BAB16

26 2 0
                                    

Sudah seminggu berlalu. Ainun dibenarkan pulang namun Ainun tidak dikhabarkan tentang penyakit yang dihidapinya.

Mak Timah hanya mendiamkan diri. Begitu juga suaminya. Sukar untuk mereka menuturkan bait bicara mengenai penyakit Ainun.

Zunnun pula masih di rawat di dalam Unit Jagaan Rapi kerana keadaan nya yang belum stabil sepenuhnya.Ainun terimbau akan detik cemas pada hari ketiga Zunnun dirawat apabila Heart Rate Monitor nya tiba-tiba menunjukkan keputusan negatif.

*beep beep beep beep beeeeeeeeep....*

Ainun tersedar dari tidurnya yang lena.
"Abang? Abang? A..abang? Doktor! Doktor! Nurse! Tolong suami saya!", jerit Ainun.

Mendengar jeritan pesakit, seorang nurse segera memanggil Doktor Haiman yang bertugas menjaga Zunnun.

"Doktor! Doktor perlu pergi ke ICU sekarang! Pesakit Doktor kritikal. HRM nya menunjukkan keputusan negatif", kata nurse tersebut

"Okay okay!", kata Doktor Haiman lalu segera berlari ke bilik Zunnun.

"Puan,puan tolong keluar sebentar ye.Ini peraturan.Maaf puan", kata nurse yang membantu Doktor Haiman pada ketika itu.

"Taknak! saya nak dengan suami saya.Nurse tolonglah saya taknak tinggalkan dia", rayu Ainun.

"Maaf puan memang tak boleh sekarang ni saya perlukan kerjasama daripada puan supaya puan keluar daripada bilik ni kejap dan biar kami buat kerja kami", kata nurse yang bernama Mona tersebut.

Dengan rasa terpaksa Ainun menapak keluar daripada bilik tersebut.Ainun duduk di kerusi rodanya sambil menanti keputusan daripada pihak Doktor.

Hati Ainun tidak putus-putus mendoakan akan kesejahteraan Suaminya.Ainun tidak berseorangan. Ainun dijaga rapi oleh seorang nurse yang bernama Atiqah kerana keadaan Ainun yang belum sembuh sepenuhnya.

Benar kata orang.Penantian itu suatu penyeksaan. Jiwa dan raga nya meronta ingin tahu namun dia tahu dia perlu bersabar.

Airmata yang perlahan menitik di pipi segera di lap dengan belakang tangannya kerana dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang lemah.Dia harus kuat.Kuat untuk menerima apa-apa perkhabaran baik yang baik ataupun yang buruk.

Doktor Haiman keluar dengan sebuah senyuman lega. Namun hati Ainun tidak tenteram melihat senyuman lega itu selagi tiada berita baik yang diterimanya.

"Puan.Berdasarkan check up tadi,suami puan stabil sepenuhnya. wayar saluran pernafasan nya saja yang sedikit terbelit menyebabkan dia sukar bernafas.", jelas Doktor Haiman.

Ainun mengucapkan syukur dan tersenyum lega dengan penjelasan Doktor Haiman.

"Doktor" sapa seorang nurse yang bersama Doktor Haiman merawat Zunnun tadi.

"Ye, nurse? ada apa?", tanya Doktor Haiman.Ainun mulai cuak.
"Ya Allah perkhabaran apa pulak kali ni..", desis Ainun dalam hatinya.

"Err pesakit tersebut ada menunjukkan tanda-tanda positif bahawa dia akan sedar dalam 2-3 hari ni. Tadi jarinya bergerak-gerak dan jantungnya juga menunjukkan keputusan yang positif.", jawab nurse tersebut.

Doktor Haiman tersenyum lega. Ainun? bersyukur kerana suaminya kuat mengharungi cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Ainun tersenyum lega. Mukanya yang pucat dan sembab menyebabkan Doktor Haiman berasa kesian.

"Beruntungnya Zunnun dapat isteri yang penyayang macam awak.Andailah saya di tempat Zunnun", kata Doktor Haiman di dalam hati.

Doktor Haiman mulai terpikat sejak pertama kali memandang wajah bersih Ainun.Namun perasaannya dipendam apabila dia mengetahui bahawa Ainun merupakan isteri kepada pesakitnya.

Doktor Haiman merupakan seorang duda. Dia kehilangan isteri akibat kanser hati.Dia mempunyai seorang anak lelaki yang cukup comel.

"Sabar ye sayang. Papa akan cari mama baru untuk sayang", kata Doktor Haiman di dalam hatinya.

Ainun segera masuk ke dalam wad Zunnun dan menemani Zunnun sepanjang malam tersebut. Wajah tenang Zunnun ditatap dan diperhatikan.

"Abang..Ainun rindu abang", bisiknya perlahan. Jauh di sudut hatinya yang paling dalam merindui insan yang bergelar suami. Namun ego nya bak tembok yang menghalang dia daripada menyatakan yang sebenarnya.

Ainun tersedar dari lamunan nya apabila dia mendengar seakan-akan suara orang yang memanggil namanya.

"Ainun..Ainun..", suaranya perlahan namun pendengaran Ainun peka dengan sebarang bunyi.

Ainun melihat bibir Zunnun yang bergerak-gerak dan kelopak matanya seakan-akan mahu terbuka.Ainun memanggil Doktor Haiman untuk memeriksa keadaan Zunnun.

Ainun menanti dengan resah di luar wad Zunnun.Ainun segera menemui Doktor Haiman apabila terlihat kelibat Doktor Haiman yang keluar daripada wad suaminya.

"Haiman. macam mana dengan keadaan suami saya sekarang?", soalnya.

"Suami awak okay.Stabil.Jantung pun okay tapi dia belum sedarkan diri.Mungkin petang ataupun malam takpun esok baru dia sedar", jelas Doktor Haiman.

Ainun hampa namun masih lega kerana keadaan Zunnun yang semakin pulih.Ainun segera meminta diri & berlalu ke surau untuk menunaikan solat sunat.

Usai mengambil wudhuk Ainun segera memasang telekung dan menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda kesyukurannya kepada Ilahi atas keadaan suaminya yang semakin baik.

Ainun mendoakan kesejahteraan diri nya dan suaminya serta keluarganya. tidak lupa juga mendoakan agar Adeelah menerima hidayah dan bertaubat sebelum terlambat.

Jauh di sudut hatinya kasihan akan Adeelah namun dia tidak betah bermadu.Setelah solat Ainun membaca Al-Quran untuk menenangkan hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jejak CintaWhere stories live. Discover now