BAB 22

639 18 4
                                    

Tepat pukul 5 pagi, mata Fakhri automatik terbuka, terjaga dari tidur yang lena. Selimut pantas dicampak ke lantai, taknak diselubungi oleh kulit babi. Erghh. Selimut diangkat dan menyelimutkan isterinya semula memandangkan isterinya kelihatan kesejukan.

"Tulah ko, lain kali fikir orang lain." Katanya sambil duduk sambil bersandar di kepala katil. Jarinya bermain dengan rambut ikal mayang Amira.

Iphone dilihat. 376 mesej, datang daripada 8 buah group whatsapp. Alangkah bagusnya kalau boleh leave group tersebut, tapi tu lah. Jakgi dikata sombong. Ouch.

"Sembang kencang." Fakhri membuka satu persatu mesej yang dia dapat.

Selamat pagi, guru-guru~ -Pengetua.

"Uihhh, tu diaaaa pengetua wish gudmoning. Tu diaaaa." Jarinya pantas menaip mesej yang ingin dibalas kepada pengetua tercentak.

Selamat pagi, tuan haji.

Awal bangun.

Senyap. Tiada balasan. Takpe, dah biasa. Fakhri membuka mesej daripada Izaq, anak murid kesayangan merangkap adik angkatnya. Siapa tak sayang, dah lah rajin, baik hati, bertanggungjawab, hensem pulak tu dengan dia punya lesung pipi.

Cikgu, pekabo? Sihat tak? Cikgu Amira sihat?

Cikgu, dah tidur ke? Awalnya tidur.

Cikgu. Hmmm.

"Izaq, Izaq. Lain kali nak whatsapp ke apa ke, pastikan tengok jam dah pukul berapa. Ni pukul 2 awak bantai pergi whatsapp, dah sah-sah lah saya dah tidur Izaq oi." Fakhri menghantar rakaman suaranya kepada Izaq. Sebab dia tahu anak muridnya merindui dia.

Selesai Izaq, whatsapp dari Abrar dibuka.
"Hah! Seriously bro? Kau buat apa sampai ke sini?" Fakhri bersuara perlahan selepas membaca whatsapp dari Abrar. Abrar kata dia berada di Pangkor jugak, balik kampung. Ye, kalau dah jodoh tak ke mana.

.....

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi apabila Amira bangun dari tidur. Rambut yang sudah serabai serupa pontianak diikat. Matanya terkebil-kebil memandang Fakhri.

"Assalamualaikum, morning princess." Fakhri memeluk badan Amira dengan erat. Kan dah kata, harini mesti lebih romentik daripada hari semalam.

"Emm." Amira menikmati kehangatan pelukan Fakhri. Tak terdaya nak menjawab soalan suaminya. Salam cuma dijawab di dalam hati.

"Emm je? Mandi jom." Tangannya merayap ke baju Amira dan ingin membukanya.

Pantas Amira menghalang. "Eh dia yang nak mandi, kenapa nak bukak baju saya pulak. Amboi, gelenyar!"

"Haha. Ingat baju saya tadi. Aduii jom lah mandi. Dah nak subuh ni." Fakhri sudah membuka bajunya dan dicampak ke arah Amira. Sempat Amira mengelak.

"Ya Allah, mandi aje lah. Bukan ada hantu pun kat bilik air tu."

"Mandikan."

Amira tergelak dan akur sahaja dengan permintaan suaminya. Takpe, sekali sekala. Selagi ada, hargai. Nanti dah tak ada, baru reti nak menangis merindu. Ya Allah, ko tengok aku punya bahasa. Deep tak?

Fakhri tersenyum gembira. Yeay, Amira mandikan! Seluar yang hendak ditanggalkan dihalang oleh Amira. Langkah berjaga-jaga, taknak lihat pemandangan yang tidak berapa enak. Fakhri masuk ke dalam kubikel kaca jernih yang menempatkan shower. Pili air dipusing dan air sejuk terpancur keluar.

"Arghhhh sejuk! Masya Allah sejuknya sayang!" Fakhri menjerit kesejukan. Tangannya pantas menghulurkan sabun ke Amira, cepat sabunkan!

"Haha, itu pun tak tahan! Camne nak mandi perigi kalau mandi shower pun tak tahan." Amira mencapai sabun buku dan segera menyabunkan badan Fakhri. Sesekali belakang badan Fakhri dicakar manja. Sampai di ketiak, tangannya menggeletek dan membuatkan Fakhri menjerit sekali lagi.

.....

Amira keluar daripada bilik selepas selesai menunaikan Subuh. Fakhri yang tertidur dibiarkan. Nak keluar, ambil angin. Larikan diri daripada dunia yang sentiasa sibuk. Manusia yang semakin hari semakin lalai, tidak sedar yang kain kafan mereka sedang ditenun.

Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Amira mengemaskan balutan cardian di badannya. Pasir pantai yang dipijak sungguh dingin dan menyegarkan. Shawl yang berterbangan dibetulkan letaknya. Dah lama tak cium bau pantai. Kali terakhir dia jejak ke pantai adalah 1 tahun yang lepas, bersama sahabatnya, Fazira.

Amira memutuskan untuk melihat matahari terbit dan segera duduk di atas pasir tanpa beralas. Rugi rasanya tak ajak Fakhri tengok sunset. Takpelah kot, dia penat agaknya. Biar dia berehat.

"Zarith."

Amira yang sedang menikmati pemandangan terkejut. Sapa pulak yang tahu nama aku ni? Selama ni tak ada sesiapa yang panggil aku Zarith. Amira menggenggam kuat tangannya, bersedia untuk apa yang bakal terjadi. Kepalanya dipusingkan belakang.

"Weh, Zarith." Hadi yang entah datang dari mana terus duduk di sebelah Amira. Ya, Hadi seorang sahaja yang panggil dia Zarith apabila semua orang memanggipnya Amira. Hadi, saudara paling rapat dengan Amira.

"Weh, Hadi. Lama tak jumpa kau. Camne kau ada kat sini? Camne kau tau aku kat sini?" Amira teruja bila berjumpa dengan saudaranya sendiri. Sudah lama tidak berjumpa.

"Sabo,sabo. Aku tengah bercuti, travel sensorang. Aku dari hari Khamis haritu kat sini."

"So, camne kau boleh jumpa aku kat sini?"

"Kau lah kepoh, upload gambar kat ig serupa kau je sorang pasangan bahagia dalam dunia ni, siap dengan location sekali. Pastu pagi tadi, kau ada update kat twitter, kata nak lepak pantai. So, aku pergi lah pantai, nak jumpa kau."

Amira teringat pesan Fakhri pasal dunia sosial ni. Baru dia tahu kenapa Fakhri beria-ia nasihat, gunakan media sosial dengan betul.

"Ohhh." Itu je yang dibalas.

"Ohh je? Mana suami? Boleh aku kenal dengan dia. Haritu kan aku tak datang wedding kau." Hadi memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat sang suami si Amira. Namun hampa apabia orang yang dicari tiada di situ.

"Fakhri tengah tidur. Aku keluar senyap-senyap ni. Kejap lagi naik bilik lah. Ni kau travel sensorang, tak kerja ke? Oh, company atuk. Sukahati nak keluar masuk." Sama macam Fakhri. Spesis dia yang tanya soalan, dia yang jawab sendiri.

"Tulah kau. Atuk ajak kerja situ, kau taknak. Konon nak jadi cikgu. Tengok macam aku, sukahati nak cuti ke nak masuk ke."

"Lol sangat weh. Sekurang-kurangnya aku buat kerja, dapat gaji halal. Tak macam kau, makan gaji buta. Kerja tak seberapa, gaji nak tinggi."

"Hahaha, weh nak emo apehal? Kau kalau nak kerja kat company atuk tu, boleh je. Nanti aku bagitau atuk."

Amira menggelengkan kepala sambil tersenyum. Taknak lah, susah kerja bawah family ni. Amira sambung melihat pemandangan waktu pagi di tepi pantai. Hadi yang sibuk dengan iPhonenya dijeling sekilas.

"Busy sangat ke sampai taknak tengok ciptaan Tuhan ni?" Agak-agak dia terasa tak yang aku tengah nganjing dia.

"Eh, takde lah. Aku nak nombor kau. Bak sini nombor kau."

Amira pantas menghulurkan dompetnya kepada Hadi. Jenis yang lupa nombor telefon sendiri. Malas nak hafal, Amira selitkan nombor telefonnya di dalam dompet.

"Eh, aku mintak nombor telefon bukan nak mintak duit. Yang kau hulur dompet pasaipa?"

"Nombor telefon aku kat dalam dompet tu. Aku mana hafal nombor telefon aku. Eh, pukul berapa ni? Aku tak bawa phone pulak. Aku naik dulu lah, nanti Fakhri carik."

Hadi segera menyimpan nombor telefon Amira ke senarai kenalannya. Khusyuk sangat menyimpan sehingga tidak sedar dengan pemergian Amira. Hadi melilau mencari tuan empunya badan tetapi tidak dijumpai.

"Haihh macam mana nak pulangkan balik ni? Bilik dia pun aku taktau. Nak call, dia tak bawak phone pulak." Dompet Amira dimasukkan ke kocek sweater. Pasir yang melekat di seluar ditepuk halus dan snapback dipakai. Earphone disumbat ke telinga dan sambung berjoging.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAYANG AWAKWhere stories live. Discover now