Pencarianku...
Kini telah berakhir...
Detik bahgia,kini telahpun hadir...
Sungguh aku percaya,ketentuan
Yang Esa...
Jodoh Berdua...
Begitulah takdir...Lagu "Jodoh Berdua" yang dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun kedengaran di corong radio. Ainun berasa resah dan gelisah kerana malam itu adalah malam pertamanya dia berkongsi katil,berkongsi bilik dan berkongsi segala-galanya dengan Zunnun,suaminya.
Ainun berasa kekok namun dia tahu dia harus membiasakan diri. Ainun mencapai tuala dan kain batik lalu menuju ke bilik air untuk mandi.
Usai mandi, Ainun menapak semua ke bilik nya. Ainun terkejut dan malu apabila terdapat Zunnun di dalam biliknya. Zunnun kelihatan seperti agak malu-malu namun cuba disembunyikan nya perasaan tersebut.
"Err ainun. Tuala abang mana?" Kata Zunnun.Ainun segera menghampiri almari nya dan mengambil sehelai tuala berwarna hitam lalu memberikannya kepada Zunnun. Zunnun segera berlalu ke bilik air.
Ainun segera memakai baju. Setelah memakai baju, Ainun duduk di hadapan meja solek nya. Ainun memakai losyen pula untuk sentiasa mengekalkan kelembapan kulitnya.
Hati Ainun berdebar apabila melihat susuk tubuh Zunnun yang agak sado. Zunnun yang perasan akan kegementaran Ainun mulai mengusiknya.
"Janganlah tenung lama-lama. Abang tahu abang handsome" usik Zunnun. Ainun hanya mampu ketawa dan senyum namun debar di hati kedua-duanya hanya Allah yang tahu.
Semestinya berkahwin pada usia semuda 17 tahun bukanlah mudah bagi Ainun dan Zunnun. Tambahan pula peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sebolehnya Ainun mengelak untuk mengandung ketika SPM.
"Tetapi..kalau aku tolak, aku pulak yang nusyuz" detik hatinya. Ainun berasa serba salah namun dia yakin Zunnun seorang yang memahami. Huhuhu perhaps..
Zunnun duduk di birai katil dan Ainun sudahpun berbaring kerana kepenatan. Zunnun berasa kekok namun dia juga cuba membiasakan diri. Debaran di hatinya memuncak apabila terhidu bau wangi Ainun.
"Assalammualaikum Ainun.." Kata Zunnun. Ada getar di dalam suaranya menandakan bahawa dia sedang nervous. Ainun pula tidak keruan jadinya.
"Walaikumusalam abang" kata ainun.Setelah itu, Zunnun mula berbaring di sebelah Ainun. Zunnun menghadap belakang Ainun. "Ainun..pusing sini lah. Abang nak tengok muka isteri abang. Bukan belakangnya".
Ainun menurut sahaja. Entah mengapa. Seperti ada kuasa yang menariknya untuk mengikuti kata Zunnun. Anak mata mereka bertentang buat seketika. Ainun termalu sendiri begitu juga Zunnun. Namun, mereka masih menyalurkan rasa cinta mereka melalui pandangan mata.
"Abang tahu, Zunnun taknak mengandung semasa SPM berlangsung. Jangan risau. Abang takkan sentuh Zunnun sampai SPM habis. Abang pun nak SPM. Sebolehnya abang akan cuba menahan iman yee hehehehe" usik Zunnun dengan senyum nakalnya.
"Huhuhu nasib baiklah husband aku ni paham. Syukurrr ^^" kata Ainun dalam hatinya.
"Okaylah. Abang tido dulu ye. Selamat malam sayang". Dahi Ainun dikucup dan apabila Ainun kembali menghadap ke arah bertentangan, tubuh Ainun dipeluk erat.
Ainun merelakan sahaja kerana Zunnun itu sudahpun menjadi yang halal buatnya.