Jejak Cinta

104 7 0
                                    

"Aku Terima Nikahnya, Nur Qurratu Ainun Binti Haji Alias Dengan maharnya,seperangkap alat solat dan RM 2000 ringgit tunai."
Kini, Qurratu Ainun telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Zunnurain Habasyi dengan sekali lafaz. Tidak tergambar kegembiraan di hati nya. Tatkala lafaz ijab dan kabul bergema, hatinya bergetar riang dan air mata kegembiraan membasahi pipi nya. Bagi Zunnurain, memiliki Ainun bagaikan mimpi. Tidak pernah meminta dipertemukan dengan gadis semulia Ainun. Budi Bahasa dan Santunnya peribadi Ainun telah memikat hatinya. Tidak menunggu lama. Perkenalan sebagai teman, berakhir ke gerbang perkahwinan. Perkenalan pula singkat cuma.
"Ainun, abang sayang ainun kerana Allah. Abang terima Ainun kerana Allah. Abang tahu inilah jodoh abang. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah buat abang. Terima kasih kerana menerima abang. Selagi abang masih hidup, abang akan jaga ainun sebaik mungkin. Dan abang akan jaga anak-anak kita nanti.Ainun dan bakal anak kita adalah tanggungjawab buat abang. Selagi abang masih bernyawa, abang akan cuba sedaya upaya abang untuk bimbing Ainun dan anak kita nanti ke Jalan-Nya"
Luluh dan terharu. Itulah yang dirasai oleh Ainun ketika suami yang dikenali nya sekejap cuma, mengeluarkan tutur kata dengan bait bicara yang menggoncang jiwa. Cintanya terhadap suaminya semakin mendalam.
"Terima kasih Ya Allah.."
Ujar Ainun berbisik di dalam hati kecilnya.

Jejak CintaWhere stories live. Discover now