Fakhri membersihkan diri setelah badannya melekit dihujani peluh. Bersenam untuk kesihatan. Jom fit, kata KJ. Patut dapat anugerah Belia disegani aku ni. Iphone dihidupkan. Tiada whatsapp yang masuk. Tiada miscalled. Kosong. Fakhri mengeluh.
“Itu pun nak marah. Gurau sikit je. Piyed lah tu.” Katanya sambil membaringkan dirinya di atas katil.
Ketukan di pintu mengejutkan Fakhri. Diam. Lagi sekali kedengaran ketukan yang tak berapa enak didengar. Dari gaya ketukan, dia sudah tahu siapa empunya badan.
“Bukak sendiri.” Tangannya laju menscroll twitter. Mana-mana tweet yang dirasakan cerdik di retweet. Yang lawak sikit pun retweet. Yang lawak banyak tu tak nak retweet. Yang Anna Khayalan punya pun retweet.
Huda masuk sambil memegang kucing berwarna hitam putih yang diberi nama Stokin. Fakhri yang bagi nama kat kucing tu sebab kucing tu pakai stokin di kedua belah tangannya. Ke kakinya? Dah lah stokin sebelah kiri pendek daripada sebelah kanan.
“Woi, stokin. Berapa kali aku nak pesan, pakai stokin betul-betul boleh tak? Ni pakai senget sebelah, awek lari tau kalau dia nampak.” Stokin yang diletakkan di atas katil digomol sehingga puas. Huda yang dari tadi berdiri sudah siap bersila di atas lantai. Nasib beralas carpet.
“Ye, Huda. Nak apa?”
“Mama. She told me to bring you to downstairs. It’s already dinner time.”
“Okay. Told to mama that abang dah kenyang. Makan hati.”
“Okay, then. If mama marah, jangan salahkan Huda.” Huda menutup pintu semula. Terdengar mama membebel dari bawah. Aku syak jiran sebelah mesti dengar jugak.
.....
Amira membetulkan cadar yang baru dipasang. Haruman Downy memenuhi segenap ruang biliknya. Sudah menjadi kebiasaannya, membasuh pakaian bersama dengan pelembut. Mamanya, Puan Yasmin selalu pesan, kalau pakai baju wangi, kita pun wangi, hati pun wangi.
Buku yang dibeli di Popular disusun di rak. Raknya hampir penuh dengan pelbagai genre buku yang dikumpul sejak sekolah menengah lagi. Dari novel cintan-cintun sampai ke buku fiksyen. Matang katakan.
Lagi satu, novel cintan-cintun yang dibaca dirasakan terlalu cliché nak dibandingkan dengan kehidupan sebenar. Kebanyakan jalan cerita sama sahaja. Kahwin paksa. Gaduh, pastu kahwin. Hek eleh sangat. Tapi, cerita ni takde. Kot.
Big Apple yang dibeli diletakkan di atas meja makan. Danial yang berada dipangkuan Nawwal didukung dan dicium sepuasnya. Danial merengek ingin dilepaskan. Amira ketawa kecil.
“Jangan lah macam tu, dik. Kesian Danial kau cium dia macam tu. Penyek pipi tembam dia dik oi.” Puan Yasmin yang berada di sebelah Encik Aziz bersuara. Encik Aziz hanya tersenyum melihat gelagat anak dan cucunya.
“Kesian anak kau wei kau perdajei macamtu. Penat aku jaga tau.” Luqman menjeling Amira.
“Amboi, awak sorang je ke yang jaga? Saya tak jaga?” Nawwal menyampuk. Semua tergelak dengan gurauan kasar Nawwal.
“Entah kan kak Nawwal. Dia cuma tolong susukan Danial aje, suruh basuh berak taknak.”
“Eehehehe, kta berdua jaga sesame. Kau diam dik. Kau tak tahu pape, kau diam.” Luqman menyiku pinggang Amira. Puan Yasmin memukul anak lelakinya kerana menyiku adik perempuannya sendiri. Ingat kan dah besar, kuranglah sikit bergaduhnya.
Iphone dihidupkan. Nama Fakhri dicari dan whatsaap segera dihantar.
Biadab punya budak. Nasib baik aku tak bocorkan tayar kereta kau.
Nak jadi gentleman bukan macam tu.
Tah pape lah, kau ingat kau hensem buat macam tu.
Aku mengaku kau hensem, tapi kalau kau buat macam tu lagi, kau memang tak hensem.
Lol. Sorry lah marah kau.
Hope you understand.
Bluetick. Amira meninggalkan Iphone nya di atas meja jepun. Terasa haus pulak menunggu whatsapp dibalas. Amira ada terbaca di twitter yang lelaki lambat balas mesej samada sebab tengah main COC, tengok bola atau tidur. Amira mengambil langkah untuk bersikap positif, mungkin Fakhri sedang tencing.
.....
Mata yang ingin tertutup ditahan. Tangan pantas menulis rancangan pelajaran di buku rancangan. Esok Fakhri merancang ingin mengajar anak muridnya memandangkan viva untuk pbs geografi sudah siap. Azamnya tahun ini adalah untuk mem’berjaya’kan anak-anak muridnya dalam STPM dan mengelakkan mereka dari mengulang paper.
Lagu Marvin Gaye- Charlie Puth ft. Meghan Trainor yang sedang berkumandang terberhenti sebentar, menandakan ada whatsapp masuk.
“Ah, aku tengah syok duet dengan Meghan time macam ni lah kau nak masuk. Aduduhh.” Pen diselit di celah telinga. Fakhri membetulkan spek matanya yang jatuh melurut dari hidung.
Whatsapp yang dihantar oleh Amira dibaca satu persatu. Fakhri mencebikkan bibir. Ingatkan dah tak nak kawan tadi. Part aku mengaku kau hensem membuatkan Fakhri ketawa terkekek-kekek. Bergoyang bahunya menahan ketawa memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
AKU MEMANG HENSEM.
Kau period eh? Tahu nak marah je.
Whatsapp segera dihantar. 2 minit kemudian, Iphone bergetar. Taknak buat bising malam-malam cenggini.
Kau memang kurang cerdik. BYE!- Amira.
Perutnya sakit menahan ketawa. Buku rancangan pelajaran ditutup dan suis lampu ditekan. Gelap. Kakinya melangkah ke arah bilik air dan suis lampu bilik air dihidupkan.
Period lah teww. See you tomorrow! Good Night! Jangan lupa tencing dulu. Send!