Setelah sampai ke rumah,aku terus membuat apa yang patut. Ikan ku siang, sayur ku mayang. Ikan patin yang ku siang ku buat kan lauk kegemaran abi. Kata abi, masakan aku tidak kurang hebatnya dengan umi.
*kiranya ada bakat lah ek? Hehehe*
Aku tidak menyukai makanan yang kurang pedas. Aku juga seperti abi. Aku suka makan makanan yang pedas-pedas.
"Ainun,sayur ni nak masak apa nih?" tanya Nadia kepadaku.
"Emmm, masak tumis belacan aje lah nad. Takyah nak grand sangatlah."
Ujarku kepada Nadia. Fikiran ku masih memikirkan tentang kejadian di kedai runcit tadi.
Aku pun mula memasak apabila terlihat jam sudah menghampiri pukul 12:45 petang.
"Bismillahirahmanirrahim.."
Lafazku sebelum mula memasak.
Umi pernah berpesan kepadaku supaya sentiasa membaca zikir-zikir dan doa-doa sebelum mula memasak. Selain itu, mengacau masakan mengikut arah berlawanan jam. Itulah yang telah aku pelajari semenjak aku berumur 10 tahun. Aku beruntung mempunyai seorang Umi yang pandai memasak. Aku yang pada mulanya tak gheti nak masak nih, jadi master lah pulak. Ehehe sekali sekala riak takpe lah kan. Bukan kacau orang pun. haha.
"Allahuakbar Allahuakbar.."
Terdengar suara azan memanggil-manggil umat islam untuk bersujud kepada-Nya. Usai memasak, aku dan Nadia segera membersihkan dapur dan kemudiannya segera mengambil wudhuk untuk solat berjemaah.
"Wehh kau jadi imam eh?" pintaku kepada Nadia.
"Apesal pulak aku? Kau lah. Bacaan kau lebih lancar."
Alahai makcik ni kalau kita suruh dia buat ada saja alasannya.Antara mahu dengan tidak, terpaksa juga aku turut bagi mengelakkan membuang masa.
"Yelah yelah. Dahlah. Jom solat. Aku imam kau iqamat. Dah jangan banyak tanya. Cepat iqamat."
Setelah habis mengerjakan solat fardhu zohor,aku dan Nadia pun pergi ke dapur untuk menghidangkan makanan tengah hari. Usai menghidang,aku mengajak Nadia untuk makan tengah hari bersamaku. Aku dan Nadia makan dahulu kerana aku bimbang Makcik ni nanti merengek sebab lapar. Selesai makan,kami segera mengemas dapur dan mengisi semula mangkuk-mangkuk yang kosong dengan lauk yang telah kami makan. Tiba-tiba...
"Burppppppppp"
Perghhh!! Mak Monster mana kenyang tahap dewa nih? Haih..tak lain tak bukan...
"Opss. Sorry. Hehe. Sedap kau masak" ujar Nadia.
Alahaii makcik. Dah besar pun perangai macam budak-budak lagi. Sabo ajelah yeee...
"Eh cepatlah, kata nak belajar kimia. Cepat lah" kata Nadia.
"Iye tunggu kejap. Aku nak pergi buat air untuk kita berdua. Nanti kau merengek macam bayi mintak susu bila kau kehausan"
Setelah selesai membuat air, kami pun mula mengulangkaji subjek Kimia.
"Hmm..SPM tak lama lagi. Agaknya aku bersedia tak?"
Ujarku kepada hati kecilku.
Nadia yang perasan akan aku yang dok syok layan perasaan terus menergah.
"Hoi! Mengelamun pulak. Teringat kat sape? Zunnun eh?"
Okay seriously kalau ada cili padi kat tangan sekarang ni,memang aku cili-cilikan mulut budak nih.
Cakap tak serupa bikin betul huh..
"Eii kau ni. Mana ada. Aku teringat pasal SPM.sebab tu aku mengelamun panjang"
Melihat kegusaran di muka aku yang comel lotey ni, Nadia pun berhenti menyebut nama Zunnun.
Hahaha tauu takottt..
