BAB 14

690 24 3
                                    

Texas menjadi pilihan Amira. Sebenarnya dia tak tahu nak makan apa tengah hari tu. Rasa nak KFC, kejap nak Pizza Hut. Lalu depan McD, rasa nak makan McD. Last sekali sampai depan Texas, Amira terpaksa masuk. Itu pun sebab Fakhri dah buat gaya penat.

"Nak makan apa?" Fakhri tanya semasa mereka sedang beratur di depan kaunter.

"Well, kita kat Texas kan. Mestilah makan ayam." Amira menjawab selamba.

"Ek eleh kerek gila gaya. Tak boleh kerek lagi ke?"

"Malas nak layan kau. Aku penat ni. Cepat lah beli, aku pergi carik tempat dulu. Aku nak peha je tau, and kentang putar sekali. Taknak coleslaw tau." Amira meninggalkan Fakhri. Tempat yang tersorok sedikit dari orang ramai dipilih.

Beberapa minit menunggu, akhirnya Fakhri datang dengan membawa dulang berisi ayam goreng. Selepas membacakan doa, mereka makan dengan senyap.

Selesai makan, Amira dan Fakhri meneruskan tujuan asal mereka iaitu, mencari barang hantaran dan mencari kain untuk dibuat baju bersanding.

"Awak nak apa sebagai hantaran?" Tanya Fakhri sambil membelek sepasang kasut yang menarik perhatiannya. Cantik kalau Amira pakai ni. Kasut diangkat dan ditunjukkan kepada Amira.

"Cukuplah senaskah al-quran dan sepasang telekung." Jawab Amira sambil menggeleng. Tangannya mengambil kasut yang berada di tangan Fakhri dan meletakkannya kembali.

"Taknak benda lain?" Fakhri mengangkat sepasang kasut yang lain. Yang ini?

"Sebenarnya saya tak berkenan lah kalau kasut jadi barang hantaran. Can you imagine, awak letak kasut dan al-quran di atas dulang yang sama tinggi. Macam tak best lah, letak kasut sama tinggi dengan al-quran."

"Okey, kalau macam tu. Kita beli kasut lepas kahwin. Now, carik barang lain pulak. Betul ke awak taknak barang lain selain al-quran dengan telekung?"

"Saya tak nak lah demand sangat. Benda tu semua macam membazir lah bagi saya. Baik awak simpan duit awak tu buat pergi honeymoon ke, buat bayar deposit rumah ke. Kan?"

"No no no. Awak diam and ikut saya beli barang. Mama dah suruh beli barang hantaran jugak. Hantaran ni semua kan hadiah saya untuk awak. Takde nya membazir."

"Tapi Fakhri.."

"Takde tapi tapi. Kita buat juga hantaran tu. Cuma, kita tak payah beli kasut. Kita beli benda lain. Okey?"

"Okey." Amira terpaksa bersetuju dengan Fakhri. Fakhri kalau dia dah cakap putih, putih lah. Kalau hitam, tetap hitam. Tak nak tukar kepada biru ke ungu ke? Please lah, ada banyak warna lagi kat dunia ni.

"That's my girl. Now, let's go to that shop. Beli hantaran awak dan juga hantaran saya. Kalau penat cakap, kita beli air. Okey?"

"Okey lah Fakhri Aiman bin Wafey." Amira mengikut Fakhri masuk ke sebuah kedai menujual pakaian lelaki.

Fakhri memberi arahan supaya Amira mencarikan beberapa helai baju kemeja. Untuk hantaran dan juga untuk harian, mengajar. Amira memilih kemeja berwarna blue baby, putih, pink blushes dan semestinya hitam.

Jam tangan menunjukkan pukul 6 petang. Tangan Amira dan Fakhri masing-masing sudah penuh dengan barangan yang dibeli. Fakhri menghantar Amira pulang selepas didapati shawl yang Amira pakai sudah serupa tuala good morning.

"Thanks for today. Tak sabar rasanya nak tunggu hujung bulan ni. Bye." Kata Fakhri selepas Amira keluar dari keretanya.

"Thanks jugak belikan barang-barang tu. Bye." Amira melambai ke arah Fakhri sehingga City hilang dari pandangan mata. Segera Amira masuk ke dalam rumah memandangkan waktu sudah hampir maghrib. Tak mandi lagi!

SAYANG AWAKWhere stories live. Discover now