Amira membuka ikatan shawl dan rambutnya dilepaskan. Badannya dibaringkan di atas katil. Hawa yang dingin daripada air-cond membuatkan matanya menjadi kuyu. Ngantuk plus penat! Harini dia buat kelas tambahan memandangkan anak didiknya sudah mahu menduduki peperiksaan.
"Masya Allah, penatnya. Ni kalau repeat jugak, aku tak tahu nak cakap apa." Kakinya diangkat lurus. Meregangkan otot yang terasa ketat. Pehh, bisa.
Amira sempat mengerjakan solat Zohor di sekolah tadi. Perutnya yang lapar dibiarkan sahaja memandangkan diri dia sendiri sudah malas tahap cipan. Matanya dipejamkan.
Tiba-tiba iPhone berbunyi. Jantungnya berdegup kencang kerana terkejut."Sapa whatsapp tengahari buta camni. Nak rehat pun tak senang. Kacau!" Mulutnya mengomel sendiri tapi jarinya masih menekan ikon whatsapp.
Fakhri. Rindunya kat mamat ni. Eleh, baru sehari tak jumpa, kata otaknya. Hatinya pula berkata, memang lah hari-hari jumpa, tapi tak selalu bertegur. Kau ni kenapa. Hah marah marah.
Awak, Ahad minggu depan saya hantar rombongan meminang. -Fakhri.
Amira terkejut. Tapi tak sangat. Sebab dia pun tahu yang Fakhri ingin meminangnya. Tangannya segera menaip.
Awat awai sangat? Terkejut saya.
Benda baik kena lah dicepatkan awak oi. Don't forget to tell your family. -Fakhri.
Okay, i'll inform them later. Don't worry too much.
Lol. Okey lah, got to go. Love you! -Fakhri.
Amboi, belum apa apa lagi dah love you. Amira tersenyum sendiri. Matanya kembali dipejamkan. Tidurlah, mana tahu nanti bangun dah selamat jadi tunangan orang. Eh gatal eh kau perempuan!
Amira sempat berfikir, kenapa dia sanggup berkahwin dengan Fakhri. Sedangkan dulu dari sekolah menengah sampai lah masuk ke alam universiti, asyik bergaduh je. Bukan bergaduh bertumbuk, tapi bergaduh mulut. Sampai satu tahap, Fazira atau Abrar terpaksa memberhentikan pergaduhan tersebut.
"Gaduh gaduh, nanti kahwin."
"Jangan benci sangat, nanti jatuh suka."
Ada satu hari tu, Fakhri sengaja meletakkan lipan getah ke dalam purse Amira. Amira menangis terkejut apabila dirinya diusik sebegitu. Bukan dia nak sangat menangis sebab takut, tapi sebab geram yang amat dekat Fakhri. Fakhri berasa amat bersalah selepas kejadian itu.
Amira mula menjauhkan diri daripada Fakhri dan tidak lagi bergaduh. Kawan-kawan yang satu kelas dengan mereka perasan akan perubahan Amira dan Fakhri. Abrar mencadangkan supaya Fakhri meminta maaf kepada Amira. Amira dengan senang hatinya menerima maaf dari Fakhri dan keadaan pulih seperti sedia kala.
Sejak itu, Fakhri sudah berhenti bergurau kasar dengan Amira. Hubungan mereka bertambah rapat sampai satu tahap tiada rahsia antara mereka; kentut bersepah. Kekadang, Fakhri selamba kentut depan Amira dan Amira selamba sendawa depan Fakhri. Sebab tu masing-masing rasa sayang.
Amira tersenyum sendiri. Bersyukur dia sebab kenal dengan seorang makhluk Allah, Fakhri Aiman yang kadangkala menyenangkan dan menyakitkan hati. Tak sabar rasanya sehidup semati dengan insan yang disayangi. Aww!
Ketukan di pintu mematikan niat Amira untuk tidur pada tengahari itu. Dia tahu tu mesti abangnya, Luqman. Gaya ketukan yang menjengkelkan bagi sesiapa yang mendengarnya.
"Dik, nak ikut abang pergi tengok movie tak?" Jerit Luqman di sebalik pintu. Kot ye pun takyah lah jerit, itu pintu kayu bukan pintu batu.
"Movie apa? Penat lah bang."
"The Maze Runner Butter Scotch !"
"Merepek ah kau bang. Mana ada butter scotch. Nak pergi dengan sapa je?" Amira membuka pintu biliknya. Luqman menjongketkan keningnya.
"Abang, kak Nawwal, Danial anddddddddd guess what?"
"What?"
"The best man i've ever met, Fakhri Aiman! He will join us."
Amira terdiam. Nak suka ke nak nangis ni? "What? Abang ni memandai je ajak dia kenapa?"
"Kau nak ke tak?"
"Nak! 30 minutes!" Kata Amira sambil menutup pintu semula.
Luqman sudah tersenyum. Nawwal membuat thumbs up. Hehehe, saja bagi budak dua tu dating.
.....
Ramai orang yang sedang beratur untuk membeli tiket. Amira mengambil kesempatan untuk membeli sedikit popcorn. Actually, 2 bekas untuk diri dia seorang dan hanya sebekas untuk abangnya. Fakhri? Beli sendiri.
Fakhri dalam diam mengeluarkan iPhone nya dan merakam pergerakan Amira. Fakhri tersenyum sendiri. My beauiful angel!"What are you doing, Fakhri Aiman?" Amira memandang ke arah iPhone Fakhri.
"Nothing. I cuma nak simpan gambar kesayangan i je. Tak boleh?"
"So funny lah u ni. Dah lah jom abang Luqman dengan kak Nawwal dah tunggu tu. One more, ingat sweet ke kau buat camtu?"
"Ahh biadab. Aku nak simpan gambar kau pun tak boleh. Harini je kau nampak cantik. Hari lain tak cantik. Bagilah aku peluang nak save gambar kau banyak-banyak."
"Kohajo kata aku tak cantik. Hello, aku sentiasa cantik dan sentiasa panas. Hot gituu. Grr."
Fakhri terbatuk. Masya Allah kenapa lah dia punya tahap confident begitu tinggi menjulang. Nasib baik sayang. Danial yang berada di pangkuan Luqman didukung. Diagah-agah.
"Nanti boleh lah jaga anak sendiri kan sebab dah boleh main dengan anak aku ni." Luqman saja mengusik bakal adik iparnya.
"Haha, aku memang pandai jaga budak okey. Kau je tak tau." Bibir Danial dicium. Emm wangi. Scent from heaven.
"Eh jom masuk, dah nak start movie dah ni. Cepat." Nawwal menarik lengan suaminya masuk ke pintu depan pawagam.
Amira segera berjalan beriringan dengan Fakhri. Sempat matanya menjeling ke arah Fakhri. Jelingan dibalas dengan senyuman. Aww......
Fakhri meminta izin untuk meminjam Amira daripada abangnya. Luqman memberikan kebenaran dengan syarat hantar adik aku balik sebelum pukul 7 petang kalau tak habis aku kerjakan kau. Hah gituu.
Amira yang berada di sebelahnya hanya diam seribu bahasa. Kekenyangan mungkin lepas bantai popcorn 2 bekas. Nasib baik muka cun, tak cemberut.
"Awak, cari cincin jom?" Tanya Fakhri sebaik sahaja matanya tertancap di sebuah kedai barang kemas.
"Eh seriously u nak beli sekarang?" Amira terkejut dan nasib baik tak terkentut.
"Serious lah awak oi. Jom lah, nanti dah sekolah takde masa pulak awak nak keluar." Fakhri sudah masuk ke dalam kedai tersebut.
Amira hanya menurut di belakang Fakhri. Matanya tidak lepas dari memandang kesemua barang kemas yang terpamir. Air liur ditelan saat matanya terlihat akan harganya. Padu!
"Macam mahal je?" Amira berbisik. Takut orang dengar.
"For you, Amira." Fakhri mengenyitkan mata.
Fakhri meminta untuk melihat beberapa bentuk cincin yang dipamerkan. Sesekali cincin diangkat dan ditunjuk ke Amira. Minta pendapat. Amira akan menggeleng apabila cincin tidak berapa cantik atau harga yang terlalu tinggi."Awak, yang ni cantik and affordable. So, i choose this one."
"Okey, kalau macam tu. Lagi satu biar saya pilih."
"Awa.."
"Syhh. Jangan cakap membazir. Saya mampu, saya beli. Okey."
"Hmm."
Dengan kata putus dari Fakhri, mereka keluar dari kedai barang kemas tersebut. Masya Allah, tak sabar nak tunggu hari Ahad ni! Kalau boleh nak bersanding hari tu jugak!