BAB 13

30 2 2
                                    

"Awak ni dah kenapa Ainun? Degil sangat", rungut Zunnun.
Sebulan telah berlalu. Kertas terakhir yang mereka duduki pada hari itu dapat dijawab dengan lancar. Namun hubungan Ainun dan Zunnun kian renggang dek kerana salah faham Ainun terhadap Zunnun.
2 minggu yang lepas,berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan kepercayaan Ainun terhadap Zunnun kian meruntuh. Hancur luluh hati Ainun apabila dikhabarkan oleh Maisara,rakan sekelasnya,bahawa dia melihat Zunnun dan Adeelah sedang berdua-duaan di bawah sebatang pohon di hujung kampung.
"kenapa pulak abang cakap saya degil?", bidas Ainun. Zunnun hanya mampu mengebil mata kehairanan melihat perubahan sikap isterinya.
"kenapa sekarang Ainun dah berubah? Ainun dah tak macam dulu. Waktu makan,Ainun biarkan abang makan sorang-sorang.Solat pun Ainun dah taknak solat berjemaah dengan Abang. Kenapa ni Ainun? Apa salah abang sayang?", perlahan air mata Zunnun menitik di pipi nya.Sungguh dirinya tidak kuat untuk menerima perubahan ketara Ainun. Ainun hanya mendiamkan diri mempertahankan egois di dalam diri nya.
"kenapa abang tak suruh Adeelah tu yang temankan abang? Kenapa tak solat berjemaah sekali dengan dia? Daripada duduk bawah pokok kat hujung kampung tu berbuat maksiat! Abang sedar tak abang ada isteri? Ke abang lupa yelah abang ni muda lagi kan. Banyak lagi gadis yang inginkan abang. Kan?", perli Ainun. Zunnun tersedar akan kesilapannya.
"abang mintak maaf sayang. Abang tak sepatutnya menerima ajakan Adeelah untuk berjumpa pada malam tu. Maafkan abang. Please..", rayu Zunnun. Sungguh Zunnun tidak mampu melawan perasaannya ketika itu. Biarlah ego nya jatuh.Jatuh ego tidak sesakit jatuh apabila kehilangan Ainun.
Namun,Ainun tetap dengan ego nya.
"maaf? Abang ingat luka di hati Ainun ni boleh sembuh dengan maaf abang? Tidak abang. Tidak. Tidak selagi abang berhubungan dengan perempuan tu!", kata Ainun tegas lalu segera beredar.
Tidak sempat Zunnun menjelaskan semuanya. Zunnun sedih dan takut. Sedih kerana menyesali perbuatannya dan takut kerana takut akan kehilangan Ainun.
"Ya Allah Ya rabb...apa yang telah aku lakukan. Ampunkan aku ya Allah. Lembutkanlah hatinya untuk memaafkan aku.", rintih Zunnun di dalam hati kecilnya. Sungguh Zunnun terluka dengan setiap kata-kata dan bait bicara Ainun namun Zunnun tetap memaafkan dan membiarkan kerana semua itu berpunca dari dirinya. Zunnun hanya mampu terduduk menunduk mengenang nasib dirinya. Zunnun menyesal atas perbuatan nya yang telah melukakan hati murni Ainun yang tulus mencintainya.
"maafkan abang sayang..." rintih Zunnun dalam sedunya yang masih berbaki.

P/S: baiklah ni update baru. Nanti update lagi. In sha Allah hari khamis minggu depan ek sebab Esok dah kena balik kampung. Vote kalau suka

Jejak CintaWhere stories live. Discover now