Seminggu yang genting telah berlalu. Kini harinya sudah tiba. Ainun kelihatan anggun di dalam busana pengantinnya. Busananya cukup simple namun seri pengantin tetap ada pada wajah Ainun.Solekan nya juga agak natural. Ini kerana Ainun bukanlah seorang yang suka bermekap. Namun Ainun masih kelihatan cantik. Mak Andamnya pada hari bahagianya itu adalah Kakak Saudara nya iaitu Idlina. Idlina "mewarnai" wajah Ainun sesuai dengan tona kulitnya. Sentuhan kak idlina memang memuaskan hati Ainun.
"Terima kasih kak sudi mekapkan Ainun." ujar Ainun.
"Eh takde hal lah nun. Sama²." balas Idlina.
Ainun dan idlina dikejutkan dengan kehadiran umi Ainun. Debaran di dada Ainun kian memuncak.
"Dah siap ke? Pihak lelaki dah datang tu" kata Uminya.
"Sudah mak cik. Ainun, marilah. Kita keluar. Majlis kamu dah nak mula tu" kata Idlina.
Ainun hanya sekadar mengangguk. Tangannya digenggam erat oleh ibunya. Ibunya menyalurkan kekuatan kepadanya melalui sentuhan kasih sayang itu.
"Nanti mesti aku rindu nak pegang tangan umi lagi" kata Ainun dalam hatinya.
Ainun sempat melirik matanya melihat bakal zaujnya, Zunnun. Matanya terpaku kerana Zunnun kelihatan sangat handsome dan bergaya ketika berpakaian busana pengantin lelaki.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudiannya Tok Kadi mula menyoal Zunnun dengan berbagai-bagai soalan. Semua nya dijawab oleh Zunnun dengan tenang.
Debaran semakin terasa apabila tangan Tok Kadi mulai mengenggam tangan Zunnun untuk melafazkan Ijab dan Kabul
"Aku Terima Nikahnya, Nur Qurratu Ainun Binti Haji Alias Dengan maharnya,seperangkap alat solat dan RM 2000 ringgit tunai."
"Sah?" tanya Tok Kadi tersebut.
"sah sah sah" para saksi menjawab.
Kini, Qurratu Ainun telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Zunnurain Habasyi dengan sekali lafaz. Tidak tergambar kegembiraan di hati nya. Tatkala lafaz ijab dan kabul bergema, hatinya bergetar riang dan air mata kegembiraan membasahi pipi nya. Bagi Zunnurain, memiliki Ainun bagaikan mimpi. Tidak pernah meminta dipertemukan dengan gadis semulia Ainun. Budi Bahasa dan Santunnya peribadi Ainun telah memikat hatinya walaupun pada awal pertemuan dia dimarahi Ainun kerana melanggarnya . Tidak menunggu lama. Perkenalan sebagai teman, berakhir ke gerbang perkahwinan. Perkenalan pula singkat cuma.
"Bolehla mulakan upacara membatalkan air sembahyang."
Perlahan Zunnun mendekati Ainun. Ainun kemudiannya menyarungkan cincin di jari manis Zunnun. Ainun menyalami tangan suaminya seusai menyarungkan cincin.
Giliran Zunnun pula. Selepas menyarungkan Cincin, Zunnun memegang kepala Ainun dan mulutnya terkumat kamit membacakan doa-doa yang dipelajarinya. Kemudian,barulah Zunnun mengucup ubun-ubunnya.Seusai majlis, Zunnun tersenyum memandang Ainun dan berkata,
"Ainun, abang sayang ainun kerana Allah. Abang terima Ainun kerana Allah. Abang tahu inilah jodoh abang. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah buat abang. Terima kasih kerana menerima abang. Selagi abang masih hidup, abang akan jaga ainun sebaik mungkin. Dan abang akan jaga anak-anak kita nanti.Ainun dan bakal anak kita adalah tanggungjawab buat abang. Selagi abang masih bernyawa, abang akan cuba sedaya upaya abang untuk bimbing Ainun dan anak kita nanti ke Jalan-Nya"
Luluh dan terharu. Itulah yang dirasai oleh Ainun ketika suami yang dikenali nya sekejap cuma, mengeluarkan tutur kata dengan bait bicara yang menggoncang jiwa. Cintanya terhadap suaminya semakin mendalam.
"Terima kasih Ya Allah.."
Ujar Ainun berbisik di dalam hati kecilnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/52422830-288-k377572.jpg)