BAB 17

736 26 1
                                    

Fakhri terjaga setelah mendengar alarm yang menjerit minta dimatikan. Matanya digosok-gosok bagi clear sikit pemandangan. Suasana yang gelap menyebabkan matanya tidak dapat menangkap sebarang imej yang menunjukkan bahawa dia di mana. Tangannya segera mematikan alarm. Pukul 5.00 pagi. Dengan berbekalkan lampu skrin iPhone, baru dia tahu yang dia sekarang ada di rumah barunya.

Fakhri berdiri perlahan-lahan dan menuju ke suis lampu. Matanya dipejamkan kerana silau menerima cahaya. Fakhri terkaku apabila melihat Amira sedang terbaring melingkar seperi seorang bayi. Kaki dah disorok dalam skirt, tangan dipeluk menunjukkan yang dia sedang kesejukan.

"Masya Allah, Fakhri. Tak gentle nya hang pi biaqkan dia tidoq sensorang ataih lantai. Ya Allah, ampunkan dosa hambamu. Kesian dia hang buat lagu tu." Fakhri membebel seorang diri. Segera dia berlari ke bilik, mengambil selimut di dalam almari. Badan Amira diselimutkan.

Sementara menunggu azan Subuh dan Amira untuk bangun dari tidur, Fakhri mengambil kesempatan untuk mengambil seberapa banyak gambar Amira yang sedang.

"Jangan! Kejut harimau yang sedang tidur." Mulutnya menyanyikan lagu Polis Evo sambil berbisik. Takut Amira terjaga. Iphone diletak dalam mood silent. Banyak gambar yang Fakhri rakam dan gambar tersebut disimpan. Gambar yang dirakam dilihat satu persatu. Masih elok letak tudungnya walaupun semasa tidur.

Bosan menunggu Amira untuk bangun dari tidur, Fakhri baring semula di atas sofa. Ikon twitter ditekan, refresh. Banyak notification dan direct message (dm) yang masuk, masing-masing mengucapkan tahniah dan tahniah.

*scroll*

"Ish dia ni tak habih-habih nak attention. Kalau macam bagi info berguna like #asingkan ke takpe jugak. Ni pergi kutuk-kutuk negeri orang. Tak bertamadun."

*scroll*

"Anep ni kekadang dia punya tweet berguna, kena padu dekat hati. Tapi kekadang. Ish tak nak cakap."

*scroll*

"Eh, dia pun dah kahwin jugak. Pehh, lagi gempak dari aku punya wedding ni. Ish ish ish membaziaq!"

*scroll*

"Ijoy ni betul ke awek dia Tasha Manshahar. Rasa diperbodohkan pulak. Eh?"

Amira membuka matanya apabila telinganya terdengar suara Fakhri yang membebel seorang diri. Seram jugak oh memula ingat dia gila ke apa pepagi cakap sensorang. Perlahan-lahan Amira bangun, pergi serapat yang boleh dengan muka Fakhri. Cup!

"Morning prince charming." Bisik Amira selepas mencium pipi Fakhri.

Hampir terlepas iPhone di tangannya. Fakhri terkejut yang amat sehingga tiada satu patah perkataan yang keluarkan mahupun uh atau eh. Fakhri memandang Amira dengan mata yang membulat.

"Izinkan saya menjadi pencuri hatimu. Let's go, Subuh. Eh, kat rumah ni ada telekung kan." Amira mengambil iPhone Fakhri dan diletakkan di tepi.

Fakhri tersenyum dan mengangguk. Masya Allah, nikmat dunia. Biarlah Ijoy dengan Tasha, biarlah Aizat dengan Meen. Asalkan aku ada dengan Amira, Amira sentiasa ada disisi aku. Tu dah cukup.

.....

Dengan memakai baju yang sama, Fakhri membawa Amira ke sebuah restoran mamak untuk bersarapan memandangkan tiada bahan untu memasak. Nasib baik mandi, cuma baju je yang sama. Selesai bersarapan, Fakhri menuju kembali ke rumah keluarga mertuanya, rumah Amira.

Saudara-mara sudah balik ke rumah masing-masing memandangkan ianya hari bekerja. Di rumah kini hanya ada Nawwal dan mak mertuanya. Danial kelihatan sedang berada di dalam 'walker'.

SAYANG AWAKWhere stories live. Discover now