BAB 11

673 32 4
                                    

Restoran kelihatan sedikit lapang apabila Fakhri dan Huda melangkah masuk ke dalam. Seorang pekerja datang dan mengambil pesanan mereka berdua. Selepas beberapa minit, Safarah muncul dari luar kedai. Dah bertudung. Cun macam Neelofa.

"Hai guys. Sorry lambat. Tunggu lama ke?" Safarah bersalam dengan Huda. Huda menyambutnya dengan hormat memandangkan jarak umur yang agak jauh.

"Eh, takde lah. Kitorang pun baru sampai ni. Safarah, jom lah breakfast sekali." Ajak Fakhri.

"Haah, kak Safarah. Jom breakfast sesama." Huda turut serta dalam mengajak Safarah. Safarah bersetuju dan memanggil pekerjanya untuk memesan makanan.

Huda melihat Safarah dengan teruja. Dah lah cun, ada restoran sendiri pulak tu. Senang nak ajak bincang ni, getus hati Huda. Gaya yang ditunjukkan Safarah adalah gaya seorang perempuan yang matang dan profesional.

"Akak dah lama bukak kedai ni?" Huda mengajak Safarah berbual memandangkan Fakhri hanya berdiam diri. Awkward lah tu.

"Baru je, Huda. Akak ingat Huda sekolah tadi. Tak sangka Fakhri ajak Huda."

"Harini Sabtu lah kak. Mana ada sekolah."
Makanan yang dipesan sebentar tadi sudah diletakkan di atas meja mereka. Fakhri segera membacakan doa sebelum masing-masing mula makan dengan senyap.

"Safarah, sebenarnya saya ajak jumpa ni ada benda yang nak dibincangkan. Kalau tak keberatan, boleh kita mula sekarang?" Tanya Fakhri ragu-ragu.

"Eh, boleh je. Cakaplah." Safarah sudah mula memberi sepenuh perhatiannya kepada Fakhri. Macam ada benda yang serious je.

Fakhri menarik nafas. "Sebenarnya saya nak bincang pasal rombongan meminang awak haritu. Saya dah fikir masak-masak dan saya tak boleh nak terima awak. Mungkin benda ni tak masuk akal bagi awak, tapi saya memang tak boleh terima awak. Saya dah ada orang lain. Hope you understand. I'm sorry."

"U buat keputusan terlalu cepat, Fakhri. U pasti u tak bolah nak teruskan?" Riak muka Safarah mula berubah.

"No, Safarah. I dah buat istikharah, minta petunjuk pada Allah and his answer is not you. Sorry."

"Apa i nak cakap kat family i, Fakhri? How?"

"Nak i jumpa Datin ke? Kalau u tak berani nak bagitahu hal ni, i boleh teman u jumpa Datin and your family. This is about our future, Safarah."

"I know that Fakhri. I'm sorry. I terlalu ikutkan hati dan perasaan i selama ni. I tak fikir pun pasal hidup u, i memang selfish Fakhi. Ya Allah, maafkan i Fakhri."

"No, u tak buat salah apa-apa. Dah takdir, nak buat macam mana. I yang patut minta maaf sebab tolak perempuan yang baik macam u."

"Hahaha, it's okey lah Fakhri. Nanti i cakap sendiri kat mommy i pasal ni. I cakap yang kita sudah ada pilihan hati masing-masing. Tapi, janji dengan i yang kita tak akan putus hubungan dan terus berkawan. Promise?" Jari kelingking nya sudah diangkat. Menunggu respon Fakhri.

"Yaa, i'm promise. You are always be my friend, Safarah. Banyak laki lain yang baik sesuai dengan u." Fakhri juga mengangkat jari kelingkingnya. Janji terpatri.

"Akak! Kenapa akak baik sangat ni? Nak nangis Huda, tengok akak kena reject dengan abang. Dah lah cantik, kena reject pulak tu." Huda memegang tangan Safarah.

"Eh, tak ada lah Huda. Nak buat macam mana, tak ada jodoh. Takkan nak adakan jugak? Dah lawan takdir Allah tu namanya. Nauzubillah minzalik."

"Ya Allah, kak. Akak boleh jadi kakak angkat Huda tak? Huda tak pernah ada kakak." Huda membuat muka simpati.

"Sure, Huda! Start from this moment, secara rasminya Diana Safarah menjadi kakak angkat kepada Huda." Safarah mengenyitkan matanya. Boekk!!

Selesai perjumpaan, Fakhri meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Safarah pula meminta izin dari Fakhri untuk meminjam adinya sebentar untuk dibawa berjalan-jalan. Actually, not jalan- jalan je, sekali dengan shopping. Kamon, perempuan kan!

.....

Ruang tamu rumah sunyi sepi. Tiada tanda-tanda bahawa ada orang di ruang itu. Kakinya menuju ke dapur. Mungkin ada di situ. Sesampai di dapur, hanya kelihatan sebuah periuk yang penuh berisi ketam masak lemak cili api yang berada di atas dapur masak.

"Mana mama ni? Bagi salam pun tak jawab. Takkan keluar kot. Dah lah tak kunci pintu. Bahaya betul mama ni." Hidungnya sibuk menghidu bau masakan mamanya.

Fakhri mengunci pintu utama dan terus naik ke tingkat atas. Mungkin mama ada kat bilik, fikirnya. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat ditolak perlahan. Kelihatan mamanya sedang berteluku di atas sejadah.

Fakhri duduk di atas katil. Menunggu salam terakhir mamanya. Mulutnya tersenyum apabila matanya bertemu dengan pandangan mata mamanya. Sayangnya aku kat perempuan ni!

"Hai, ma." Tegur Fakhri.

"Hai, bila balik. Mana Huda?"

"Baru je balik ma. Huda dengan Safarah pergi shopping. Maklumlah, kakak angkat baru. Baru nak mula kenal-kenal."

"Yeke? So, apa ceritanya ni?" Puan Ummi meletakkan tapak tangannya atas peha anaknya. Fakhri memegang tangan mamanya.

"Alhamdulillah, mama. Allah permudahkan. Fakhri ingat dia nak melenting, menjerit kat Fakhri. Tapi tak, ma. One more thing kan mama, dia dah berhijab. Cun macam neelofa!"

"Alhamdulillah, Fakhri." Puan Ummi memeluk Fakhri. Tak sangka Safarah sudah berubah. Hatinya bersyukur kepada Allah.

"Ma, jom makan. Lapar lah lepas nampak ketam masak lemak tadi." Fakhri menarik tangan mamanya keluar bilik dan pergi ke dapur.

Fakhri segera menyenduk masakan mamanya ke dalam mangkuk manakala Puan Ummi sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Doa makan dibacakan dan masing-masing mula makan dengan tertib.

"Ma, minggu depan masuk minang Mira jom?"

"Mama ikut je. Asalkan kamu bahagia dunia akhirat."

"Amboi. Mama serious lah ni mama nak hantar rombongan meminang Amira? Kalau mama serious, Fakhri boleh bagitahu Amira yang kita nak datang."

"Serious lah Fakhri. Benda baik jangan dibuat main-main. Kalau boleh, harini jugak mama nak pergi meminang"

"Eh rilek dulu mama. Cincin pun tak beli lagi. Saiz jari dia pun Fakhri tak tau."

"Nasib baik. Kamu nak hari Ahad  next week kan, sempat lah kamu beli cincin tu. Dua sekali, satu untuk merisik, satu untuk tunang."

"Okey, mama. Thanks for your advice." Kata Fakhri seraya bangun menuju ke sinki, membasuh pinggan yang kotor. Laju-laju dia melangkah ke bilik apabila baru tersedar yang dia belum lagi Zohor.

Korang, cerita ni best ke merepek? Apa? Best? Yeay, cayang dia.

Hah? Merepek? Takpe, cayang jugak.

SAYANG AWAKWhere stories live. Discover now