"Ma, Fakhri pergi dulu tau! Dah lambat dah ni. Assalamualaikum!" Tangan Puan Ummi dilepaskan. Fakhri segera masuk ke dalam City. Sempat tangannya melambai ke arah mama nya. Puan Ummi sekadar tersenyum. Bukan dia tak pernah pesan, tapi Fakhri memang begitu.
Fakhri memandu dalam keadaan yang cermat dan dia tidak lupa untuk memberikan signal apabila ingin memasuk simpang. Pemandu yang cermat aku ni. Sempat hatinya berkata-kata. Tidak sempat untuk membelok, lampu trafik sudah menunjukkan warna merah.
"Aduh aduh sayang, kenapa kau merah?" ngomelnya seorang diri sambil mengetuk perlahan stering keretanya. Jam tangan dilihatnya sekilas, pukul 7.10 minit. Lagi 10 minit pagar sekolah nak tutup. Hati kecilnya berdoa supaya guard sekolah terlupa untuk menutup pagar harini.
Tidak berapa lama selepas itu, lampu trafik bertukar hijau. Segera Fakhri menekan minyak dan membuat pusingan u dan dia tidak lupa untuk memberi signal. Fakhri berpuas hati kerana dia mahir dalam membuat pusingan u.
Sesampainya di depan pagar sekolah, kelihatan guard sedang berdiri. Menunggu masa untuk menutup pintu pagar sekolah. Fakhri segera mengangkat tangan tanda terima kasih kerana sudi untuk tidak menutup pintu pagar sekolah.
City diletakkan di bawah sebatang pokok yang rendang. Beg yang dicampak di seat sebelah diambil dan Fakhri segera keluar dari keretanya. Sempat dia melihat bayangannya di tingkap kereta.
"Hmm, cukup hensem." Katanya sambil membetulkan sedikit tie yang senget. Harini, Fakhri memakai baju kemeja berwarna hitam dan seluar slack yang siap bergosok yang juga berwarna hitam. Tie berwarna merah dibetulkan sekali lagi.
"Oh my baby, harini hari Isnin. Ada perhimpunan pulak tu. Tak boleh jadi ni." Fakhri segera melangkahkan kakinya secepat mungkin ke tapak perhimpunan.
Kelihatan para pelajar sedang membaca doa sebelum memulakan perhimpunan rasmi. Tangannya ditadahkan dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh ketua pelajar sekolah.
"Lambat lagi, Fakhri Aiman?" Tegur Amira yang tiba-tiba muncul dari belakang.
"Woi, mak! Gila kau. Terkejut aku." Fakhri berdehem setelah melihat Amira yang sedang tersenyum senget memandangnya. Kakinya segera melangkah menuju ke tempat duduk yang disediakan.
"Lol. Kau memang en. Dari sekolah menengah, masuk u sampai dah jadi cikgu pun kau masih lambat." Amira berjalan seiring disebelahnya sebelum berpisah ke tempat duduk masing-masing. Lagu Negaraku berkumandang sebaik sahaja mereka berdua sampai di tempat duduk guru.
.....
Perhimpunan ditangguhkan apabila jam menunjukkan angka 8.10 pagi. Matahari mula memancarkan cahayanya. Fakhri segera ke bilik guru dan mengambil bahan pembelajarannya hari ini. Buku kedatangan murid diambil.
"Bang, tolong cikgu bawak buku ni masuk kelas. Ni, LCD sekali." Izaq sebagai ketua kelas 6 Atas Kemanusiaan 1 mengambil barang-barang Fakhri.
"Cikgu nak buat presentation ke hari ni?" Tanya Izaq. Matanya tidak lekang daripada melihat cikgu muda di depannya. Fresh graduate katanya.
"Yes. Dah, dah cepat. Naik atas, kamu pasang LCD ni." Fakhri menepuk bahu anak muridnya. Segera Izaq menundukkan kepala tanda hormat kepada Fakhri sebelum keluar daripada bilik guru.
Fakhri baru posting ke sekolah ini beberapa minggu lepas. Dia tak sangka yang dia akan mengajar murid atau lebih senang dipanggil pelajar pra university.
Jarak umur yang tidak berapa jauh membuatkan Fakhri berasa dia berada dikalangan kawan-kawannya. Fakhri rasa enjoy bila mengajar mereka."Assalamualaikum, anak-anak." Fakhri melangkah masuk ke dalam kelas dengan gaya yang bersahaja.
"Waalaikumussalam, cikgu." Sambut Izaq dan pelajar yang ada di dalam kelas tersebut.
Para pelajar mula mengeluarkan buku teks geografi. Ada juga yang mengeluarkan mini thesis atau dikenali sebagai pbs. Pentaksiran Berasakan Sekolah atau kerja kursus khas bagi para pelajar tingkatan enam.
"Cikgu nak buat mengajar or viva?" Tanya Meen yang duduk di tengah kelas.
"Hairni,kita buat viva. Memandangkan tinggal 3 orang lagi yang masih tidak lepas, kita habiskan harini. Nanti senang awak nak ulang kaji bila habis viva ni. Okay, boleh start." Fakhri bangun dan duduk di meja di bahagian belakang kelas.
Izaq keluar ke depan kelas dan memulakan pembentangan kerja kursusnya. Tiba-tiba, Amira mengetuk pintu kelas Fakhri. Fakhri mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum senget.
"Maaf,cikgu Fakhri. Saya ada pesanan. Seperti biasa, bersihkan kelas. Tadi lupa pulak cikgu nak ingatkan. That's all. Thank you class, cikgu Fakhri. Assalamualaikum." Amira memberikan senyuman paling manis sebelum meninggalkan kelas Fakhri.