"Ainun, bangun nak. Dah subuh ni. Nanti terlepas waktu subuh"
Kata Mak Timah kepada anak gadisnya. Siapa anak gadisnya? Akulah. Nur Qurratu Ainun Binti Haji Alias. Hehehe...oh ya. Mak Timah tu umi aku.
"Iye umi. Ainun dah bangun dah. Dah siap mandi dan berwudhuk dah. Tunggu masuk waktu je ni umi."
Kataku.Sudah menjadi kebiasaan kami solat bersama-sama untuk meraih pahala berjemaah kerana surau terletak jauh daripada rumah. Telekungku sarungkan ke kepala,sejadah ku bentangkan di atas lantai tatkala azan mula bergema menyeru semua umat islam untuk bangun menyembah ilahi.
"Dah sedia semua Ainun? Dah masuk waktu ni" tanya abiku.
Aku hanya sekadar mengganguk. Setelah masuk waktu untuk solat subuh, kami pun segera solat bersama-sama. Lain rasanya tanpa along dan angah. Along sudah berkeluarga dan menetap di bandar. Manakala angah pula sedang menyambung pelajaran di Oxford dan terpaksa menetap di London. Setelah usai kami solat bersama-sama,abi kebiasaannya akan menyampaikan tazkirah pendek berkaitan kekeluargaan ataupun islam. Tajuk yang tiap kali diajukan pula sangat seronok untuk dibincangkan. Semasa kecil, abi selalu mengingatkan kami adik-beradik tentang keagungan Allah dan kemuliaan Kekasih-Nya iaitu Baginda Rasulullah S.A.W.
Tetapi, semenjak anak-anaknya menginjak ke alam dewasa dan remaja, tazkirah yang abi sampaikan lebih banyak berbentuk ke arah alam rumah tangga. Aku pada mulanya agak janggal kerana aku belum berkahwin. Tetapi sedaya upaya untuk menyematkan semua nasihat abi ke dalam hati ku.
Usai tazkirah, abi keluar untuk pergi bekerja di kebun dan ladangnya. Selalunya abi tidak sempat bersarapan tetapi, beruntungnya abi. Ditemukan dengan seorang isteri yang sangatlah prihatin dan mengambil berat akan dirinya. Umi akan menyediakan bekal untuk abi. Selalunya,umi akan membekalkan makanan berupa nasi dan lauk. Lauk yang utama adalah lauk kegemaran abi. Iaitu telur dadar dan ikan patin masak tempoyak cili. Fuhhhhh...masakan umi sangat sedap. Chef pun tak dapat lawan woo! haha.
Biasanya abi tidak pulang ke rumah pada waktu tengah hari. Jadi umi akan membekalkannya lebih makanan ataupun biskut-biskut ringan.
"Ainun!! Oo Ainun!!"
Haish..siapalah yang dok memekak menyeru-nyeru nama aku ni agaknya?
"Eh nadia! Naiklah. Jemput masuk"
Rupa-rupanya si Nadia. Makcik kepoh yang selalu temankan aku kat sekolah. Nadia ni kira bestfriend aku lah. Sama sekolah,sama kelas.
"Weh aku nak minta tolong nih."
Hmm dah agak dah budak ni kalau datang rumah ada saja hajatnya. Tapi nak aku katakan tidak kang mahunya Makcik ni merajuk 7 hari 7 malam.
"Nak ainun tolong apa pulak kali ni nad?"
mahu tak mahu kenalah tolong. Kawan kah katakan.
"Ni haa. SPM tak lama lagi. Ni nak mintak tolong Ainun ajarkan subjek Kimia ni. Nad tak faham lah".
oh ya. Aku merupakan pelajar kelas Sains. Aliran sains. Bukan senang woo nak masuk aliran sains. Dalam kelas aku,cuma ada 19 orang pelajar. Kebanyakan berpindah kelas sebab tak tahan dengan subjek-subjek yang dikategorikan sebagai killer subject macam addmaths,fizik,kimia dan biologi.
"Baiklah. Kita sarapan dulu eh nad. Ainun tak sarapan lagi ni lapar weii" kataku.
"Okey. Langkah kanan la ni. Nad pun tak sempat sarapan tadi."
Hai laa makcikk....