"Maaf Laila abang tertidur pulak. Laila nak makan ke? Nak air? Laila bangun makan ubat ye. Makan ubat kene ontime kalau nak cepat sihat" bebel Ameer sambil menghulurkan ubat dan air suam kepada Laila. Laila hanya tersenyum melihat keletah suaminya. Kuat bebel. Ameer tahu ini permulaan yang bagus. Sudah sebulan lebih dia tak melihat senyuman manis kepunyaan Laila. Senyuman manis yang selalu menawan hatinya dulu. Laila menurut dan makan ubat yang dihulurkan suaminya.
"Abang minta maaf ye desak Laila? Abang janji abang takkan desak Laila lagi, mungkin kita perlu jalani hidup baru tanpa menoleh ke belakang. Kan?". Ameer rasa bersalah tapi pada yang sama dia belum rela untuk melupakan semua kenangan manis. Bait-bait cinta yang indah. Dia terpaksa melupakan satu persatu segala yang bermain dimindanya. Demi Laila dia sanggup memulakan segalanya kembali.
"Since korang dah berbaik tak merancang nak pergi memana ke ? Mummy maksudkan korang takde perancangan nak pergi honeymoon ke? Yelah sejak kahwin masing-masing busy je. Sibuk betul" perli Datin Sharifah sambil senyum sinis. Ameer hanya diam membatu. Dia tidak pernah terfikir nak pergi honeymoon. "Sayang nak pergi mana? Teringin nak pergi mana?" tanya Ameer sambil memeluk bahu Laila.
"Laila tak kisah pun abang nak pergi mana-mana, Laila ikut je. Asalkan ada abang" balas Laila sambil mengenggam erat tangan suaminya. Orang tua mereka mula memerli sesama sendiri sambil ketawa. "Okaylah mummy sponsor you guys pergi Paris? Okay? Pergi jauh sikit lah. Dekat-dekat tak feel lah" usik Datin Sharifah. Ameer dan Laila setuju dan berbesar hati. Dari jauh Ameer melihat Laila sedang mengemas baju dan masukkan ke dalam lugage besar.
Pagi itu kedua belah keluarga sempat menghantar mereka ke KLIA. "Ameer jaga anak ibu ye, jangan nakal-nakal kat sana" pesan Puan Mariam. "Ameer, Laila takecare yaa, have fun kat sana" pesan Datin Sharifah. "Alah ibu dengan mummy touching macam kitaorang nak pergi setahun je. Kan pergi 3 hari je. Dah dah. Nanti terlepas flight pulak" bebel Ameer.
Tiga belas jam dalam kapal terbang. Cukup membosankan. Laila penat tidur, bangun mengelamun. Ameer dari tadi hanya berdiam diri. Sesekali dia menjeling melihat isterinya. Ah finally sampai juga lapangan terbang Hearthrow! Kebas bontot! Dari London ke Paris mengambil masa dua jam. Nasib baik pemandu peribadi abah mertuanya ditugaskan selama mereka disini. Tak perlu terkejar-kejar naik bas.
Cuaca bertambah sejuk. Laila yang tadinya memakai blouse terasa beku. Dia segera mengenakan sweater tebal yang baru dibelinya. Tebal dan selesa. "Pertama kali ye awak datang oversea? Memang sejuk sayang. Kan abang dah pesan pentingnya beli sweater haritu" perli Ameer yang melihat Laila menggosok tapak tangannya. "Entahlah abang, Laila pun tak tahu Laila pernah datang oversea ke tak, tapi memang tak biasalah sejuk melampau!" jelas Laila.
"Tapi kan Laila... dulu Laila pernah bagitahu abang Laila tak biasa naik kapal terbang alasan Laila takut mabuk and menyusahkan abang, tapi dari tadi abang tak nampak Laila mabuk-mabuk pening-pening pun? Belum cuba belum tahu Laila. Memandai je. Memandangkan Laila dah biasa. Nanti kita terbang pergi tempat lain pulak. InShaaAllah" perli Ameer walaupun dia tahu Laila tak ingat sedikit pun.
Paris we're here! Jerit Laila didalam hatinya. Kegembiraan Laila tergambar pada senyumannya yang lebar. Semua perempuan pasti menyimpan angan-angan untuk datang ke sini suatu hari nanti. Paris, Kota Cinta. Banyak pasangan yang bercinta berhampiran menara Eiffil Tower. Memang pilihan yang tepat bagi mereka yang sedang mencari destinasi untuk berbulan madu.
Selepas check in bilik hotel, Ameer mengajak Laila keluar makan. Perut Ameer perlu diisi sekarang. Dia tak mahu rancangan berbulan madu rosak disebabkan gastrik yang dia alami. "Abang tahu ke kat mana restoren halal kat Paris ni?" tanya Laila. "Of course lah tahu sayang oi, banyak restoren makanan halal kat sini. Entah-entah boleh dapat asam pedas. Haha" usik Ameer. Laila hanya tertawa dan mengikuti Ameer. Selesai makan, Ameer mengajak Laila balik ke hotel. Badannya sudah penat sejak dari tadi lagi.
Laila menyelak langsir bilik hotel mereka. Eiffil Tower benar-benar cantik pada waktu malam dengan kerlipan lampunya. Uniknya! Walaupun sudah malam. Masih ramai pasangan bercinta memenuhi kawasan Eiffil Tower. Setiap orang mahukan percutian ke Paris menjadi percutian yang terindah.
Laila melihat Ameer sudah nyenyak tidur. Kesian abang penat sangatlah tu. Keesokan paginya Ameer sudah bersiap, rancangan harini mahu berjalan di sekitar Eiffil Tower dan mengambil gambar kenangan. Yay! Laila gembira. Dia tak sabar nak sentuh menara Eiffil Tower dan bergambar untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Mesti ibu suka!
Selesai bergambar mereka keluar mencari sarapan pagi untuk mengalas perut. "Kat sini susahlah nak jumpa makanan orang Melayu, jadi kita makan makanan orang putih jelah ye sayang". Laila tersenyum melihat suaminya membebel. Pipi suaminya diusap lembut. Hangat sekali. Perasaanya begitu tenang dan bahagia tapi sebalik perasaan dia merasakan ada sesuatu yang kena.
Macam mana lah hubungan aku dengan dia sebelum kemalangan tu? Kadang-kadang aku tenang, kadang-kadang hati aku sakit melihat wajahnya. Ada yang tak kena. "Sayang... today kita tak buat ape kan, so why not kita shopping sikit? Sayang beli lah ape yang sayang nak beli. Kita belikan hadiah sikit untuk semua kenalan rapat kita di Malaysia" ajak Ameer. Laila hanya menurut. Setelah penat membeli belah mereka balik semua ke hotel.
Laila menyelak langsir dan mengelamun memerhatikan Eiffil Tower di depan matanya. Ameer mendekati Laila dan memeluk pinggang Laila dari belakang. Laila tenang tapi perasaan tadi muncul lagi. Hatinya pasti ada yang tak kena. "Abang... boleh Laila tahu macam mana hubungan kita sebelum Laila kemalangan?" tanya Laila inginkan kepastian. Ameer tak sampai hati nak ceritakan perkara sebenar memandangkan Laila telah berubah sikap dan baik semula kepadanyan. Ameer terpaksa bohong demi menjaga hubungan ini.
Laila masih yakin suaminya tidak jujur. Ada yang disembunyikan lagi. Hari terakhir di Paris dihabiskan dengan berjalan-jalan dan bergambar. Sempat juga Laila dan Ameer menaiki cruise. Pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Abang... Laila balik bilik dulu ye? Laila penat lah abang". Ameer hanya mengangguk setuju. "Laila hati-hati lintas jalan. Jalan kat sini sibuk tak macam kat Malaysia" pesan Ameer walaupun hatinya agak risau.
Laila berjalan sambil lewa. Dia tidak melihat kiri mahupun kanan. Ameer yang mula rasa tak tenang menyusuli isterinya. Dugaannya benar. Laila berjalan sambil bermain handphone. Jalan agak sibuk ketika itu. "Laila kereta! Laila!" jerit Ameer dibelakangnya. Pemandu kereta itu sempat menekan brek dan berhenti. Ameer yang panik berlari ke arah Laila. Laila yang terkejut tadi terjatuh ditepi tiang. Kepalanya terhantuk pada tiang. Pandangan matanya mulai kabur.
Ameer sempat menyambut isterinya yang hampir jatuh pengsan. Ameer mendukung Laila balik ke hotel. Pemandu tadi sempat meminta maaf berulangkali. "Laila? Laila? Bangun sayang..." Ameer mengejut Laila sambil mengusap pipi lembut Laila. "Abang... kita kat mana ni? Bukan kita... abang curang dengan Laila! Laila benci abang!" Laila menolak Ameer. Ameer yakin ingatan isterinya sudah pulih. Alhamdulillah Allah! Disebalik kegembiraan Ameer hatinya risau. Dia berdepan dengan masalah lagi. Hubungan baik dia dan Laila akan musnah lagi.
Laila mula mengemas bajunya. Satu patah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut Laila. Sikap Laila berubah menjadi dingin serta merta. "Maafkan abang... semua tu salah faham. Balik Malaysia abang tunjukkan bukti pada Laila ye?" pujuk Ameer. Laila tetap tidak mempedulikannya. Ameer seperti tidak wujud lagi padanya. Tiga belas jam flight tapi sepatah pun Laila tidak menjawab pertanyaan Ameer. Dia hanya diam membatu. Sampai di KLIA, Laila mengambil teksi balik ke rumah ibunya.
"Eh dah balik lah pasangan berbulan madu ni. Seronok tak kat Paris Laila? Senyap je mesti penat pergi lah berehat kat atas. Ameer mana sayang?" soal Puan Mariam yang hairan melihat Laila pulang sendiri. Laila hanya senyap dan berlalu naik ke bilik. Beberapa minit kemudian, Puan Mariam melihat Ameer yang masuk memberi salam lemah. "Kenapa ni Ameer? Dah lah balik asing, ibu tanya soalan bertubi-tubi lansung tak dijawabnya tapi lari ke bilik, ape yang jadi ni nak?" soal Puan Mariam yang susah hati.
"Ibu... ingatan Laila dah pulih. Memang Ameer bersyukur tapi ade masalah besar yang timbul. Nanti Ameer ceritakan pada ibu" keluh Ameer.
Hi there hihi. Part seterusnya. Hope korang enjoy. Jangan lupa klik bintang kalau suka. Hehehe.
Truly,
DaisyDee
YOU ARE READING
Suami Idaman
RomancePerkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di...