Pagi Isnin itu aku ke sekolah membawa hati yang masih sedih berduka. Keputusan abi terpaksa aku turutkan namun belum ku suarakan jawapan aku. Aku masuk ke kelas 5 Sains 1 dengan senyum hambar untuk menutup keresahan di hati.
"Kat siapa aku nak luahkan masalah aku ni? Kalau kat Nadia, mahu ke dia mendengar?"
Aku cukup masak dengan perangai Nadia yang tidak suka diasak persoalan dan permasalahan cinta. Aku hanya tersenyum hambar walaupun hati aku dibalut duka kerana aku teringat pesan abi,
Jangan menunjukkan kesedihan kita di hadapan orang sebab tak semua orang boleh sokong kita masa sedih.
Sewaktu kelas fizik, tumpuan ku terganggu.Aku asyik mengelamun sehingga tidak dapat menangkap apa yang diajarkan oleh Cikgu Hasnain pada ketika itu.
"Betul Nur Qurratu Ainun Binti Haji Alias?" soal cikgu Hasnain.
Aku yang asyik mengelamun ke laut tiba-tiba rasa seperti ditendang keluar ke dunia realiti.
'"Hah? Maaf cikgu. Saya tak boleh fokus. Saya..kurang sihat hari ini." Cikgu Hasnain hanya mengiakan kerana mungkin dia dapat menangkap dari riak wajahku bahawa aku sedang menghadapi masalah.
"Weh, kau okay ke tak ni?" soal Nadia kepadaku. Nadia kelihatan begitu risau apabila melihat aku yang berdiam diri sejak pagi tadi.
"Ah? Err aku okay.Cuma aku kurang sihat je hari ni. Kau tolong salin mana-mana nota yang cikgu bagi eh? Lepastu bila aku dah sohat nanti aku nak pinjam. Aku pening la." pintaku kepada sahabatku itu. Bersyukur aku dipertemukan dengan seorang sahabat yang memahami.
"Baiklah. Nanti aku salin." katanya.
Jam menunjukkan ke angka 2:30 petang menandakan berakhirnya kelas luar sidang kami. Aku pun berjalan ke arah pintu pagar sekolah bersama Nadia. Hari ini Nadia yang terpaksa menunggang motosikal ku dek kerana keadaan aku yang kurang sihat. Tiba-tiba, Zunnun datang menghampiri kami berdua. Zunnun kelihatannya sangat risau akan aku namun aku tidak mempedulikannya.
"Kenapa dengan Ainun ni Nadia? Demam ke?" soal Zunnun.
Nadia sekadar mengangguk apabila melihat aku memberikan isyarat bahawa aku mahu pulang ke rumah.
"Kita orang balik dulu ea Zunnun. Assalammualaikum" kata Nadia.
"Eh? Aaa okay. Walaikumusalam" Balas Zunnun.
Setelah sampai di rumah, aku dipapah oleh Nadia sampai ke bilik. Umi dan Abi tiada di rumah pada ketika itu jadi Nadia yang menemani aku.
"Nah, makan bubur ni, lepastu makan panadol ni. Lepastu baring je. Aku nak buat homework" kata Nadia.
Aku menurut sahaja kata-kata Nadia walaupun aku tidak begitu berselera untuk makan pada ketika itu. Setelah makan ubat, aku pun segera melelapkan mata.Aku terbangun apabila mendengar bunyi azan memecahkan kesunyian di angkasa.
"Aduhh...pukul berapa dah jam ni?" tengkuk terasa sakit dan badan yang terasa lenguh.
"Alamak?! Malam dah ke?! Adoiiii terlepas waktu asar!" kataku.
Aku bingkas bangun dan mencapai tuala serta kain batik ku. Namun, belum sempat aku keluar, Umi terlebih dahulu masuk ke dalam bilikku.
"Hah? Sihat dah? Nadia bagi tahu Umi kamu demam. Sekarang dah sihat?" asak umi. Aku cuma mengangguk.
"Eh eh kamu nak ke mana ni?"
Hairan. Kenapa pulak umi ni?
"Nak ke bilik air lah umi. Mandi."
Umi kelihatan seperti gelisah.Belum sempat aku bertanya, aku terdengar bunyi orang yang sedang bergelak sakan di luar. Hatiku mulai rasa tidak senang. Umi yang perasan akan ketidak senangan aku mulai menutur bicara nya.
"Kamu nak pergi mandi, pakai baju lengan panjang. Bawak kain batik dan baju lebih. Sarung kepala jangan lupa. Ada keluarga Zunnun di luar tu.Zunnun pun ada sekali." kata Umi.
Aku hanya mengiakan tanpa sebarang kata. Usai mandi dan bersolat maghrib berjemaah bersama keluarga Zunnun, kami makan malam bersama. Terasa segan pula aku apabila umi yang memasak lauk untuk makan malam kami dan bukannya aku sedangkan yang datang adalah bakal mertua ku.
"Bakal mertua eh.." bisik hatiku.
Aku lihat mata Zunnun tidak lepas memandangku. Aku mula menjadi tidak senang duduk. Tiba-tiba,pandangan kami bertaut. Aku terus terpaku. Zunnun senyum kepadaku.
"Ya Allah..handsomenyaa" Hatiku berbisik.
Zunnun tidak lagi memandangku dan itulah kali pertama aku terpaku ketika melihat Zunnun. Nasi dan lauk segera aku habiskan. Usai makan dan mengemas dapur, aku meminta diri untuk berehat. Namun, umi tidak membenarkan. Ada majlis kecil selepas ini katanya. Majlis apa pun aku tidak tahu lah.
"Apa lagilah rancangan umi dan abi kali ni huh..."