BAB 5

786 22 0
                                    

Amira segera bangun apabila jam menunjukkan pukul 5 pagi. Tangannya mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Badan yang lemau terasa segar apabila terkena simbahan air sejuk dari shower. Sabun lavender membuatkan lagi diri Amira berasa segar dan nyaman.

"Wangi nya aku. Macam puteri raja wanginya. Ahaks!" Baju kurung moden yang mamanya jahitkan disarung di badannya. Sepasang kurung moden berkain timpah berwarna merah bata. Kosong tiada corak. Telekung di penyidai disarungkan di atas kepala dan Amira menunaikan solat subuh.

Selesai solat, tangannya mengambil Iphone yang dari malam tadi terletak di atas meja belajar. Whatsapp dari Izaq. Izaq? Whatsapp dari Fakhri. Mulutnya mengukir senyuman.

Period lah teww. See you tomorrow! Good Night! Jangan lupa tencing dulu. -Fakhri.

"Pehh biadab. Memandai je kata aku piyed. Mulut takde insurans betul lahh. Kau ingat kau comel ke eja kencing jadi tencing? Dah jadi cikgu pun masih tak reti eja." Ngomelnya seorang diri.

Pukul 6.30, Amira turun ke dapur. Kelihatan mamanya dan kak Nawwal sedang menyiapkan hidangan untuk sarapan. Danial yang berada di pangkuan Luqman diacah acah. Emm, omey angat.

"Good morning everyone!" Amira menyapa ahli keluarganya.

"Kau ni tak reti bagi salam kemamanyap ketuk pintu dulu ke. Main terjah aje. Untung abang kau takde sakit jantung ke, gout ke, sengguggut ke."

"Ye lah. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh wahai hamba Allah sekalian."

"Bagus bagus. Dah sekarang ni kau pegi sekolah. Dah pukul berapa ni?" Luqman menolak Amira ke pintu dapur.

"Ek eleh kejap ah. Aku nak breakfast pun tak boleh. Kecoh ah mamat ni, en mama? Mama dulu masa mengandungkan dia ni mesti mama tertelan mikrofon en? Sebab tu mulut dia bising aje tak reti diam." Kata Amira sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Abang kau ni memang, entah lah makan bontot ayam banyak sangat kot. Tu yang cerewet je manjang." Puan Yasmin sengaja mengusik anaknya. Semua yang ada di dapur tertawa dengan lawak hambar Puan Yasmin. #hambaruddin

Selesai bergaduh dan bersarapan, Amira menyalam semua yang ada di dapur sebelum keluar dengan berkaki ayam. Abang yang tak berguna langsung suruh aku keluar ikut pintu dapur, kasut dah lah kat depan.

.....

Kelas yang hingar-bingar menjadi senyap sebaik sahaja Amira masuk ke kelas. Masing-masing mengeluarkan buku Ekonomi Malaysia untuk penggal 3 ini. Pbs ekonomi yang telah siap pada minggu lepas secara keseluruhannya membuatkan para pelajar kembali ke dunia asal. Dunia dimana perlu kembali ke buku teks dan mengulangkaji.

"Exam dah nak dekat. So, kita buat ulangkaji je. Cikgu bagi soalan, awak jawab dalam masa yang ditetapkan. Then, kita bincang sama-sama. Okay, anak-anak?" Koleksi soalan STPM dibuka dan disalin di atas white board.

"Okay!" Bersemangat para pelajar menjawab.

Keadaan kelas menjadi senyap. Hanya kedengaran bunyi bilah-bilah kipas yang laju berputar. Sesekali terdengar bunyi pelajar terbatuk kecil. Ada juga bunyi pelajar menarik nafas dalam keadaan hidung tersumbat. Hingus mungkin.

Amira kembali duduk di meja guru dan melihat ke sekeliling kelas. Terasa bosan pulak nak tunggu budak-budak jawab soalan. Kepala nya diletakkan di atas meja kerana sudah mula rasa mengantuk. Keadaan cuaca yang panas dan jam pun sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari mnejadikan matanya berat semacam.

"Are you done?" Tanya Amira sambil anak matanya melihat Izaq yang sedang khusyuk menulis.

"Yes." Semua pelajar menjawab secara serentak.

"Bagus. Saya bagi soalan ni kat awak semua pun sebab saya nak elakkan awak dari mengantuk. Okay, sekarang kita bincang jawapan sama-sama. Izaq, jawab soalan 1 ni. Boleh?" Marker pen sudah bertukar tangan.

Izaq bangun dan pergi ke hadapan whiteboard. Jawapan ditulis dengan baik dan kadangkala dia berhenti menulis. Amira dipandangnya. Nak minta kepastian samada jawapannya betul ke tidak. Amira sekadar tersenyum simpul.

Sesi berbincang jawapan diteruskan sehingga jarum jam menunjukkan pukul 1.10 petang.Sudah tiba waktu balik. Para pelajar mula mengemas segala buku dan alat tulis. Izaq sebagai ketua kelas memberi ucapan terima kasih kepada Amira.

Sesampai di bilik guru, beberapa orang guru sahaja yang tinggal. Mungkin yang lain sudah balik. Termasuk Fakhri. Harini dia langsung tak bertegur dengan Fakhri. Masih marah dengan loyar buruknya semalam.

Amira meletakkan barang-barangnya di atas mejanya. Matanya tertancap di nota tulisan tangan yang terlekat di meja. Cantik, kemas tulisannya. Amira membacanya tanpa syak.

Awak marah saya ke? - Fakhri.

Amira tersenyum. Sticknote itu diambil dan disimpan di buku diari nya. Amboi, sukanya! Eh, salah ke aku suka kawan aku? Hatinya bersoal jawab. Amira pantas meninggalkan bilik guru selepas berpamitan dengan guru yang tinggal.

p/s: Mungkin tiada update untuk hari-hari yang seterusnya memandangkan penulis ada exam STPM. So, wish her luck. Insya Allah cerita akan di'update' selepas penulis habis exam. See ya!

SAYANG AWAKWhere stories live. Discover now