Suami Idaman

17.4K 732 2
                                        

Ameer melangkah ke dalam ruang ICU dengan hampa. Misi-misi menolak katil Laila untuk dipindahkan ke ward biasa. Laila masih bingung. Dia kehilangan identiti dirinya. Puan Mariam turut terpukul dengan keadaan anaknya yang lansung tidak mengenali dia sebagai ibu. Apatah lagi ibu mertuanya. Terngiang-ngiang difikirannya kata-kata Dokter Mahesh tadi.

Your wife suffer retrograde amnesia means dia tak mampu mengingati kisah-kisah lampaunya dan identiti dirinya. Keadaan ini tidak akan berterusan. Dia akan hilang ingatan buat sementara waktu sahaja disebabkan hentakan yang kuat dikepalanya semasa kemalangan. Saya harap kamu bersabar yaa Dokter Ameer. Just keep support her and dont push her to remember all things or else dia akan rasa sakit kepala teruk.

"Laila... ini ibu nak, Laila ingat tak? Ini Datin Sharifah ibu mertua Laila. Ini ayah Laila. Ini abah bapa mertua Laila. Laila ingat tak nak?" desak Puan Mariam. Dia tidak dapat menerima kenyataan anak tunggalnya kini lupa segala-galanya.

Ameer yang duduk di kerusi luar ward Laila. Dia merasakan seperti ada batu besar menimpa kepalanya saat ini. Ameer sungguh terpukul dengan keadaan isterinya. Tadi dia sempat gembira isterinya sedar dari koma tapi sekarang hatinya hampa.

Setelah seminggu berehat, Laila dibenarkan pulang walaupun keadaannya masih lemah tapi Dokter Mahesh percaya Dokter Ameer mampu menjaga isterinya memandangkan dia seorang dokter juga. "Ameer dan Laila duduk dengan ibu ye buat masa ni? Kita sama-sama bantu Laila pulihkan ingatannya" pelawa Puan Mariam memandangkan dia juga mahu anaknya cepat ingat semuanya. Ameer hanya mengangguk setuju.

"Haa Laila welcome home sayang! ini rumah ibu dan ayah. Meh masuk ibu tolong". Puan Mariam menjemput Laila masuk. Laila jelas hairan. Satu apa pun dia tidak ingat. Namanya sendiri pun lansung tidak terlintas difikirannya. Apa yang dia tahu, dia mahu rehat sekarang. Badannya benar-benar lemah. Dia merebahkan tubuhnya ke katil empuk dan melelapkan matanya sebentar.

"Laila... ibu bawakkan bubur ni. Makan ye nak? Tambah tenaga sikit" pelawa Puan Mariam. "Nama saya Laila? Ibu ni ibu saya? Betul ke? Kenapa saya tak ingat apa-apa?" tanya Laila inginkan kepastian. Puan Mariam hanya mengangguk. Kenapa aku tak boleh nak ingat ni? Arghh! "Laila jangan paksa diri ingat apa-apa ye? Bukak mulut ibu suapkan bubur ni, nanti sejuk pulak" ditiupnya dahulu bubur itu sebelum menyuap ke dalam mulut Laila.

Cukup 10 suap, Laila menolak dengan alasan dia sudah kenyang. Selepas makan ubat dari hospital, Laila meletakkan kepalanya atas bantal dan merehatkan fikirannya lagi. Kepalanya yang luka masih berdenyut-denyut. Ameer yang baru pulang kerja terus ke biliknya dan terus menukar baju di depan Laila.

"Eh, awak buat apa ni?! Kenapa bukak baju?! Oh awak nak ambik kesempatan eh?! Biadap!" jerit Laila yang melulu memukul Ameer menggunakan bantal. "Laila... Laila ape nih?! Aduh sakitlah! Stop it Laila. Ini abang lah. Abang suami Laila lah. Cuba Laila ingat balik" pujuk Ameer sambil menenangkan isterinya. Laila tertekan. Sungguh dia tidak ingat lansung. Kepalanya menjadi sakit kerana terlalu memaksa dirinya mengingati semuanya.

"Laila dah makan ubat? Meh sini abang tukarkan balutan kat kepala Laila tu, tak boleh lama-lama kuman" Ameer menarik Laila. Mata Laila tertumpu tepat pada wajah suaminya. Betul ke dia suami aku? Kenapa aku tak boleh ingat lansung ya Allah! Nampaknya dia betul-betul suami aku. Cara dia ambil berat terhadap aku seperti seorang suami kepada isteri. Laila hanya diam dan membiarkan suaminya menukar balutan di kepala.

"Laila? Ameer? Turun makan!" jerit Puan Mariam memanggil anak dan menantunya makan. Suasana di meja makan senyap. Masing-masing membatukan diri. Hanya ayah dan ibu bersuara dari tadi. "Laila jangan lupa makan ubat sebelum tidur ye?" pesan ibunya yang melihat Laila berlalu naik ke bilik. Laila hanya mengangguk lemah. "Ameer pegi tengok isteri kamu tu ye, kesian sorang-sorang kat atas" arah ayah Laila. Ameer melangkah naik ke atas dan menuju ke biliknya.

Setelah dua minggu berehat dirumah, Laila meluahkan rasa bosan duduk di rumah kepada ibunya. "Ibu... Laila tak kerja ke sebelum ni? Laila bosanlah duduk di rumah" luah Laila kepada ibunya. "Eh, Laila kerjalah. Laila ada butik pakaian muslimah sendiri, Laleesa. Laila yakin ke dah kuat nak masuk kerja? Ibu tengok muka Laila masih pucat lagi. Berehatlah nak sampai betul-betul rasa sihat" nasihat Puan Mariam sambil mengusap rambut anak tunggalnya.

Ameer yang mengelamun sendiri merasa dia semakin jauh dari isterinya sekarang. Keadaan ini lebih teruk daripada mula-mula baru kahwin dulu. Sekarang bila ditanya banyak soalan Laila hanya membalas 'okay', 'ye' dan 'hmm'. Ameer akui kadang-kadang dia sakit hati tetapi dia faham keadaan Laila sekarang. Dia tak mahu menekan Laila takut membahayakan keadaan isterinya seperti yang dinasihatkan oleh Dokter Mahesh.

"Assalamualaikum Cik Laila, Puan Mariam. Selamat bekerja kembali Cik Laila. Kami sedia menolong Cik Laila" Nabila dan Balqis gembira melihat boss mereka kembali masuk bekerja. "Haa Laila ini Nabila yang ini Balqis pekerja kamu. Kamu ingat tak?" soal Puan Mariam. Laila menggeleng kepalanya. Wajah Nabila dan Balqis berubah, hampa. Mereka tetap gembira. Nabila menunjukkan semua jubah rekaan Laila. Semua ni aku yang buat? Betul ke? Mampu ke aku mereka corak lain lagi? Ingatanku sudah hilang. Adakah bakatku turut hilang? Bertubi-tubi soalan yang terlintas di fikiran Laila.


Seharian Laila di butik mencuba melakar rekaan. Percubaan pertama gagal. Percubaan kedua gagal. Dia hampir putus asa. Akhirnya dia berjaya melakar design jubah baru. Nabila dan Balqis tahu meskipun boss mereka hilang ingatan, tidak bermakna dia harus kehilangan bakatnya juga. Laila terkejut tangannya mampu melakar lagi! Kelihatan kereta Ameer menunggu di luar butik untuk menjemput Laila. Sebaik saja Laila masuk dan menutup pintu kereta, Ameer mula teringat kejadian tragis yang menjadi perkenalan pertama mereka berdua berlaku di sekitar sini. "Laila ingat tak dulu abang pernah tolong Laila tau kat area sini, masetu tangan Laila berdarah dikelar peragut. Abang kebetulan lalu dan tolong Laila. Kat sini lah pertama kali kita jumpa. Lepas tu abang terus terbayang wajah Laila sehinggalah semasa akad nikah" cerita Ameer dengan harapan Laila mungkin mengingati detik itu tetapi dia kecewa sebaik Laila menggeleng kepalanya.



Ameer dan Laila melangkah masuk ke rumah ibunya dengan senyap. Masing-masing tidak bersuara. Kedengaran Ameer saja sempat memberi salam sebelum masuk ke rumah. Laila meluru ke biliknya tanpa sepatah kata. Dia benar-benar tertekan dan cuba memaksa untuk mengingati segalanya tapi mindanya kosong, satu memori pun tidak terlintas difikirannya.

"Laila ingat tak masa Laila tengok Suamiku Encik Perfect 10? Laila menangis je. Abang pun tak tahu apa yang sedih sangat. Comel sayang abang. Oh ya! Ingat tak masa Laila jaga abang? Abang gastrik teruk masetu. Laila sampai tak masuk butik seminggu. Ingat tak?" tanya Ameer yang cuba mengingatkan Laila segala memori indah mereka bersama. Laila cuba lagi ingat semuanya tapi hampa, kosong semuanya! "Awak ni dah kenapa paksa saya?! Saya tak ingat, tak ingatlah!" jerkah Laila kepada suaminya.

Ameer perasan tubuh Laila mula melayang, dia memegang kepalanya. Ameer yakin isterinya diserang sakit kepala akibat dia mendesak supaya Laila ingat semuanya. Belum sempat tubuh Laila jatuh ke lantai, Ameer menyambutnya dan mengangkat letak atas katil. Maafkan abang Laila abang paksa Laila maafkan abang! "Ya Allah kenapa ni Laila? Ameer kenapa ni cakaplah Ameer" paksa Puan Mariam yang terkejut anaknya jatuh pengsan.


"Semua ni salah Ameer ibu... Ameer paksa Laila ingat semua memori kami bersama tapi Laila tak ingat, kepalanya sakit ibu" jelas Ameer yang merasa bersalah. Laila membuka matanya perlahan. Kepalanya masih sakit menyucuk rasanya! Laila melihat suaminya yang tertidur dalam keadaan duduk di tepi katilnya. Dia begitu setia menunggu aku tapi kenapa satu kenangan pun tak terlintas di fikiran aku! Laila mengusap rambut suaminya perlahan. Kasih dan sayang suaminya begitu besar. Dia bertekad untuk lebih berlembut dengan suaminya. Dia sedar dia sering tidak mempedulikan suaminya.


Sempat published dua part in a night hehehe im happy! Jangan lupa klik bintang comel untuk vote ye. Ada sebarang pandangan boleh comment ye? Truly ,
Daisydee













Suami IdamanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang