"Sayang..bangun. Solat subuh." Kejut Zunnun. Ainun segera bangun dan mempersiapkan diri untuk solat berjemaah bersama suaminya. Setelah selesai berwudhuk, Ainun memasang telekung dan membentangkan sejadah.
"Abang..jomlah solat." Panggil ainun apabila melihat Zunnun yang leka membaca WhatsApp nya. Zunnun tersentak lalu segera menutup telefon nya.
Apabila mendengar suara suaminya melafazkan iqamat, cinta dan kasih sayang nya terhadap suaminya meningkat 360 darjah!Usai solat dan berdoa, Ainun menyalami tangan suaminya dan memeluk Zunnun. Dia sudah mulai menerima dan mencintai serta menyayangi Zunnun. Zunnun terkejut namun tetap membalas pelukan Ainun.
Setelah itu, Zunnun membantu Ainun mengemaskan bilik mereka. Setelah itu,Ainun membiarkan Zunnun mengemaskan bilik seorang diri.Ainun menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Ainun beruntung memiliki suami yang ringan tulang. Selepas mengemas bilik,Zunnun mengemas ruang tamu pula. Sementara Ainun di dapur sedang menyediakan nasi goreng kampung kegemaran Zunnun dan cekodok pisang. Setelah selesai memasak, Ainun menjerang air untuk dibuatkan air teh panas. Sementara menunggu Ainun selesai masak, Zunnun mandi terlebih dahulu. Ainun kemudiannya menyediakan pinggan dan sudu serta cawan untuk mereka berdua.
Semenjak berpindah dari rumah umi dan abinya, Ainun menjadi lebih berdikari kerana mempunyai suami untuk dijaga makan minum dan pakaiannya. Setelah Zunnun selesai mandi dan berkemas, Zunnun segera menuju ke dapur. Hidungnya kembang kempis menghidu bau nasi goreng kampung buatan air tangan isterinya.
Beruntungnya Zunnun kerana dikurniakan seorang isteri yang pandai dalam hal rumah tangga. Zunnun berasa lega. Setelah Zunnun duduk, Ainun mula menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Zunnun dan menuangkan air teh panas untuknya.
"Terima kasih sayang sebab buatkan sarapan untuk abang." Ucap zunnun. Ainun hanya tersenyum manis dan mengangguk. Mereka menikmati sarapan bersama-sama. Usai bersarapan, Zunnun menawarkan diri untuk mengemas dapur. Ainun hanya mengiakan. Ainun tidak terus berehat tetapi menyambung kerjanya iaitu menyidai baju.
Setelah selesai menyidai baju, ainun terus menuju ke bilik air untuk mandi. Setelah itu, Ainun berkemas dan duduk di ruang tamu bersama suaminya. Memandangkan peperiksaan SPM akan berlangsung tidak lama lagi,Zunnun dan Ainun membuat keputusan untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Tidak susah untuk mereka berdua mengulang kaji kerana mereka belajar di dalam satu aliran yang sama.
Ainun merasa bahagia berada di samping Zunnun. Jauh di sudut hatinya, Ainun mengharapkan akan hubungannya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat nya.