City diletakkan di tempat letak kenderaan bawah tanah. Kereta tidak terlalu banyak harini memandangkan harini hari Isnin. Ramai yang bekerja. Fakhri menangkap gambar tempat keretanya berada.
Maklumlah, harap je hensem tapi pelupa.
Fakhri dan Amira melangkah ke escalator. Mata Fakhri melilau ke setiap ceruk Aeon Mall itu. Mana tahu sangkut awek cun satu, boleh buat bini. Ah, takde yang cun. Amira jugak yang cun. Getus hatinya. Fakhri tersenyum sendiri."Engko kenapa sengih sensorang? Gila?" Amira meninggalkan Fakhri di luar Popular setelah menanyakan soalan tak berapa cepumas sangat.
"Pehh, biadab. Nak ditampar anak orang pulak." Kata Fakhri sambil menggosok tengkuknya. Fakhri mengekori Amira dari belakang. Sesekali Amira menoleh ke belakang dan memberi senyuman paling manis kepada Fakhri.
Selesai membayar, Amira keluar dan kakinya melangkah menuju ke Starbucks. Fakhri lagi sekali ditinggalkan di belakang. Lelaki memang selalu kena tinggal ke macam mana?
Semasa berjalan, Amira terserempak dengan Izaq. Meen pun ada sekali. Izaq masih berbaju kemeja dan bertali leher. Smart sentiasa. Meen juga masih berbaju kurung dan bertudung hitam. Fakhri dibelakang tidak berapa jauh daripada Amira segera masuk ke KFC, tidak mahu dirinya kelihatan oleh anak muridnya.
"Cikgu, assalamualaikum." Meen bersalam dengan Amira. Izaq sekadar menundukkan kepala dan tersenyum. Kelihatan lesung pipi yang molek terletak di kedua pipinya.
"Waalaikumussalam. Kamu berdua? Kat sini? Buat apa?" Tanya Amira. Berterabur.
"Oh, kitorang dari Popular tadi, singgah Starbucks jap. Kitorang berdua je lah. Dating ramai-ramai tak best. Cikgu sorang aje ke?" Berterus terang betul anak murid aku ni.
"Cikgu.. tadi.. Haah, cikgu sorang je." Kata Amira selepas menoleh ke belakang. Fakhri sudah hilang. Bertuah punya budak.
"Betul ke sorang? Ke dengan pakwe cikgu ni? Kenapa pandang belakang, pakwe cikgu hilang ke?" Izaq berloyar buruk. Meen ketawa kecil.
"Hai, korang! Eh, cikgu Amira pun ada?" Fakhri yang tiba-tiba muncul membuatkan Amira terkejut. Izaq bersalam dengan cikgunya, Fakhri.
"Hai, cikgu. Haah, cikgu Amira pun ada jugak. Kitorang terserempak dengan cikgu tadi. Tu yang berborak kejap, teman cikgu Amira. Kesian, pakwe cikgu hilang." Jawab Meen. Matanya melilau mencari jejaka yang bertuah mendapat Amira, cikgu kesayangannya.
Fakhri terbatuk. Geli sampai ke ulu hati. Oh, pakwe cikgu korang hilang.. Sebenarnya, cikgu kesayangan korang ni takde pakwe. Dia ni lone ranger. Nampak je cun, tapi tak available. Dalam hati, Fakhri sempat mengutuk kawan baiknya.
"Gitu ke? Tak pelah. Korang teman cikgu Amira. Cikgu nak balik ni. Kucing cikgu dah call tadi, lapar katanya. Bye." Fakhri segera meninggalkan Amira bersama kedua anak muridnya. Izaq dan Meen membalas lambaian Fakhri.
.....
City dihidupkan dan segera Fakhri memandu keluar daripada parking underground itu. City diberhentikan di depan pintu utama Aeon Mall. Tangannya pantas menaip mesej dan dihantar ke Amira.
Cik, sila pergi ke pintu utama sekarang.
Aku bagi kau 5 minit dari sekarang.1 minit kemudian. Tidak berbalas.
Mir, cepatlah. Aku nak tencing ni.
Woi, mir. Lagi 2 minit kau tak sampai aku tinggal.
Sampai hati bluetick aku.
Ketukan di tingkap mengejutkan Fakhri. Iphone yang dipegang hampir tercampak. Nasib baik tangannya pantas menangkap. Kalau tidak, menangis tak berlagu sebab Iphone crack. Kelihatan Amira sudah membuat thumbs up. Gerak mulutnya mengatakan padan muka.
Amira menyuruh Fakhri membuka lock pintu. Angin yang kuat di luar menyebabkan shawl yang dipakai beralun-alun. Amira begitu rimas kerana tangannya sudah penuh dengan barangan yang dibelinya. Sabar yang ditahan sudah sampai ke puncaknya. Kakinya menendang sisi City.
Fakhri segera membukakan pintu untuknya.
"Awak ni lain kali kalau marah sangat jangan lah tendang kereta saya. Nanti calar, awak nak bayar ke?" Kata Fakhri sambil melihat Amira yang sedang meletakkan barangannya di bahagian belakang kereta.
Amira mendiamkan diri. Seat belt dipakai. Krik-krik jap. "Tadi kata nak tencing, cepatlah jalan."
Fakhri menggigit bibir bawahnya. Haiyaaa. Anak orang dah marah. City dipandu dengan cermat dan sesekali mulutnya mengatakan sorry apabila tidak sengaja melanggar lubang di jalan raya.
Amira di sebelah sekadar memejamkan mata. Malas nak layan. Bertuah punya budak. Dah lah tinggalkan aku. Suruh bukak pintu pun susah. Nak cakar, anak orang pulak. Sabar, jangan bukak mata. Jangan jawab apa yang dia tanya. Nanti kat rumah, siap kau aku balas.
Amira membuka matanya setelah merasakan kereta tidak lagi bergerak untuk masa yang lama. Rumahku syurgaku! Amira membuka pintu dan menurunkan barang-barangnya. Mulutnya mengucapkan terima kasih tanpa melihat ke arah Fakhri.