembali tersenyum. Hidungnya merah. Comel je Laila nangis hidung merah macam badut hahahah kiut lah!


"Aduh! Aduh sakit sayang!" Jerit Ameer kesakitan. "Hah kenapa ni abang? Kenapa?" Laila panik melihat suaminya memegang dada. "Hahahahaha tipu aje, Laila terkena balik. Hehehe itulah berlakon lagi tadi" usik Ameer diikuti dengan ketawa besar. Ish abang ni. Ingat lawak ke? Dahlah guna taktik Laila. Lepastu pura-pura sakit jantung macam orang tua. Hubungan mereka kembali seperti biasa. Ameer dan Laila sibuk dengan persiapan majlis harijadi Khayla Ameera. Tempah kek, catering, buffet dan yang lain. "Cik Laila ni kad kahwin saya. Jemput datang ye?" Pelawa Nabila sambil menghulurkan kad kahwinnya. "Eh awak nak kahwin? Bila masa awak ada boyfriend pulak ni? Oh diam-diam eh? InshaaAllah saya dan family akan datang ye, tahniah ye Nabila" ucap Laila kepada Nabila yang ingin menamatkan zaman bujangnya. Nabila cemburu melihat hubungan bossnya dengan suami sentiasa sweet. Dia teringin.

"Abang, birthday abang kan dekat dengan Khayla, ape kata kita sambut sekali jelah. Jimat and meriah lagi" Laila memberi pendapatnya. Ameer bersetuju dengan rancangan Laila. "So, abang nak hadiah apa untuk harijadi abang nanti?" Soal Laila. Tak suprise lansung tanya-tanya selamba. "Abang nak benda mahal. Mahal sangat-sangat. Abang rasa Laila pun tak mampu beli benda tuh" perli Ameer selamba. Laila memuncungkan bibirnya tanda merajuk. "Abang nak hati Laila. Bagi abang... hati Laila paling mahal. Hati yang ikhlas sayangkan abang. Laila memang tak mampu nak beli, tapi Laila memiliki hati yang mahal tu, cukup itu je Laila hadiahkan pada abang" terang Ameer. Awh abang ni kenapa sweet sangat haa! Geram Laila.

"Terima kasih yang sudi datang ke majlis harijadi saya dan anak perempuan saya, Khayla Ameera. Terima kasih kepada isteri tercinta yang buat segalanya untuk memastikan supaya majlis berjalan lancar" ucap Ameer di depan tetamu yang hadir. Selesai menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' dua kali untuk Ameer dan baby Khayla, Laila memotong menyuapkan ke mulut Ameer. Ibu dan mummy juga memotong kek menyuap ke mulut Ameer. Muak dibuatnya makan kek banyak-banyak. "Eh makanlah jangan malu-malu ye?" Pelawa Ameer kepada semua yang datang. "Thank you for everything sayang... i love you" sempat Ameer mengusik bisik ke telinga Laila yang sedang leka memerhatikan Khayla bermain dengan Balqis.

Petang itu Ameer dan Laila membawa Khayla berjalan di taman. Udara yang segar. Pemandangan yang indah. Kebahagiaan mereka kini lengkap. Setelah diuji berbagai dugaan, hubungan halal mereka masih teguh. "Sayang, you know what, i'm happy dengan relationship kita sekarang. Adanya Khayla, abang lebih kuat menjalani kehidupan. Adanya Laila, abang lebih bahagia. Manisnya cinta halal, Terima Kasih Sayang" ucap Ameer setanding dengan hatinya yang berbunga-bunga sekarang. "Amboi manisnya ayat abang. Kencing manis rasanya. Hahaha" usik Laila. "Abang... Laila sayang abang. Kita dah hadapi banyak dugaan bersama. Laila tak tahulah macam mana hidup Laila tanpa abang dan Khayla. Abang and Khayla nyawa Laila... abang... Abang Suami Idaman yang Laila impikan selama ni. Laila harap kita menempuh hidup akan datang bersama-sama, InShaaAllah..." luah hati Laila.

Kebahagiaan yang Allah beri anugerah paling bermakna dalam hidupnya. Siapa sangka perkahwinan diatur keluarga akhirnya menimbulkan bibit cinta paling manis berbanding pasangan lain yang bercinta sebelum nikah. Laila Khaleesa kini temui Suami Idaman. Suaminya sendiri. Walaupun pada mulanya Ameer Hadi agak pemalu, akhirnya cinta mengatasi segalanya. Rasa malu hilang, yang timbul hanya rasa sayang yang mendalam.

Alhamdulillah... selesai akhirnya karya pertama saya. Walaupun agak pendek saya berpuas hati. Terima kasih kepada semua yang vote sejak dari mula lagi, yang support selalu, yang selalu beri komen pada saya. Terima kasih banyak yee. InShaaAllah karya kedua akan menyusul.
Truly,
DaisyDee





Suami IdamanWhere stories live. Discover now