BAB 8

32 2 0
                                    

Di sekolah, cerita tentang pertunangan aku dengan Zunnun sudahpun tersebar. Entah siapa yang menyebarkan. Ada yang mengucapkan tahniah dan ada yang memandang sinis seolah-olah aku bertunang dengan Zunnun kerana latar belakang keluarganya. Ayah Zunnun merupakan orang berada di kampung itu. Rumahnya juga kelihatan lebih mewah dan moden berbanding rumah-rumah yang lain. Namun,kemewahan yang dimilikinya tidak menjadi penyebab buat Haji Yusuf untuk berlaku sombong.
Sayup telinga ku menangkap suara seorang gadis yang membenci ku kerana dia menyukai Zunnun. Dia adalah Syarifah Nur Adeelah. Dia juga orang berada namun budi pekerti nya tiada. Dia sangat sombong dan bermegah dengan kekayaan ibu bapa nya. Ibu bapa nya pula tidak pernah berlaku sombong terhadap sesiapun di kampung itu. Latar belakang keluarga Adeelah juga adalah baik-baik. Bapanya seorang Imam dan juga usahawan berjaya. Ibunya pula seorang pendakwah bebas yang cukup terkenal. Namun, Adeelah bagai menconteng arang ke muka bapanya sendiri dek kerana sikapnya yang terlalu sosial.
"Amboii sakan bertunang cincin 24 k kan." perli Adeelah.
Aku tidak peduli dan hanya berjalan melimpasi Adeelah. Kali ini Adeelah mengambil tindakan drastik. Dia menarik lengan ku dan menolak aku ke dinding. Aku membiarkan sahaja kerana tidak mahu berlaku nya pergaduhan di antara aku dan Adeelah di situ.
"Eh perempuan jalang, you jangan ingat,you dah bertunang dengan Muhammad Zunnurain Habasyi, dia dah jadi milik you eh? You dengar sini,selagi Zunnun tu belum sah menjadi milik you, Qurratu Ainun perempuan jalang, I akan pastikan dia akan jadi milik I.Faham?!" Lantang suaranya bertutur namun aku tidak takut.
"Perempuan jalang? Aku? Huh. Kalau kau nak tahu, perempuan jalang tu adalah diri engkau sendiri. Keluar malam balik pagi. Pakai baju seksi-seksi. Minum arak. Kau berangan nak dapatkan Zunnun dengan perangai kau yang macam haprak tu? Sorry to say Miss Adeelah, you're day dreaming! oh ya, kau nak dapatkan dia? Silakan. Sebab 2 minggu lagi, dia milik sepenuhnya aku. Milik sepenuhnya eh milik sepenuhnya. Bukan separuh." kataku lalu menolak Adeelah untuk melepaskan pegangan nya. Lemas! Rimas! Adeelah sudah merah padam mukanya menahan marah. Ainun segera pulang ke rumah.
"Penat! Rimas! Huh.."

Jejak CintaWhere stories live. Discover now