BAB 7

31 3 0
                                    

"Ainun,pakai baju kurung ea. Yang baru tu" aku hanya mengangguk.
"Ada apa pula kali ni" kata aku dalam hati. Usai memakai baju dan mengenakan tudung, aku keluar dari bilikku. Alangkah terkejutnya aku melihat ramai orang di ruang tamu. Ada di antara nya yang ku kenali. Ya! Mereka adalah keluarga dari pihak Zunnun. Aku merasa tidak sedap hati apabila terlihat kotak cincin di hadapan ibu Zunnun. Ibu Zunnun memanggilku untuk duduk berhadapan dengannya.
"Ainun,pertama sekali, ibu minta maaf. Ibu seharusnya memberitahu Ainun dahulu. Tetapi ibu dah tak boleh tunggu lama" aku mengiakan saja kata-kata ibu Zunnun. Aku sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku malam ini. Malam ini aku akan bertunang. Aku terlihat Nadia. Nadia tersenyum manis ke arah ku. Aku jangka dia masih terkejut dengan semua ini, tapi tak apalah, nanti aku akan jelaskan semuanya. Aku tidak banyak bercakap sepanjang majlis itu dijalankan. Aku redha. Aku mulai menerima kehadiran Zunnun. Namun,hati aku masih belum terbuka untuknya.Aku redha. Jika Zunnun yang Allah dah tetapkan untuk aku, aku redha. Aku akan belajar untuk mencintai dia. Usai ibu Zunnun menyarungkan cincin ke jari manisku, aku pun menyalami tangannya dan kami berpelukan. Aku lihat Zunnun tersenyum lega. Walaupun aku belum dimilikinya sepenuhnya, mungkin dia tersenyum kerana aku sudah separuh miliknya.
"Ya Allah, jika ini yang telah engkau tetapkan buat ku, aku terima" doaku di dalam hati. Zunnun tersenyum memandangku dan aku hanya sekadar menunduk kerana malu.
"Weh tahniah eh? Aku tak sangka pulak kau nak bertunang dengan budak tu. Dulu sakan bergaduh hahaha" kata Nadia.Aku hanya tersenyum namun hatiku terasa lapang dan gembira. Mungkinkah rasa cinta sudah berputik di dalam hatiku?
"Hmm..nonsense la" desis ku dalam hati. Setelah selesai mengemas ruang tamu, aku berasa letih. Apabila aku menuju ke bilikku, aku bertembung dengan Zunnun, tunanganku.
"Dah nak tidur ke?" soalnya.
Aku hanya mengangguk.
"Emm...awak panggil saya abang eh? Saya tak selesa pakai awak saya."
Permintaan nya membuatkan aku terkejut. Namun,aku hanya mengiakan saja kata-katanya.Dan dia pun mula mengusik.
"Cepatlah..nak dengar ni."
Maluuuu...sungguh aku malu huhu T-T
"Emm yelah...abang." kataku.
Zunnun tersenyum. Aku meminta diri untuk tidur. Sebelum tidur,Zunnun sempat mengucapkan selamat malam untuk ku. Hatiku terasa berbunga-bunga, namun aku keliru dengan perasaan ku sendiri..
"selamat malam sayang."
Suara Zunnun seakan-akan dekat denganku. Namun, semuanya tidak ku pedulikan. Mata aku terasa sangat berat. Hati aku terasa berbunga riang. Dalam masa 2 minggu lagi, aku akan sah menjadi isteri kepada Zunnun. mampukah aku? Hmm...

Jejak CintaWhere stories live. Discover now