BAB 8

756 29 7
                                    

Iphone berbunyi menandakan ada whatsapp masuk. Dia tau mesej dari sapa. Sebab Fakhri sorang je, bunyi notification lain sikit. Special kan. Air mata yang mengalir di lap dengan tapak tangannya. Hingus yang meleleh dihembus dengan tisu. Padu bunyinya.

Kau kat mana? - Fakhri.

Air matanya menitis semula. Ya Allah, kenapa mesti dia?

Aku kat rumah. Kenapa?

Ohh. Ingat kat mamak tadi. - Fakhri.

Amira tercekik air liur sendiri. Macam mana boleh keluar ‘mamak’ pulak ni. Fakhri pakai guna-guna ke.

Kat rumah. Penat.

Kau okey tak ni? - Fakhri.

Okey.

Serious? - Fakhri.

Yes.

Amira hide lastseen. Data internet dimatikan. Myvi dipandu tanpa hala tuju. Amira sempat memberitahu papanya yang dia mungkin balik lewat sikit. Sikit je.

.....

City mengekori Myvi dengan jarak yang agak selamat. Fakhri risau yang mungkin Amira buat perkara diluar jangkaan seperti berlumba di highway dengan geng Myvi lain. Okey, itu gurau. Apa? Diam.

30 minit memandu, akhirnya Myvi berhenti. Kelihatan Amira keluar daripada perut kereta. Berjalan lemah menuju ke kerusi yang disediakan. Shawl yang dipakai dah serupa tuala mandi. Metafor.

Enjin City dimatikan. Bagi senyap sikit. Ramai orang yang berada di pantai malam ni. Satu kelebihan buat Fakhri untuk memerhatikan Amira dengan senang. Senang menyorok di celahan ketiak orang ramai. Main cak ba. Nombor Amira didail.

“Emm.” Suara Amira kedengaran perlahan.

“Are you okay?” Badannya disandarkan di sebatang pokok.

“Emm.”
“Auch! Eh eh, serious okay?” Mulutnya mengaduh selepas badannya digigit kerengga. Padan muka aku, sapa suruh sandar dekat pokok.

“Eh, kenapa tu? Aku okey lah, Fakhri. Kau ni dah kenapa terlebih caring pulak malam ni.”

“Takde lah. Aku cakap ni kau jangan marah tau. Tadi aku nampak kau dekat mamak, dengan mamat mana tah. Pastu kau duorang bergaduh. Aku tertengok. Bukan sengaja tengok, betul. Pastu aku macam kesian lah kat kau. Pastu aku terdiam lah.”

“Fakhri….” Suara Amira menggeletar. Tahan sedih agaknya.

“Ya, aku kat sini.” Fakhri datang, duduk di sebelahnya. Eii geram pulak aku tengok dia nangis camni, rasa nak peluk je. Redakan kesedihan dia. Tapi, penulis sempat berbisik ‘sabar Fakhri. Kahwin dulu, baru boleh.’

“How..?” Muka Amira menunjukkan yang dia sangat terkejut.

“I’m sorry. Aku ikut kau dari belakang tadi. Aku takut kau buat benda-benda pelik.”

“Haha, aku waras lagi Fakhri. Aku takkan buat benda pelik.”

“So, dah boleh ketawa, dah okey ke? Of course lah okey kan, kau dah tengok muka hensem aku.” Kata Fakhri sambil menyikat rambutnya dengan jari. Habis rosak rambutnya ditiup angin malam.

SAYANG AWAKWhere stories live. Discover now