BAB 5

32 2 0
                                    

Malam itu,usai aku,abi dan umi solat isyak berjemaah,abi memanggilku untuk duduk di ruang tamu bersamanya dan umi kerana kata Abi,ada benda yang ingin dibincangkan nya dan umi bersama aku. Aku yang pada mulanya tenang tidak beriak menjadi gundah dan gelisah apabila perasaan tidak senang hati yang menghantui aku pada petang tadi kembali menerpa sanubari hatiku.
Aku segera menapak ke ruang tamu untuk duduk berbincang bersama abi dan umi. Niatku untuk mengulang kaji subjek addmaths pada malam itu terbantut. Belum sempat abi menutur kata, belum sempat umi membuka bicara, aku terlebih dahulu bertanya.
"Apa perihal yang abi dan umi nak bincangkan dengan Ainun? Penting je bunyi nya tu. Pasal peperiksaan SPM Ainun ke umi? Abi?"
Abi mendiamkan diri buat sejenak manakala umi sibuk menuangkan air kopi panas buat kami bertiga.Kemudian,abi berdehem dan memulakan bicara nya.
"Ainun,terlebih dahulu, abi nak tanya Ainun. Ainun sudikah mengikut keputusan abi dan umi?"
Aku terdiam kelu buat sejenak. Kemudian aku mengangguk tanda setuju.Abi melepaskan keluhan berat menandakan ada yang bersarang di hatinya yang menggusarkan jiwa tua nya.
"Abi dengan umi, dah berbincang, dengan mak cik ros dan pak cik yusuf dan Zunnun sendiri. Tentang perihal kami nak....emm"
Abi kelihatan nya tidak mahu menyambung bicara. Namun desakan daripada aku membuatnya menyambung bicaranya.
"Zunnun? Perihal? Perihal abi umi dan orang tua zunnun? Perihal apa?" asakku.
"Perihal kami nak satukan kamu dengan Zunnun"
Lancar tutur bicara abi. Terasa seperti batu yang besar menghempap diriku. Aku terkedu,terkelu. Nak diluah mati emak,nak ditelan mati bapak. Itulah keadaan aku ketika ini.
"Apa abi? Satukan..satukan ainun? De..dengan zunnun?"  bergetar ritma suara ku saat menyebut perihal yang abi katakan sebentar tadi.
"Tapi..kenapa? Kenapa nak satukan Ainun dengan Zunnun?" airmata mulai meluncur laju ke pipi ku. Sedih. Terlalu sedih.
"Ainun masih muda umi,abi. Cita-cita ainun pun ainun belum capai.SPM pun ainun tak lepas lagi. Kenapa nak satukan ainun dengan orang yang ainun tak suka?" berontak ku.
Abi terdiam tetapi Umi cuba menenangkan aku.
"Ainun, umi dengan abi bukannya mahu menyeksa ainun. Kami faham kesulitan yang ainun hadapi. Tapi,Zunnun sangat berkenan dengan kamu. Zunnun berniat baik nak. Dia menyayangi kamu. Tapi tidak mahu merosakkan kamu."
perlahan bicara umi ku hadam dan ku cuba terima. Namun, hati ku masih bersedih. Terbatal niat aku nak mengulangkaji pelajaran. Stres.
"Ya Allah,bantu aku hadapi semua ini" bisik hati kecilku. Tanpa mempedulikan perasaan abi dan umi, aku segera beredar ke bilik air. Mahu mengambil wudhuk dan membaca al-quran bagi menenangkan hatiku yang gelisah,sedih,marah dan sebagainya perasaan yang bersarang di hati ini. Perasaan ku berbelah bahagi.
Hendak aku turuti, mampukah aku? Tidak aku turuti, perasaan umi dan abi akan terluka.
Sungguh aku keliru!

Jejak CintaWhere stories live. Discover now