Setelah mendapat persetujuan papanya, Encik Aziz, Amira dan Fakhri telah berjaya pindah ke rumah baru mereka. Kalau bukan kerana jarak yang dekat dengan rumah keluarga, Encik Aziz tidak sesekali membenarkan mereka berpindah. Pandai jugak Fakhri carik rumah yang strategik. Ye, aku tahu. Tu Fakhri yang cakap.
Rumah yang sudah siap dikemas dan diubah suai ditatap lama. Tak sangka angan-angan nak ada rumah sendiri, hias rumah sendiri dah pun tercapai. Tengok, jangan takut nak pasang angan-angan. Dengan angan-angan lah kita jadi bersemangat nak mencapainya. Kau tengok keluar bahasa falsafah aku.
Dengan langsir berwarna putih dan juga dinding yang berwarna putih, Amira rasa nyaman sekali. Ditambah dengan haruman bunga ros yang sengaja diletakkan di tengah meja kopi. Seksi tau letak ros merah 3 tangkai dat tengah-tengah ruang tamu. Bantal sofa ditepuk-tepuk bagi menghilangkan debu.
Selesai memgemas, Amira masuk ke bilik dan membersihkan diri. Fakhri yang sedari tadi tidur dibiarkan sahaja. Penat mengecat rumah tu. Barulah suami mithali yang hensem. Sebab apa hensem? Sebab dah sayang, nampak hensem lah.
Amira keluar dari bilik dengan bawal crepe hitam masih tersarung di kepala. Walaupun sudah masuk hari ke sepuluh berkahwin, Amira masih tidak biasa untuk membuka tudung di depan Fakhri. Walaupun dia suaminya, Amira masih malu.
"Oh, terlupa pulak." Amira segera berlari anak ke dapur. Mug yang baru dibeli di Ikea diambil dan dibasuh. Air panas dituang, dua sudu susu pekat dan dua susu milo dikacau bersama. Umph, harum.
"Hei, Fakhri. Bangun, dah nak asar. Tak elok tidur sampai petang. Bangun. Pi mandi." Peha Fakhri ditepuk lembut. Terpisat-pisat Fakhri bangun.
"Awak, tarik saya bangun. Penat sangat badan ni." Tangannya diluruskan ke depan. Minta ditarik, bangun.
"Hey, dah tak boleh bangun sendiri ke? Penat teruk? Ciannya dia. Meh sini saya tolong. Meh, tangan." Ya, perempuan. Walaupun dia membebel, dia tetap akan buat. Tak caya? Tengok ibu korang, sambil dia membebel, sempat dia masak, basuh pinggan. Hidup ibu!
Selepas berdiri berhadapan, Amira menarik tangan Fakhri. Sengaja Fakhri memberatkan badannya, mulutnya tersenyum. Dengan menggunakan tenaga yang ada, Fakhri berjaya ditarik bangun oleh Amira. Fakhri segera memeluk Amira dengan erat dan tindakan itu membuatkan isterinya terkejut.
"Let me hug you for awhile. I've been waiting for this moment. I don't even care how i met you, either coincident or fate. I will always loving you." Belakang Amira diusap. Dapat dirasa degupan jantung isterinya. Bersatu dengan degupannya. Allah. Allah. Allah.
"Saya bersyukur dapat kenal dengan awak. Thanks for being there, through thick and thin up, upside down. I will always loving you." Amira turut mengusap belakang Fakhri. Kepalanya didongakkan dan hidung Fakhri dicium.
"Eh, awak pendek kan sebenarnya? Awak tahu tak?" Pelukan dilepaskan. Bahu Amira dipegang dan matanya memandang tubuh dihadapnnya.
"Pendek itu comel. By the way, saya baru perasan awak ni tinggi jugak kan. Saya ingat awak katik." Berasid betul perkataan katik tu.
"Excuse me. Tinggi saya seratus tujuh puluh sembilan kalau awak nak tahu. Tak cukup tinggi ke tu? Tak cukup hensem?"
"Excuse me again, seratus lima puluh tujuh takde lah rendah sangat. Eee, dah lah mandi sana. Dah nak asar. Duk kira ketinggian bakpo." Badan Fakhri ditolak ke arah bilik tidur.
Fakhri menggeleng - taknak. Amira membuat gaya cubitan yang paling berbisa dia pernah rasa, cubitan ketam. Entah macam mana dia belit jari dia. Tak terkehel pulak.
.....
Amira yang sedang menonton televisyen diintai dari dapur. Perlahan-lahan Fakhri berjalan ke belakang sofa yang menempatkan Amira. Belum sempat bahu dicuit, Amira sudah berpaling ke belakang. Tindakan refleks Amira membuatkan Fakhri diam tak terkutik.
"Emm, saya dapat hidu bau awak lah Fakhri. Tu lah, lain kali jangan wangi sangat. Kan susah nak terkejutkan saya."
"Mana ada saya pakai minyak wangi. Pi sikit, saya nak duduk. Cerita apa yang awak tengok ni? Tak best langsung." Kata Fakhri seraya duduk di sebelah Amira. Tanggannya diletak di atas bahu Amira.
"Tak pakai perfume pun tetap wangi. Tu yang sayang lebih tu. Cerita apa pun saya tak tau. Astro ni memang kerja dia nak ulang tayang je."
"Apa? Sayang lebih? Saya pun sayang awak jugak." Pucuk hidung Amira dicium. Sweetness detected!
Mereka berdua mendiamkan diri apabila mata melekat di televisyen, menonton cerita Pagar Sesat Percubaan Scorch walaupun sudah dilihat di pawagam suatu ketika dahulu.
"Awak, taknak bukak tudung ke? Tak panas ke? Bukan ada sesiapa pun kat sini. Ada saya je ni hah." Tanya Fakhri tiba-tiba. Pandangan matanya sudah tidak lagi di kaca televisyen, ianya telah berpindah ke Amira.
"Errr.. emm.. b..bukan saya taknak, tapi.."
"Dengan saya buat apa nak malu. Tak dosa pun, dapat pahala lagi tu. Izinkan saya." Tudung Amira ditarik perlahan-lahan. Tersanggul kemas rambutnya.
"Awak.. malu lah saya." Amira menyorok di pangkuan Fakhri. Sehabis boleh nak disorokkan mukanya. Bukan mukanya, tetapi rambutnya.
"You're so beautiful. Kenapa nak malu?" Tangannya gatal nak leraikan ikatan sanggul rambut isterinya.
"Jangan buka sanggul saya, awak."
Walaupun ditegah oleh Amira, Fakhri tetap meleraikan ikatan sanggul isterinya. Rambut hitam pekat dan ikal mayang dipegang dan disisir menggunakan jarinya. Harum baunya."Awak tengok saya buat apa. Tengok lah cerita tu. Meh sini getah rambut saya, rimas lah macam ni."
"Tak payah ikat. Biarkan lepas macam ni. Cantik , wangi. Lepas ni dah tak payah pakai tudung dalam rumah. Saya nak tengok awak macam ni. Lapang dada saya."
"Sekarang ni saya nak ikat rambut saya. Rimas tau rambut saya ni. Meh sini getah rambut saya." Amira menadah tapak tangan. Meminta barangnya dipulangkan semula. Fakhri memulangkan semual getah rambutnya dan berjalan masuk ke bilik.
Merajuk?
Ya, merajuk.
Merasa dirinya bersalah, Amira mengikut jejak suaminya. Habislah kalau suami terasa hati. Badan Fakhri dipeluk dari belakang. Badan digoyangkan ke kiri dan kanan. Seolah berbuai.
"Maafkan saya, Fakhri." Kata Amira perlahan.
"Awak tak buat salah pun, sayang. Saya penat, nak tidur." Fakhri melepaskan diri dari pelukan Amira. Segera dibaringkan badannya di atas tilam. Comforter ditarik menutup seluruh badan. Betul, merajuk!
Perlahan-lahan Amira masuk ke bawah comforter, mencari wajah suami tercinta. Comforter ditarik, bagi udara masuk. Dahi Fakhri dicium. Amira menyentuh hidung Fakhri dengan hidungnya. Berbisik perlahan.
"Sorry for my mistake." Seraya memeluk badan sasa suaminya. Fakhri tersenyum.
"Awak sebenarnya sengaja kan buat-buat merajuk. Pujuk cara ni jugak baru jalan." Perut Fakhri dicakar perlahan. Terhibur dengan cara Fakhri yang minta untuk dipujuk.
Amira ditarik masuk ke dalam pelukannya. Hidungnya bertemu hidung Amira. Wangi. Comforter ditarik semula, menutupi seluruh badan. Dan berbahagialah mereka berdua. Apa? Buat apa dalam comforter? Tidur lah. Takkan main geletek ketiak pulak. Tapi tulah.