"Ainun tak kira! Ainun nak abang lepaskan Ainun.Takde guna lah nak pertahankan marriage kita kalau abang sendiri berubah hati!".
Kata-kata tersebut bermain di benak pemikiran Zunnun.Zunnun hanya mampu mendiamkan diri memendam rasa sakit dan kecewa di dalam hati nya. Ainun masih dengan sikap ego nya.
"Ainun", tegur Uminya.Ainun yang sedang leka melayan perasaan tersentak dengan teguran ibunya.
Tanpa menjawab,Ainun segera berlalu ke bilik.Sungguh.Sungguh hatinya tidak kuat untuk menghadap soalan yang bakal keluar dari mulut umi.
"Ya Allah..bantulah aku.Aku tidak mampu menahan peritnya kedukaan di hati ini lagi Ya Allah", rintih Ainun di dalam hatinya.Sendu Ainun kedengaran. Menandakan sakit di hatinya begitu mendalam seolah-olah banyak luka di hatinya telah berdarah kembali.
"Ainun! Ainun! Buka pintu ni nak!", jerit uminya. Ainun terkejut. Uminya seolah-olah membawa khabar buruk buatnya dek kerana suara umi yang kedengaran cemas.
Ainin segera membuka pintu biliknya.
"ada apa umi?" tanya nya.Muka Ainun yang sembab meronyokkan jiwa keibuan Uminya namun tidak ditunjukkan kerana tidak mahu Ainun bertambah sedih.
"Zunnun..", kata uminya. Namun tidak bersambung kerana perasaan serba salah. Takut. Takut Ainun tidak dapat menerima hakikat.
"kenapa mi? Abang kenapa? Umi..cakaplah. Abang kenapa?!," desak Ainun. Hatinya merindui si Suami namun dek kerana ego yang bertandang dia memendam.
"Zunnun kemalangan nak. Sekarang ni dia dalam ICU. Kena langgar dengan kereta Hilux", lancar tutur uminya.
Tidak semena-mena air mata yang meluncur perlahan menjadi laju semula. Ainun pengsan di hadapan uminya kerana terkejut menerima berita tersebut.
Zunnun bercadang untuk menunggang motosikal ke sungai berdekatan untuk memancing bagi menenangkan hatinya.
Namun,nasib tidak menyebelahinya apabila dia dilanggar oleh sebuah kereta hiluk yang menyebabkan motosikal nya remuk dan Zunnun terpelanting ke bahu jalan menyebabkan Zunnun mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala.
Umi dan abi Ainun dihubungi oleh besan mereka untuk mengkhabarkan mereka tentang Zunnun.
Ainun segera di bawa ke hospital tempat di mana Zunnun juga dirawat. Ainun dijaga rapi kerana keadaan kesihatan dan emosinya yang tidak stabil.
Namun, ada sesuatu yang lebih memeranjatkan. Berita yang kurang menyenangkan buat keluarga Ainun.
"Puan dan Tuan ni ibu Ainun ke?," soal doktor yang bertugas merawat Ainun.
"ya. Kenapa doktor?", tanya abi nya.
"begini. Saya telah melakukan pemeriksaan ke atas Ainun. Kami bimbang keputusan nya akan memeranjatkan encik dan puan", kata Doktor yang bernama Zani.
"kenapa?", desak ibu ainun. Doktor Zani kelihatan serba salah namun tetap jujur kerana itu adalah etikanya sebagai seorang Doktor
"berdasarkan pemeriksaan yang telah kami lakukan, maksud saya, saya dan Doktor Aliya,Doktor pakar, kami menemui Tumor yang tumbuh di otak Ainun. Ainun mempunyai Tumor di otak dan sudah berada di stage ke dua. Kalau Ainun tidak dibedah dengan segera, ianya akan mengancam nyawa Ainun", panjang lebar penjelasan Doktor Zani.
Umi Ainun hanya mampu menangis mengenangkan nasib anaknya. Abi nya pula hanya mendiamkan diri namun terdapat kedukaan yang terpancar jelas di wajah nya.
"baiklah. Terima kasih doktor", kata Abinya.
Doktor Zani segera berlalu pergi meninggalkan umi dan abi Ainun.
Ainun masih belum sedar. Namun berada di dalam keadaan yang stabil. Ainun diletak di bawah jagaan rapi doktor pakar kerana tumor yang tumbuh di otaknya.Zunnun pula masih di dalam keadaan kritikal kerana kehilangan banyak darah.
P/S: hai. Ni update baru. Maaf lewat. Rasa malas nak update sebab tkde readers sangat. Tp ttp ku gagahkan jua huhu. Okay. Maaf kalau bosan. Baibai.