"Eh nadia? Apa khabar?"
Sapa umi ku bila melihat kelibat Nadia yang sedang bersarapan bersama aku di dapur.
"Alhamdulillah saya sihat makcik. Mak Cik apa khabar?"
Kata Nadia sambil tersenyum manis.
"Makcik sihat. Takpelah. Sambunglah bersarapan. Err ainun?"
Aku meletakkan cawan ke bawah apabila umi memanggilku.
"Ya? Ada apa umi?"
"Hari ni, umi nak ke pekan dengan Mak Nadia. Nanti tolong masak untuk makan tengah hari ya?"
Alamakkk....masak. Alahai.
"Baiklah umi"
Aku bukannya tak pandai. Cuma, bab memasak ni aku kurang suka. Aku tak suka sangat memasak. Aku cuma memasak bila aku rasa aku nak masak dan bila aku lapar.
"Eh nad, pasni teman ainun jap pergi kedai runcit eh? Nak beli barang untuk masak. Lepastu tu tolong ainun masak boleh? Lepastu kita belajar la." kataku kepada Nadia. Nadia hanya mengangguk tanda setuju. Usai bersarapan aku dan Nadia pun menuju ke kedai runcit berdekatan. Nasib baiklah hari ni abi menggunakan kereta dek kerana pagi tadi hujan jadi aku pun lekas mengambil kunci motosikal dan mula menunggang motosikal ke kedai runcit.
"Oi Ainun, janganlah laju sangat. Nad takut lah"
Alahai makcik ni. Yelah yelah.
Setelah sampai ke kedai runcit aku pun mula memilih barang-barang mentah untuk dimasak nanti. "Emm,sayur,ikan,ayam apa lagi eh?" bisik hati kecilku. Belum sempat aku memusingkan badan untuk berundur, aku pun terlanggar seorang mamat ni.
"Adoiiii. Batu ke manusia kau ni ha? Mata mana? Huh!" rengusku tidak berpuas hati.
"Eh ainun? Maaf maaf! Zunnun tak nampak tadi. Maafkan zunnun."
Zunnun?! Alamakkk tidakk!!! Aku terlanggar dia? Aduhaii.
"Hish kau ni zunnun. Jalan tu lain kali bawak-bawaklah tengok kiri tengok kanan depan dan belakang. Sakit tau belakang aku masa jatuh tadi. Hish"
Nadia cuma mampu ketawa apabila melihat aku jatuh. Setelah melihat muka aku yang masam bak asam jawa, segera Nadia menuju ke arah ku dan membantu aku.
"Awak okay ke tak ni?" tanya Zunnun kepadaku. Namun, aku memilih untuk berdiam diri.
"Nad,kau pergi bayar eh. Nah, ni duit. Aku nak pergi panaskan enjin motosikal jap."
Aku sudah malas hendak berdiri lama di situ menghadap muka Zunnun yang sangat ku benci itu.
"Tepi lah kau!" teriak ku pada Zunnun. Zunnun kelihatannya seperti terkejut namun masih bertenang.
"Ya Allah, dugaan dugaan. Haihhh..."
