Puan Ummi dan Encik Wafey sudah duduk di ruang tamu rumah kepunyaan Encik Aziz. Puan Yasmin keluar dari dapur dengan membawa sedikit makanan dan minuman. Encik Aziz bercadang ingin berbincang tentang hal perkahwinan anak-anak mereka.
"Saya rasa kita buat majlis tunang dengan akad nikah sekali lah, Wafey Awak rasa macam mana?" Encik Aziz wakil kepada Amira bertanya.
"Bagus jugak macam tu. Boleh berjimat. Tak payah keluar kos banyak sangat, kan sayang?" Encik Wafey memberikan pendapat sambil matanya melihat ke arah isterinya, Puan Ummi.
"Saya pun setuju jugak, Aziz. Bagi saya, asal dah bernikah tu dah cukup dah. Cuma buat kenduri selamat sikit. Tapi, takpelah. Kita buat majlis jugak. Dapat bersedekah sekali kan?" Puan Ummi bersuara.
"Kann Ummi, saya pun fikir macam tu. Abang, dah bagitahu budak-budak ke pasal benda ni?" Peha Encik Aziz ditepuk perlahan. Puan Yasmin risau jika anak-anak mereka tidak dapat menerimanya.
"Insya Allah, diorang setuju. Benda baik, jangan dilambat-lambatkan."
Perbualan diteruskan sehingga ke lewat petang. Encik Wafey dan Puan Yasmin segera meminta diri untuk pulang setelah berpuas hati dengan perancangan dari kedua belah pihak. Takut maghrib atas highway nanti!Sesampai di rumah, kelihatan Fakhri sedang berlengeng dengan kain pelikat sahaja, duduk di sofa. Menonton tv-cerita apa, tak tahu. Huda duduk di sofa bertentangan dengan abangnya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, mama papa dari mana ni?" Tanya Fakhri. Tangannya memegang cushion, menutup bahagian dada. Eh dengan Huda tak malu, dengan parents sendiri malu? EH?
"Dari rumah Amira."
"Hah, buat apa pi sana mama?"
"Mama papa dah bincang dengan parents Amira, yang kami nak satukan majlis pertunangan dan majlis pernikahan pada hari yang sama.""What? Are you even serious?"
"Kamu nampak mama ni main-main ke? Dah lah, mama nak naik. Berlengas dah badan mama ni." Puan Ummi segera melangkah ke atas. Sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang.
.....
Amira yang sedang menyuap mee ke dalam mulut tersedak apabila mamanya memberitahu bahawa majlis pertunangan dan pernikahan akan disatukan. Real jugak rasa tersedak mee ni! Sakit hidung.
"Dah kenapa kamu ni tersedak? Terkejut sangat ke?"
"Eh, takde lah mama. Amira okey je." Amira cuba cover. Padahal hati dah berdegup kencang, terkejut hampir terkentut.
"Hah, bagus lah macam tu. Tadi petang parents Fakhri datang. Kami dah berbincang dan tetapkan tarikh untuk majlis kamu."
"Tu diaaaa. Berapa tarikh dia?"
"21 November. Awak ada masa 1 bulan lagi nak siapkan semua keperluan majlis. Mama dengan papa akan uruskan baju, khemah, catering and tetamu. Kamu berdua just settlekan hal hantaran, door gift and so on." Mak aihh! Kejap je lagi.
"Tu diaaaa. Bukan sebulan lagi mama, tinggal 26 hari lagi ni. Mana sempat nak tempah baju apa semua. Ottokae?"
"Pasal baju tu, biaq mama dan kak Nawwal yang uruskan lah. Kamu just bagi ukuran dan design yang kamu nak. Tahu lah mama nak buat apa."
"Masya Allah. Cepatnya. Okey okey bertenang Zarith Amira. Benda boleh settle kalau kau bertenang. Mama, thanks for everything." Amira memegang tangan mamanya. Tiba-tiba sebak di dada.
"It's okey sayang. Untuk anak mama jugak. Hey, why are you crying?"
"Mama, thanks for everything. Mie taktau lah kalau mama tak ada, mampu ke Mie hidup macam biasa. Mie sayang mama sangat. Biarlah hilang semua benda dekat dunia ni, janji jangan hilang mama."