"Laila please lah dengar penjelasan abang. Semua yang Laila sangka tuh salah. Ini salah faham je. Please... dengar cakap abang" rayu Ameer sambil memegang tangan isterinya tapi Laila melepaskannya dengan kasar. Penjelasan? Semuanya dah terbukti lah!
Sikap dingin Laila semakin menjadi-jadi. Tiba waktu malam Laila akan meletakkan bantal Ameer di atas sofa. Ameer sangat mengerti. Dia tahu isterinya sangat marah. Perempuan mana yang tak marah bila ada yang memanggil suaminya dengan panggilan 'sayang' walaupun hanya sekadar salah faham.
Ameer pun tak tahu harus buat apa lagi. Tiap kali disuruh tengok handphone yang mengandungi bukti salah faham itu Laila mengelak. Ahh geram dibuatnya! Ego Laila setinggi langit. Ameer memikirkan satu cara dan dia pasti Laila akan sedar selepas ini betapa pentingnya komunikasi dan bertolak ansur dalam rumahtangga mereka.
Eh mana dia ni? Dah pukul 9 malam. Selalunya paling lewat pukul 8 dah terpacak kat rumah. Mungkin dia tidur rumah mummy kot. Ahh malaslah nak fikir! Aman aku tidur malam ni. Takpayah mengadap mukanya lagi. Setiap kali menatap wajah Ameer segala kesakitan terpancar di fikirannya. Sakit hatinya mengingati detik hitam. Terlampau sakit!
Dua hari Ameer tak balik ke rumah. Sangkaan Laila pasti dirumah mummynya. Dasar anak manja! "Laila cuba kamu call mummy tanya Ameer ade ke kat sana? Ibu risaulah. Kalau dia pergi rumah mummy dia mesti dia bagitahu ibu. Ini senyap je" arah Puan Mariam. Laila buat tak tahu saja. "Alaa dia dah besar ibu. Pandailah dia jaga diri kat mana pun dia nak pergi" jawab Laila selamba.
"Assalamualaikum Datin. Anak awak Ameer ada di rumah awak ke?" tanya Puan Mariam kepada sahabat baiknya. "Waalaikumussalam... eh? Ameer? Takde pulak dia balik ke sini. Kenapa awak?" soal Datin Sharifah kembali. "Ameer dah dua hari tak balik rumah. Kami sangka dia tidur di rumah awak, haih risaulah macam ni. Ape kita nak buat ni awak?!" terang Puan Mariam panik. Puan Mariam segera menelefon Ameer tetapi bunyi ringtone kuat kedengaran dari laci dalam bilik Laila. Sah Ameer tak bawak handphonenya!
Laila merasa sedikit risau. Egonya masih mengatasi kerisauannya. Paling dia balik rumah perempuan simpanannya lah tu! Tuduhan Laila membabi buta. "Ibu nak kamu cerita ape masalah kamu dan Ameer sehinggakan suami isteri bermasam muka dan kamu semakin kurang ajar kepada Ameer. Kenapa Laila?!" soal Puan Mariam dengan nada yang agak kuat. Laila tahu ibunya tengah marah sekarang ni. Laila terpaksa mencerita hal yang sebenar. "Ya Allah Laila masalah kecik je, kenapa Laila degil taknak dengar penjelasan Ameer? Laila menghukum suami Laila tanpa tahu penjelasannya. Dosa Laila. Dosa!" nada Puan Mariam semakin kuat.
Laila hanya tunduk. Ibunya tak pernah marah seteruk ini. Betul ke aku dah berubah? Ibu cakap Laila degil. Kenapa ibu bela menantu dia yang sakitkan hati anak kandungnya sendiri. Laila tak faham lagi dengan ibu! Egonya masih melangit walaupun nyaring suara ibu memarahinya tadi. Dia terpandang handphone milik Ameer diatas meja laci. Dia mula terpikir untuk melihat bukti yang diperkatakan oleh suaminya. Disebabkan ego, tangan yang digerakkan sedikit untuk mencapai handphone seperti ada batu besar yang menghempap!
Mana buktinya haa. Eleh!. Laila membuka mesej daripada number unknow yang pernah meremukkan hatinya dulu. Diringankan jua tangannya. Matanya tertumpu kepada mesej yang dihantar lagi oleh number unknown. Laila meletakkan kembali handphone milik suaminya di atas laci. Airmatanya mengalir secara tiba-tiba. Ya Allah aku berdosa kepada suami aku sendiri. Aku isteri derhaka!
Laila kembali mengambil handphone suaminya. Satu persatu gambar di gallery di slidenya. Gambar mereka di Paris. Gambar persiapan majlis harijadi Laila! Jadi abang pura-pura lupa padahal abang dah rancang nak beri Laila kejutan. Ya Allah... apa aku dah buat. Egonya hilang entah kemana. Yang ada cuma perasaan bersalah dan berdosa. "Ibu... Laila salah ibu. Laila yang salah..." tangis Laila sambil memeluk ibunya.
"Suami kamu tak pernah lupa satu pun apepun berkaitan kamu Laila. Ibu masih ingat ketika dia merancang suprise harijadi Laila. Dia begitu bersungguh-sungguh tapi semuanya hancur saat dia tahu Laila kemalangan. Sebulan Laila koma nak. Ameer hari-hari tunggu di sisi Laila. Ameer tak pernah berhenti bercakap dengan Laila. Rupanya persis orang gila bercakap dengan patung. Dia yakin Laila mampu bangun lagi. Dia bersihkan badan Laila. Dia solat hajat setiap waktu". jelas Puan Mariam.
Tangisan Laila semakin kuat. Dia tak menyangka suaminya begitu sayangkan perempuan yang ego dan degil sepertinya. "Sudahlah Laila... Ameer pasti akan balik ke rumah juga nanti. Kamu berubahlah demi suami yang banyak berkorban untuk kamu nak. Ameer lelaki yang baik" pujuk Laila yang masih dipelukannya. Laila melangkah masuk ke biliknya dengan perlahan. Matanya masih berair menahan tangis. Dia mengambil wuduk dan segera solat taubat. Dia tahu dia banyak berdosa kepada suaminya.
Abang baliklah Laila rindu! Haa hospital. Abang mesti ada kat hospital! Laila memandu kereta milik ibunya. Walaupun detik kemalangan itu masih bermain difikirannya, dia mengatasi dengan berani demi suaminya. "Kak Zahra! Ameer mana? Nampak tak akak?" tanya Laila dengan nafasnya masih tercungap-cungap. "Eh Dokter Ameer baru je balik tadi. Aik suami sendiri tak tahu ke?" usik Kak Zahra yang tidak mengetahui keadaan sebenar. Laila meminta diri dan segera memandu balik ke rumah.
Ish mana abang ni! Haa takpe esok Laila datang lebih awal demi abang. Laila melelapkan matanya dengan tenang. Esoknya pukul 10 pagi lagi Laila keluar memandu terus ke hospital. Mesti abang ada punyalah! Sampai di hospital dijengahnya kepala ke bilik suaminya. Namun tiada kelibat suaminya lansung. Kemana lagi abang ni? Haih. Keluh Laila panjang. Dari jauh kelihatan Dokter Mahesh berjalan. Segera dia menyapa Dokter senior itu.
"Dokter Mahesh... suami saya mana ye? Saya cari dalam biliknya tadi tapi takde" tanya Laila. "Oh Dokter Ameer ada dalam operation room. Ada pesakit yang perlu ditangani. Just wait here, he'll be here in 2 hours or Puan Laila boleh tunggu di cafe. Oh yah i'm really glad that your memory are fine now. Well i hope lepas ni you lebih berhati-hati. Alright takecare. I got to go now" jelas Dokter Mahesh. Takpelah demi abang Laila tetap tunggu disini!
Laila yang hampir terlelap menunggu di kerusi luar bilik pembedahan tersentak apabila melihat sosok tubuh suaminya keluar dari bilik itu. Laila segera membetulkan tudungnya. Dia sempat memegang pergelangan tangan suaminya. "Abang? Laila tunggu abang dari tadi kat sini... Laila nak minta maaf. Laila derhaka dengan abang. Laila degil taknak dengar penjelasan abang. Laila minta maaf abang..." rayu Laila. Ameer pura-pura marah padahal hatinya begitu gembira. Jadi Laila tengok jugak lah bukti tu? Alhamdulillah.
"Abang ada kerja sikit. Nak check pesakit". jelas Ameer dengan nada mendatar seperti sedang marah. Dia sebenarnya berpura-pura supaya Laila memujuknya lagi. Rindu betul nak dengar suara manja Laila memanggilnya. "Alaa abang hmm takpelah Laila tunggu abang kat cafe. Laila nak lunch dengan abang. Datang cafe tau. Please abang" rayu Laila sambil buat muka kesian. Setelah selesai memeriksa pesakit Ameer menuju ke cafe. Dia melihat Laila yang sedang menghirup milo ais seorang diri. Alaa kesiannya isteri aku.
"Abang hehehe" tegur Laila sambil tersengih manja. Ameer berpura-pura membatukan diri. "Abang nak minum air ape? Laila dah habis 3 gelas air milo ais tunggu abang" tunjuk Laila gelas-gelas kosong didepannya. Ya Allah bini aku ni minum air apa? Ini air potong kaki sayang oi! Sampai 3 gelas pulak tu. Hishh. Laila memesan segelas air kosong dan 2 set chicken chop. Dia tahu suaminya pasti mahukan air Nescafe Ais. Dengan selamba Laila memesan air itu. Memandai je isteri aku ni.
Hi there. Alhamdulillah one day 3 parts saya published. Idea tengah mari huhu. Kalau suka tekanlah bintang tu kikiki.
Truly,
DaisyDee
YOU ARE READING
Suami Idaman
RomancePerkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di...