Ya Allah beri aku kekuatan untuk meluahkan isi hati yang terpendam selama ini! Ameer menuju ke ruang tamu dengan tenang. Dilihatnya Laila sedang duduk di sofa putih menunggunya. "Laila... sorry lambat sikit ye, kesian Laila tunggu abang lama". Laila berdiam diri. Ameer semakin gugup. "Abang minumlah air Nescafe nih, Laila buatkan tadi" pelawa Laila. "Abang nak cakap apa? Bunyi macam serius je". Ameer semakin nervous, diam membisu."Laila... ape perasaan Laila terhadap abang? I mean apa tanggapan Laila tentang abang?" tanya Ameer teragak-agak.
Muka Laila yang tadinya putih berseri bertukar menjadi merah jambu. Pipinya panas. Dia malu. "Laila rasa abang baik, abang handsome... Laila suka makan dengan abang, berbual dengan abang, tengok tv dengan abang, Laila suka tengok abang tidur..." Laila terlepas cakap. Terus dia menutup mulutnya dengan kedua tangannya. Aduh Laila mulut tempayan! Tanggunglah malu sekarang! Ameer terkejut. Jadi selama ini Laila mengendap aku tidur! Ameer tertawa sendiri.
"Laila... abang tahu Laila belum boleh terima abang sepenuhnya, tapi... abang nak bagitahu abang sayangkan Laila, abang tak sanggup pendam lagi, abang cintakan Laila sejak pertama kali abang jumpa Laila... abang taknak berpisah dengan Laila and abang taknak Laila tinggalkan abang... abang perlukan Laila" Ameer meluahkan dengan penuh yakin.
Apa nak jadi, jadilah. Laila tersipu malu. Dia merasakan yang sama. Laila tahu inilah masanya untuk dia jujur."Laila... Laila... Laila jujur Laila pun rasakan yang sama, Laila sedar perasaan ni wujud sejak abang pergi Australia, Laila tak sanggup berjauhan dengan abang lagi, Laila rindukan abang" jujur Laila tersekat-sekat suaranya. Mata Ameer segar bugar mendengar luahan Laila. Aku tak bermimpi ke ni? Laila sayangkan aku? Laila rindukan aku? Ya Allah bahagianya! "Jadi Laila sayangkan abang jugak lah ? Laila pun rasakan apa yang abang rasa?. Tanya Ameer menginginkan kepastian. "Laila... sebenarnya Laila malu lah". Pipi Laila panas sangat. Ameer tak mahu mempersoalkan lagi. Baginya apa yang dipendam sudah terluah.
Laila meminta izin ingin masuk tidur dulu. Ameer menarik tangan Laila. "Laila belum bersedia abang... maaf". Laila masih belum boleh tidur sebilik dengan suaminya. Dia masih takut. "Laila jangan salah faham... abang cuma minta Laila jangan pernah tinggalkan abang walau apapun yang terjadi sehingga maut memisahkan kita" pinta Ameer yang mengenggam erat tangan Laila. Mata Laila betul-betul tertumpu tepat ke mata Ameer. Lidahnya kelu. Hatinya benar-benar bahagia saat ini.
Laila melepaskan tangannya dan berlalu ke bilik. Ameer tersenyum sendiri berangan teringatkan Laila. Cintanya terbalas. Situasi akan berubah. Kesabarannya dibalas kemanisan. Cukup indah! Tidurnya lena diulik mimpi. Jam loceng disisi katil berbunyi. Ameer membuka mata dengan tersenyum. Tak sabar lagi nak melihat wajah isteri tercinta! Laila sibuk menyediakan sarapan untuk Ameer. Dia masih malu mengenangkan detik terindah semalam.
"Abang sarapan ye?" Pelawa Laila sambil menuangkan air susu HL ke dalam gelas. "Laila malam ni takpayah masak ye? Abang nak bawak Laila keluar makan kat luar. Laila pakai baju cantik-cantik ye?" Pesan Ameer. Aduh pakai baju cantik? Selama ni tak cantik ke aku? "Abang pegi dulu ye sayang?" usik Ameer sebelum melangkah keluar. Sayang? Aduh malunya!
"Hai boss tersengih je ni?" usik Nabila. "Eh kau ni mestilah orang dah ada suami, mestilah bahagia. Nak-nak suami handsome and jambu macam Encik Ameer tuh". Balqis menyakat Laila. Laila menjeling manja saja kepada pekerjanya yang suka mengusik. "Okaylah saya nak balik dulu, sebab nak siap siap nak keluar malam ni, Nabila jangan lupa kunci pintu betul-betul ye, i trust you" jelas Laila sambil menghulurkan kunci butik kepada Nabila. "Wuuu nak keluar dengan Encik Ameer yer" usik Nabila lagi.
Laila membuka almarinya. Diselaknya baju-baju di dalam almari. Yang ini? Tak sesuai lah. Tapi dia nak bawak aku makan kat mana? Kang pakai over buat malu je kalau pergi restoren biasa. Baik aku pakai dress putih simple je. Dia mengeluarkan dress putih simple dan instant shawl koleksi sugarscarf warna putih dari laci. Okay done!
Tinggal mandi and then bersiap. Lambat lagi. Dia merebahkan tubuhnya ke katil empuk sambil tersenyum. Apa agaknya akan jadi malam ini ye? Aishh malunya. Laila tersenyum sendiri lagi. Sedang asyik mengelamun handphone Laila berbunyi menandakan mesej masuk. Laila membelek mesej dari Ameer.
Sayang, maafkan abang tak sempat nak jemput Laila dirumah. Laila bersiap dan tunggu abang di hotel Grand Swiss. Abang dah book meja untuk kita. Sayang Laila-Ameer
Alah kena drive lagi! Haih penatnya. Dah pakai cantik kena drive pulak. Selepas solat maghrib Laila segera bersiap. Dia mengenakan sedikit makeup pada wajahnya. Sebelum keluar Laila sempat menyembur minyak wangi Victoria Secret. Okay ready! Lets go. I'm here now. So mana suami aku ni? Kata nak jumpa kat sini tadi. Hish!
Laila melangkah masuk ke dalam Hotel Grand Swiss dengan penuh yakin. Eh? Mana pergi semua orang ni? Aku sorang je? Dari jauh dilihatnya meja yang di tempah oleh suaminya. Laila asyik memerhatikan jam tangannya. Lamanya abang siap, mengalahkan perempuan je! Laila menunjukkan wajah yang agak sedikit hampa.
"Assalamualaikum Laila" sergah Ameer dari belakang. "Eh abang nih, terkejut Laila... ingatkan dah taknak datang tadi". Laila memerli suaminya dengan nada merajuk sambil memuncungkan bibirnya sedikit. "Alalala comelnya sayang abang merajuk macam tu" pujuk Ameer sambil mengeluarkan sesuatu dari belakang.
"Abang tak tahu Laila suka bunga apa, setahu abang kebanyakkan perempuan loves red roses... tapi abang beli white roses, entah kenapa abang rasa white roses ni unik macam Laila. Unik bagi abang. Very special! Ameer memang pandai bab memujuk isteri kesayangannya.
"Sebelum kita order makan, abang nak cakap sesuatu. Pertama kali abang jumpa Laila, entah kenapa hati abang merasakan Laila jodoh abang... and Alhamdulillah kita dipertemukan lagi masa akad nikah. Abang tak sangka bakal isteri abang yang mummy sebut selama ni Laila. Jujur abang pernah menolak dan tak bersetuju dengan keputusan mummy, abang rasa abang ada hak nak pilih teman hidup abang. Lepas abang buat solat istikharah. Abang terbayang-bayang Laila. Abang redho dengan ketentuan Allah. Abang bahagia sangat lepas akad nikah abang tahu Laila lah isteri abang... sungguh perancangan Allah hebat. Betul orang cakap kalau kita jumpa jodoh kita, hati kita rasa tenang. Masa abang tolong Laila dulu, walaupun panik abang tenang tengok muka Laila..." luah Ameer. Airmata bahagianya mengalir di depan isterinya. Bukan menandakan dia lemah tapi dia cukup bahagia.
"Abang please don't cry? Laila taknak tengok abang sedih macam ni" balas Laila sambil mengelap airmata suaminya. Ameer kembali tersenyum. "Laila faham perasaan abang. Actually... Laila pun tak setuju dengan perkahwinan yang dibina takde perasaan cinta. Laila just ikut je apa yang ibu nak. Laila terpaksa. Laila ingatkan perkahwinan kita takkan berkekalan, tapi Laila salah. Laila jatuh cinta dengan abang... Laila tak boleh bohong perasaan Laila lagi". jujur Laila sambil menundukkan kepalanya.
Ameer memegang tangan Laila. Menatap mata isterinya dengan penuh perasaan cinta. "By the way kan abang, mana pergi semua orang dalam hotel nih? Senyap je dari tadi, yang ada cuma kita and lagu-lagu romantik entah dari mana datangnya". Laila bertanya dengan hairan. Ameer tertawa kecil membiarkan Laila tertanya-tanya.
Malam itu hujan lebat. Petir menyabung. Laila menggigil ketakutan. Dipeluknya bantal peluk tapi perasaan takut tetap ada. Petir semakin kuat. "Ibu!" Jerit Laila berlari ke bilik suaminya. "Eh kenapa ni Laila?!" Ameer panik melihat isterinya mengigil dan menangis ketakutan. "Laila takut... petir... " rengek Laila sambil memeluk suaminya tanpa dia sedari.
"Laila tidur bilik abang ye? Takpe abang temankan Laila sampai Laila tertidur" pujuk Ameer sambil mengusap lembut rambut isterinya. Laila kini lebih tenang. Digenggam erat tangan suaminya sampai tertidur.
__________________________________
Hi semua 3 hari dah tak publish kan, mood mengarang hilang... sadis huhu btw jangan lupa voted ye. Amat mengalukan vote and comment anda semua. Terima kasih
YOU ARE READING
Suami Idaman
RomancePerkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di...